Setelah sekian lama tidak muncul, bekas vokalis utama kumpulan Ukays, Amir telah menghiburkan peminatnya di Hard Rock Cafe, Melaka pada 28 Feb lalu. Persembahan yang bermula 5 petang petang itu turut menampilkan kumpulan Indera Band yang mengiringi penyanyi popular era 90 an itu.
Persembahan bermula pada jam 5 petang, Indera Band yang rata-rata terdiri dikalangan pemuzik yang pernah melatari beberapa buah band antaranya ialah Azlan & The Typewriter ternyata tidak menghampakan, mereka telah mendodoikan hadirin dengan rangkaian lagu-lagu popular masakini. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan oleh mereka adalah Mistikus Cinta, Mewangi, Galau dan Selimut Tetangga.
Penonton tidak terus dipinggirkan terlalu lama untuk menanti kehadiran penyanyi yang telah mewarnai industri muzik tempatan dengan rangkaian lagu-lagu yang mendodoi jiwa. Setelah hampir setengah jam bersama Indera Band, akhirnya kelibat Amir atau nama sebenarnya Muhd Azmir Muhammad Yusuf muncul di atas pentas.
Kehadirannya umpama penawar buat peminat yang sebahagian besar adalah peminat tegar yang membesar dengan lagu-lagu dendangan kumpulan Ukays. Amir terlebih dahulu membuka tirai dengan lagu Kau Satu-satunya. Vokal Amir masih lagi konsisten apatah lagi beliau terus mendodoikan irama Balada Ani buat hadirin pada petang tersebut.
Kembali Mencari seolah-olah membuka sejuta rahsia dalam diri vokalis kumpulan Ukays ini, apatah lagi kemunculan kumpulan-kumpulan lama dewasa ini dilihat cuba merungkai lembaran 2015 dengan kehadiran single terbaru. Tanpa memberikan sedikit ruang untuk berceloteh Amir terus melontarkan lagu Bila Diri Disayangi.
“Saya merasa cukup terharu dengan kehadiran penonton yang sanggup datang untuk menyaksikan persembahan saya di sini, saya juga cukup teruja dengan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada karier saya selama ini”,ujar Amir.
“Setelah lebih 20 tahun saya tidak mengadakan persembahan secara terbuka sebegini, rasa sebak seakan melanda diri saya, terima kasih atas sokongan anda semua”,tambahnya lagi.
Knife nyanyian Rockwell menjadi santapan telinga buat hadirin yang turut membesar bersama Amir. Sebelum itu beliau telah menyampaikan lagu yang berjudul Serasi. Kelihatan beberapa hadirin turut sama melagukan lagu-lagu yang dilontarkan oleh Amir.
Sudah Tiada Tunasnya, Siapa Yang Rampas Cintamu, Pahit Akan Manis Akhirnya dan Di Luar Kemampuanku telah disampaikan dalam bentuk medley. Biarpun cuaca di luar Hard Rock Cafe Melaka membahang dek kepanasan petang, namun tidak seperti di dalamnya. Hadirin cukup santai dengan alunan dan rangkaian lagu-lagu yang berkumandang.
Jiwa hadirin yang tenang tadi di ganggu dengan lagu Seksa yang seakan memberi suntikan semangat buat mereka. Hadirin tanpa segan silu terus melagukan lagu tersebut bersama-sama dengan Amir Ukays. Amir tidak membiarkan peminat terus alpa, lantaran itu beliau membawa mereka keawangan dengan lagu Kekasihku di Menara.
Sebelum mengakhiri persembahan pada petang itu, Amir turut menyampaikan lagu Rhythm Si Jantung Hati dan sudah pasti lagu yang cukup meninggalkan nostalgia buat para peminat Ukays, Disana Menanti Disini Menunggu. Lagu yang cukup dinantikan oleh hampir 200 orang hadirin yang memenuhi ruang Hard Rock Cafe Melaka. Terpapar riak wajah kepuasan setiap hadirin yang menyaksikan kemunculan semula penyanyi pujaan mereka apatah lagi dengan rangkaian lagu-lagu yang cukup mengembalikan nostalgia.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.