Setelah sekian lama tidak bersatu di atas sebuah pentas, kini, Baggio, Alok, Assu dan Am bergabung kembali untuk memeriahkan lagi industri muzik tempatan. Mereka yang telah beraksi dalam siri “Live Music” di Hard Rock Café Melaka baru-baru ini. “Live Music The Best Of Damasutra” adalah sebuah persembahan eksklusif buat peminat kumpulan Damasutra, ianya di adakan bersempena 25 tahun penubuhan kumpulan ini. Ternyata persembahan selama satu jam setengah yang menghimpunkan lagu-lagu terbaik selain mengembalikan nostalgia peminat yang membesar dengan lagu-lagu Damasutra.
“Live Music The Best Of Damasutra” telah berlangsung pada 31 Mei yang lalu, biarpun tanpa sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat setia Damasutra, Bagio selaku vokalis cukup bijak mengawal situasi apatah lagi setiap lagu yang hendak dimulakan di serikan dengan kata-kata aluan untuk mengembalikan nostalgia pengunjung pada petang itu.
Persembahan bermula sekitar jam 3.30 petang itu disajikan dengan lagu ‘Faktor Prima’ yang dipetik daripada album “Kurnia” iaitu album kedua kumpulan Damasutra. Meskipun melodi yang disajikan cukup untuk membangit energi, namun ianya dirasakan tidak cukup untuk mengajak penonton bernyanyi bersama. Tanpa membiarkan hadirin terus bersoal dengan lagu seterusnya, Damasutra menghamburkan ‘killer songs’ pertama dari mereka. ‘Antara Sutra dan Bulan’ dilihat cukup untuk mengajak hadirin berlagu bersama.
Keupayaan vokal Bagio masih lagi berbisa begitu juga petikan gitar daripada Alok selaku gitaris. Untaian ngaum bass daripada Amran masih padu begitu juga dengan hentakan drum daripada Assu. Untuk set pertama Damasutra mengalunkan 6 buah lagu antaranya ialah Angin Lintang, Dalam Kembara Asmara, Asyik, Kekasih Gua Yang Baru dan Sesat Dalam Rindu.
“Inilah persembahan pertama Damasutra setelah lebih 18 tahun kami tidak bersama, apapun momen ini merupakan satu titik tolak untuk Damasutra kembali bangit bagi menghiburkan peminat yang dahagakan lagu-lagu merdu daripada kami”,ujar Bagio sebelum meninggalkan pentas seketika.
Setelah berehat hampir 15 minit Damasutra kembali semula dengan melodi rindu daripada lagu ‘Seribu Bayangan’. Suasana yang sepi kini mula riuh dengan lontaran vokal daripada pengunjung yang seakan membuka lembaran silam mereka.
“Untuk pengetahuan anda, showcase pada petang ini tiada mendapat sebarang penajaan, namun kami (Damasutra) akan tetap teguh berdiri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat handai dan anda semua yang terus memberikan sokongan untuk kami terus berdiri”,ujar Bagio.
Ternyata set kedua dilimpahi dengan rangkaian melodi yang melankolik antaranya ialah Sufi, Jangan dan apa yang pasti Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang menjadi penanda aras kepada kumpulan Damasutra dan lagu tersebut menjadi penutup untuk persembahan eksklusif buat peminat yang merindui kemunculan semula Damasutra.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.