Lakon tari Matah Ati yang pernah menawan penonton di Singapura, Jakarta dan Solo kini dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya. Lakon tari itu ditulis dan diarah oleh penggiat teater yang terkenal di Indonesia, Atilah Soeryadjaya yang juga bertindak sebagai pereka busana dan penerbit . Ia adalah pementasan yang cukup klasik yang pernah dibawa dari Indonesia .
Matah Ati merujuk kepada perjuangan yang membenihkan rasa cinta kepada tanah air dan perpaduan serta membentuk nilai-nilai kemanusiaan. Ianya juga mengangkat kisah seorang gadis kampung bernama Rubiyah yang menarik perhatian seorang bangsawan istana, Raden Mas Said. Mereka jatuh cinta dan berkahwin serta bersama-sama menyertai perang melawan Belanda .
Inilah antara intipati utama Matah Ati , kisah perjuangan sejarah rakyat Indonesia , disulami dengan tarian dan kesenian yang tinggi , disebalik ialah muzikal dan nyanyian yang cukup menyentuh jiwa , walaupun maknanya agak kurang untuk difahami kerana menggunakan bahasa jawa sepenuhnya . Namun Matah Ati menyerlahkan budaya mereka , sifat kelembutan dengan tarian dan memaparkan adat yang penuh simbolik , serta penyatuan antara rakyat dalam menentang penjajah .
Walaupun pementasan ini mengetengahkan kisah cinta antara dua darjat iaitu rakyat biasa bernama Rubiyah dan bangsawan bernama Raden Mas Said , tapi secara keseluruhan ia telah memaparkan gambaran secara menyeluruh mengenai kesenian dan adat mereka , pementasan ini merangkumi segala kehidupan biasa rakyat dan bangsawan , memaparannya dengan penuh tersusun , Matah Ati membawa dengan penuh kehalusan dan hasilnya sangat cemerlang .
"Cabaran terbesar kami ialah bagaimana mempersembahkan sebuah produksi yang mengetengahkan apresiasi budaya, memberi makna dan pada masa sama menarik untuk ditonton,"ujar Atilah Soeryadjaya
Lakon tari ini diberikan sentuhan moden oleh penata artistik, Jay Subiyakto. Ini adalah kali pertama sebuah persembahan teater dengan skala besar dari Indonesia dibawa ke Malaysia.
"Matah Ati tidak hanya mengangkat kisah sejarah Jawa tetapi ini adalah sejarah rantau ini. Saya berbesar hati mempersembahkan teater epik ini kepada rakyat Malaysia yang juga berkongsi budaya dengan masyarakat Jawa,"ujar Puan Sri Tiara Jacquelina
"EVM percaya pementasan Matah Ati bertaraf dunia, berkualiti tinggi dan secara peribadinya, saya sangat berbangga kerana dapat bekerjasama. Tambahan pula, kami sentiasa menginginkan dan suka menonton setiap persembahan yang menakjubkan ini”, ujarnya lagi.
Matah Ati turut menggabungkan muzik, drama dan tarian itu menampilkan 58 penari profesional untuk memberikan persembahan hebat dan bertenaga selain dua penari sebagai tonggak utama iaitu Fajar Satriadi dan Rambat Yulianingsih.
Lakon tari sepanjang 1 jam 45 minit memaparkan budaya dan tradisi Istana Mangkunegaran melalui tarian klasik dan tembang Jawa. Lakon tari yang mengangkat kisah sejarah penentangan kaum wanita Jawa terhadap penjajahan Belanda di Jawa, Indonesia itu akan menemui peminat teater di negara ini selama tiga malam bermula 7 Mei dan akan berakhir pada 9 Mei ini.
Tiket-tiket berharga RM70, RM100, RM140 dan RM200 boleh didapati di www.airasiaredtix.com, cawangan Rock Corner, Victoria Music, Artist Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall dan juga di Istana Budaya Box Office.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.