Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

20 Apr 2015 01:55

Lawak Ke Der 2015 sememangnya tampil dengan penuh menghiburkan , sejak diperkenalkan ‘stand up’ komedi di pentas Istana Budaya pada 2012 , setiap tahun siri Lawak Ke Der tidak pernah mengecewakan peminat . Ia sememangnya menjelaskan walaupun dipentas yang gah di Istana Budaya , para penonton sentiasa terbuka walaupun tanpa set-set yang hebat , ia tetap dapat memuaskan hati setiap penonton .

Siri Lawak Ke Der 2015 , Penerbit dan Pengarah Hans Isaac telah menampilkan Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim dan Bocey . Ketika ditemui selepas persembahan beliau menjelaskan sememangnya setiap pelawak yang ditampilkan mempunyai kelebihan masing-masing , mereka telah memberikan genre yang berbeza kepada penonton . Dan yang utama menurut beliau ialah setiap mereka mampu menamatkan persembahan masing-masing dengan masa yang diberikan .

Ketika diminta mengulas mengenai penampilan Sherry Alhadad yang menjadi pengacara pada malam itu . Hans menjelaskan beliau dipilih pada saat akhir , beliau memilih Sherry adalah kerana beliau suka dan senang bekerjasama , “Saya perlu suka kat orang tu dulu sebelum boleh bekerjasama dengan saya” jelas Hans .

Pentas yang dibuka pada jam 8.45 , dimulakan oleh Sherry dengan tarian ‘selamber’ beliau dengan lagu  “Who Run The World” , seperti kebiasaan setiap siri Lawak Ke Der akan dimulakan dengan tarian oleh Pengacara . Membuka persembahan ialah Rayza Mukmin , walaupun beliau baru diangkat dan diperkenalkan , Rayza berjaya membuka gelak ketawa penonton dengan persembahan beliau , dengan wajah yang kelihatan serius beliau sentiasa yakin menyampaikan setiap lawak .

Selepas itu pelawak yang tak perlu diperkenalkan lagi , kumpulan Bocey tampil dengan sketsa mereka tersendiri , mereka menampilkan lawak yang sentiasa mendapat perhatian penonton , dengan menjadi makcik-makcik gossip , Abam, Achey dan Fad membawa watak masing-masing dengan lawak yang cukup bersahaja , dengan aksi dan gaya masing-masing  , kumpulan Bocey Berjaya terus menghiburkan penonton .

Douglas Lim muncul selepas itu , pelawak yang tampil dengan mulut lancang ini tidak pernah gagal untuk membuatkan penonton gelak ketawa dengan setiap isu semasa , tetap tampil dengan trademark beliau yang akan meluahkan apa sahaja , menceritakan dengan penuh perasaan pelbagai isu yang dilalui beliau dengan penuh gelak tawa

Afdlin Shauki tampil meneruskan persembahan , beliau memanipulasi isu terbaru untuk dihayati penonton , trend gemokisawesome yang dipopularkan oleh Abam Boceymenjadi perdebatan beliau dengan penuh gaya lawak , mengupas bagaimana beliau tetap gembira walaupun berbadan gemuk dan kisah beliau yang membuatkan penonton terus bergelak ketawa .

Harith Iskandar muncul sebagai pelawak terakhir , kepada yang pernah melihat ‘stand up’ komedi beliau tentunya amat menantikan kemunculan beliau . Beliau mampu untuk membuat lawak dalam apa jua isu , sebagai seorang yang ‘old school’ , beliau mampu membuat lawak dengan setiap kemodenan yang ada pada hari ini seperti penggunaan Waze dan Instagram.

Pengakhiran persembahan ini ialah satu video tribute kepada yang sebelum ini juga pernah bersama dalam Lawak Ke Der 2, bersama Afdlin Shauki melalui kumpulan Boboi .

Benar kata Hans Isaac walaupun pelawak yang ditampilkan kita nampak satu persamaan , namun setiap mereka memberikan pengisian yang berlainan , memberikan setiap kesegaran apabila muncul para pelawak yang ditampilkan . Lawak Ke Der 2015mengekalkan momentum yang cukup menghiburkan dan penuh gelak ketawa , dengan sambutan yang berterusan oleh para peminat , nampaknya siri Lawak ke Der tidak nampak akan terus berhenti.




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.