Konsert “Doa Langit Dan Bumi” yang berlangsung selama 2 jam setengah dan secara live di NTV7 pada ahad lalu sememangnya telahpun mencapai matlamatnya untuk membantu mangsa pasca banjir di pantai timur terutamanya yang mengalami kerosakkan yang teruk hingga rumah mereka musnah sama sekali pada tahun lalu.
Ia adalah konsert amal yang berjaya sekali , bersama artis Datuk Ramli Sarip dan dibantu oleh Awie , Dato Hattan dan Dato M. Nasir , konsert amal yang menerapkan satu perjuangan hidup yang harus diteruskan , bermula dengan sangat kemas melalui lagu puisi oleh Daqmie yang telah membuka konsert amal pada hari tersebut dengan lagu yang bertajuk “Yang Terindah” dan “Tangisan Sang Tamar” .
Konsert yang bermula pada tengahari sememangnya tidak menghalang peminat muzik dan artis dalam menyumbang kepada yang memerlukan , Datuk Ramli Sarip pernah menjelaskan konsert ini bukanlah sedih semata-mata tapi lebih kepada semangat , iaitu semangat untuk meneruskan hidup . Menampilkan ikon rock tanahair Awie , sememangnya persembahan pada hari itu memberikan sebuah ‘tenaga’ dengan lagu-lagu “Romania” , “Sayap Ilusi” dan “Hukum Karma”
M.Nasir yang selalu ditemani oleh pemuzik precussion sebelum ini tampil dengan iringan band diatas pentas memberikan lagi satu ‘tenaga’ yang begitu karisma , penghayatan lirik dan lagu beliau cukup menjelaskan status beliau sebagai pemuzik ikon nusantara , beliau tampil dengan 3 buah lagu dengan “Phoenix Bangkit” , “Apokalips” dan “Mentera Semerah Padi”.
Hattan yang terkenal dengan loghat negeri nya tidak menunjukkan sebarang kekurangan walaupun pada usia yang terus meningkat , beliau kekal cekal sambil menceritakan pengalaman banjir beliau dalam membantu mangsa-mangsa di Kemaman , Terengganu , Hattan telah menyanyikan lagu “Hani” dan “Bisa Bonar” , malah beliau telah menjemput Pengerusi Kumpulan Ambank , Tan Sri Azman Hashim yang merupakan penaja utama untuk konsert tabung kemanusian pasca banjir ini dengan lagu “Apo Nak Di Kato” dan “What A Wonderfull World”
Watak utama , Ramli Sarip sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi , beliau telah membuka lagu-lagu beliau semenjak awal konsert lagi , Ramli Sarip dengan rambut yang terus memutih , ia bukanlah satu alasan untuk beliau memperlahankan muzik beliau , kejituan muzik dan vocal beliau terus kekal padu, apatah lagi muzik dan lagu beliau yang diberi suntikan baru yang benar-benar menyerlah , lagu beliau semakin penuh dengan distortion malah solo-solo semakin memanjang , ia semakin ‘berat’ . Semangat rock Ramli Sarip nampaknya tidak pernah luntur dan semakin berbisa pada usia ini. Antara lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah “Warisan Alam” , “Hilang Gelap Terbitlah Terang” , “Kau Yang Satu” , “Berita Gempa” , “Musibah” , “Keliru” , “Batu” , “Teratai” dan “Kamelia”
Semangat yang ditampilkan pada konsert amal ini benar-benar memberi rasa dan jiwa , pada waktu ini tiada masa untuk bersedih melainkan meneruskan kehidupan . Konsert “Doa Langit Dan Bumi” memang berjaya , ia bukanlah hiburan semata-mata tapi serampang dua mata , yang mana peminat dan artis boleh bersatu dalam menyumbang kepada yang memerlukan .
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.