Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

29 Apr 2015 02:04

Keputusan untuk Afdlin Shauki untuk membawa filem arahan beliau bersama Hans Isaac ke pentas teater bagaikan dijangka , walaupun sebenarnya ia adalah undian difacebook dari beberapa filem beliau sebelum ini , dengan pengalaman antara mereka sebelum ini yang pernah menjayakan teater bersama dan kemahiran Hans Isaac sebagai penerbit teater pada skala besar yang pengalaman .

Apatah lagi filem “Baik Punya Cilok” telah mendapat kutipan yang memberangsangkan , ditambah lagi dengan gaya marketing yang di war-warkan ia sebagai menyambut ulangtahun yang ke 10 , apakah kelebihan yang ingin kita nikmati lagi melalui teater ini , jalan ceritanya ramai yang telah ketahui dengan ulang tayang yang berterusan pada setiap Hari Raya.

Buat yang tidak ketahui , ditangan Hans Isaac bersama Afdlin Shauki dan ditambah lagi dengan pelakon utamanya iaitu Awie dan AC Mizal,  ia adalah teater yang pasti akan menampilkan sesuatu yang berlainan , walaupun jalan ceritanya sama tapi keasyikkan yang dipaparkan itulah isi utama yang menjadikan setiap teater terbitan Hans Isaac , sentiasa mendapat perhatian hinggakan mencecah kutipan yang tinggi .

Seperti yang kita semua ketahui mengenai filem “Baik Punya Cilok” , persembahan teater muzikal filem ini sememangnya adalah patut kita hargai , dengan segala gelak ketawa dan lawak antara mereka ia mencerminkan persahabatan kukuh antara mereka , dengan antara mereka ‘membahan’ atau melakukan jenaka lawak antara satu sama lain mengenai kehidupan peribadi masing-masing dan dibawa ke teater ini cukup menyerikan wajah penonton , ia adalah perkara yang kita semua tidak sangka , apatah lagi antara mereka menerimanya dengan penuh ‘selamber’ dan dngan wajah yang tidak bersalah.

Ia adalah intipati yang cukup mempersonakan dalam setiap teater terbitan Hans Isaac , bersama pengarah Afdlin Shauki juga yang mengenakan antara merea diatas pentas hinggakan pelakon utama ini tidak mengetahui apa yang bakal mereka berdepan , reaksinya cukup memberikan gelak ketawa.

Secara jujurnya keempat-empat mereka telah memberikan keunikkan dalam persembahan teater ini , keserasian yang ditampilkan mereka memang cukup kuat , inilah kekuatan utama untuk teater muzikal “Baik Punya Cilok” .

Dengan bantuan pelakon lain antaranya Hafizuddin Fadzil sebagai Abang Leman , Chelsia Ng sebagai Lina , Kin Wah sebagai Uncle Wong , Vanidah Imran , Dira Abu Bakar dan ramai lagi, malah ‘tukang karut’ yang disampaikan oleh Mohd. Kamrul Bahari  , membuatkan penonton untuk terus tertumpu kepada beliau dengan gaya loghat Kelantan , malah kadang-kadang agak mencuit hati dengan gaya beliau yang tersendiri .

Baik Punya Cilok” telah dibawa ke pentas dengan berkesan , walaupun jalan cerita yang sama tapi pementasan ini cukup menghiburkan , 2 jam setengah bagaikan tidak dirasai.

Diharap anda tidak akan melepaskan peluang kerana pementasan akan berterusan setiap hari sehingga Ahad ini iaitu pada 3 Mei . Untuk maklumat lanjut sila layari www.ticket2u.biz




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.