Teater "Kena Main" Memaparkan Kisah Golongan Jalanan

01 Apr 2015 02:29

Khalid Salleh bukanlah nama asing dalam bidang teater , habis seluruh Nusantara telah beliau bawa dan jaja teater karya beliau  .Jika pada tahun 2014 , Khalid Salleh lebih senang membawakan karya‘Jual Ubat’ ke Istana Budaya di dewan yang kecil di Lambang Sari , Kali ini bagaikan sesuatu perubahan yang telah dialami beliau , apabila membawakan lagi sebuah karya beliau ‘Kena Main’ di dewan utama Panggung Sari , Istana Budaya . Beliau adalah seorang yang berpendirian , pernah mengkritik Istana Budaya dan menolak persembahan disana , namun kebelakangan ini beliau begitu lembut , sememangnya ini perlu , bukan untuk diri beliau sahaja tapi kepada masyarakat umum yang sebenarnya amat mengenali beliau dalam drama-drama lakonan dan arahan beliau sebelum ini tapi dalam teater masyarakat umum agak kurang mengetahui mengenai karya-karya beliau, yang sememangnya terkenal sebagai aktivis teater .

Persembahan karya Khalid Salleh ini setidaknya dapat juga masyarakat melihat sendiri antara teater yang dibayangi artis popular dan sifat ke’glamour’an , membuat perbandingan antara teater komersil dan teater konvensional .

Karya Khalid Salleh , ‘Kena Main’ telah ditulis beliau pada tahun 1989 dan telah dipentaskan pada tahun 1994 oleh Kumpulan ANGKASARAN, Universiti Sains Malaysia(USM) dan dinobatkan sebagai Juara Pekan Teater Kebangsaan dalam Festival Teater Malaysia seterusnya dipentaskan sekali lagi di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada tahun 1998 .

Kena Main’ mengisahkan mengenai pemuzik buta ditepi jalan , dilakonkan oleh 4 watak utama yang disandang oleh Aida Othman yang membawa watak Mona , Eman Manan sebagai Pie, Ebby Saiful sebagai Jusuh dan Sani Sudin sebagai Daud . Ia bukanlah membawa adegan yang penuh dramatic mahupun penuh extravaganza , ia memerlukan tumpuan penonton , mengajak penonton berfikir dan dalam masa yang sama mengingatkan penonton mengenai golongan biasa ditepi jalan ini .

Kisah ini membuka dengan sifat antara kempat-empat mereka , ia membuka kisah watak Mona sebagai gadis yang telah lari daripada kampung dan datang ke Kuala Lumpur untuk belajar mencari rezeki sendiri dan tidak mahu menyusahkan keluarganya . Sementara watak Daud yang membantu Mona untuk melarikan diri , dilihat penuh cemburu dan irihati terhadap Pie, Daud bagaikan tidak senang apabila Mona agak rapat dengan beliau , ia membuka sifat cemburu manusia dan membawa salah tanggap , Pie yang bergerak secara solo sedar tentang itu tapi tetap bersabar walaupun beliau tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Mona , beliau dilihat watak yang penuh selamba dan berpengetahuan terus mengkritik apabila menjawab perli Daud , dengan mengatakan “ Bermain muzik ini adakah satu ibadah atau haram jadah ! ” . Khalid Salleh terus mengkritik orang ilmuwan , memaparkan persoalan antara muzik dan agama .

 Jusuhpula sebagai ketua kumpulan muzik pula diletak pada watak yang mempunyai kepimpinan antara mereka memperlihatkan sikap setiakawan terhadap Pie yang telah lama beliau kenal . Benarlah kata Khalid Salleh , mereka walaupun buta penglihatan , tapi mereka tidak buta dihati . Jusuh sendiri sedar ketidakpuasan hati Daud kepada Pie .

Dalam pada itu Khalid Salleh memaparkan perbualan yang panjang antara mereka , membuka keluhan mereka yang kita sendiri takkan sedari selama ini , yang kita selama ini tidak ambil pusing mengenai nasib mereka sebelum ini yang hanya menyanyi di tepi jalan dan masalah yang dihadapi mereka .

Sedang Mona dan Daud pergi membeli minuman , Azizah Mahzan sebagai Laila dan Azman Hassan sebagai  Jamil (Peguam) daripada Persatuan Kebajikan Bagi Orang Kurang Upaya ingin mempelawa pemuzik buta yang diketuai oleh Jusuh membuat persembahan di majlis Persatuan Kebajikan Bagi Orang Kurang Upaya

Menariknya perbualan mereka disini mengajak penonton untuk terus membuka mata , bukan sahaja kepada nasib mereka tapi ia juga membawakan kritikan sosial dan juga isu semasa  , watak Jusuh terus mengkritik bahwa di Malaysia ini bakat adalah yang terakhir sekali dipandang orang , jika cantik , mempunyai paras rupa walaupun suara tak kemana tetap akan terus diangkat popular . Laila mula menekankan lagi bahwa muzik ni bukan milik sesiapa atau mana-mana bangsa  , muzik adalah kehidupan itu sendiri yang perlu dinikmati , ia adalah untuk meyakinkan diri Jusuh untuk menerima pelawaan mereka .

Kehadiran penagih dadah lakonan Radhi Md Nor yang ingin mengambil kesempatan untuk mengugut Mona apabila mengetahui kisah sebenar Mona daripada akhbar yang dicari oleh Polis kerana laporan oleh keluarga di Kampung  . Babak yang menimbulkan jenaka malah pengetahuan undang-undang juga diterapkan disini seperti yang dikatakan oleh Khalid Salleh , beliau memaparkan toleransi undang-undang , undang-undang itu bukan tegas semata-mata . Dengan bantuan Laila dan Jamil , Mona dibantu mereka berdua ke balai polis dan menyelesaikan masalah ini .

“Kena Main”timbul apabila Jusuh dan Pie sengaja membuat cerita kepada Daud yang mengatakan Polis mencari beliau kerana membawa Mona lari daripada rumah , beliau yang sememangnya mudah mengggelabah dan akhirnya ketakutan .

Teater “Kena Main” sebenarnya sangat cemerlang dan penuh berkesan , ini turut dibantu oleh pelakon-pelakon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang teater walaupun antara mereka kurang ternama , skrip yang panjang dan penuh mainan ekspresi tidak membuatkan mereka untuk terus membuat kesilapan , inilah hasilnya apabila ditangan orang yang berpengalaman .

Watak kecil Fauziah Nawi sebagai peminta sedekah yang sebenarnya mempunyai wang yang banyak juga mencuit hati kecil kita  , Sabri Yunus yang muncul sebagai penjual ubat telah memaparkan lagi realiti kaki lima di Kuala Lumpur .

Di bandar besar , disebalik ribuan orang yang lalu lalang , dan terdapat manusia-manusia kerdil yang tidak pernah kita tahu tentang kehidupan mereka , tentang masalah yang mereka hadapi , bagaimana mudahnya kita membantu mereka dengan hanya seringgit , mereka bukan meminta sedekah , walaupun mereka buta penglihatan mereka tetap berusaha mencari rezeki dengan membuat kerja , kerja mereka menyanyi dan menghiburkan orang lalu lalang . Inilah antara paparan “Kena Main” .

Teater “Kena Main” akan berlangsung di Istana Budaya daripada 27 Mac sehingga 5 April , daripada harga tiket RM35 hingga RM155 . Layari redtix.airasia.com




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.