"Konsert OTM Rentak Retro" Bukti Kehebatan Artis Veteran Masih Diminati

Oleh : nazghoul
04 Feb 2015 17:53
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya

Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Rentak Retroyang berlangsung 30 hingga 31 Januari lalu di Istana Budaya sememangnya mengembalikan nostalgia kepada para peminat retro era 70-an dan 80-an. Tidak hanya tertumpu kepada penonton berusia, dewan Istana Budaya dipenuhi dengan golongan anak muda yang turut meminati lagu malar segar.

Malam yang penuh dengan imbauan nostalgia itu menampilkan lima bintang popular iaitu J. Mizan, Datuk M. Daud Kilau, Dwen, Rahimah Rahim dan Ramlah Ram serta penampilan khas Zaiton Sameon.

Persembahan pada malam itu diiringi oleh alunan muzik OTM yang dipimpin oleh Mohd Yazid Zakaria dengan menggabungkan kepelbagaian peralatan muzik kaum dan etnik Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

Panggung Sari Istana Budaya dibuka dengan nyanyian  J Mizan, seorang artis yang cukup popular sekitar tahun 70an.  Ternyata vokal beliau masih lagi bertenaga dan mampu membuat bulu roma hadirin berdiri dek persembahannya yang cukup mampan.  J.Mizan turut menyanyikan tiga lagu medley iaitu Tiada Lagi Jalan Kembali, Ku Membawa Diri, Sayang Tiada Lagi. Lagu medley kemudiannya diteruskan dengan dua lagu popularnya iaitu Merak Kayangan dan Hari Ini Dan Semalam.

Persembahan seterusnya mendapat sorakan daripada khalayak apabila munculnya Datuk M. Daud Kilau yang sinonim dengan panggilan ‘Raja Gelek Malaysia’. Lontaran vokalnya yang bersahaja turut menggamit nostalgia dengan untaian lagu-lagu seperti Sireh Pinang, Cik Mek Molek, Perigi Biru (ost filem Bawang Putih Bawang Merah) danGila Judi. Penonton turut dihiburkan dengan pelbagai persalinan Datuk M. Daud Kilau yang menjadi tarikan utama persembahan beliau. 

Bagi segmen ‘tribute’ Allahyarham Datuk Sudirman Arshad pula, OTM memainkan alunan lagu seperti Salam Terakhir, Terasing dan Merisik Khabar.

Menjengah segmen 80-an selepas itu, penonton dihiburkan dengan persembahan Zaiton Sameon, menerusi dua lagu popular yang melonjakkan namanya iaitu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar. Lontaran vokal Zaiton cukup menusuk hati penonton ditambah dengan emosi yang disuntiknya pada lagu. Ia begitu menyentuh perasaan sayu di hati penonton.

Persembahan bagi bintang 80-an pula dimulakan dengan penyanyi Dwen, dia yang sudah lama meninggalkan bidang nyanyian lebih 30 tahun itu menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Suatu Waktu Dahulu dan Satu Penantian.

Seterusnya, penyanyi dari Singapura, Rahimah Rahim tampil dengan kelunakan suaranya dengan rangkaian lagu popularnya yang masih malar segar hingga kini iaitu Gadis Dan Bunga, diikuti medley Masih Ada Cinta, Jika Begini dan Semanis Gula. Rahimah rahim kemudiannya mengakhiri persembahan dengan lagu Doa.

 Persembahan kemudiannya diteruskan dengan penyanyi lagenda Ramlah Ram, beliau telah mendendangkan dua buah lagu popularnya iaitu Kau Kunci Cintaku dan diikuti dengan lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi.  Selepas itu Ramlah Ram turut menghiburkan penonton dengan medley lagu Diam-Diam Jatuh Cinta, Selamat Jalan Romeo dan Apa Khabar Kau Di Sana.

Bagi segmen ‘tribute’ Ramlah menyanyikan lagu Bunga Tanjung dendangan asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini, diikuti J Mizan dengan lagu Kau Pergi Jua (Allahyarham Adam Ahmad) dan Rahimah Rahim memilih lagu Persamaan.

Sebagai pelengkap keseluruhan persembahan hebat, mantap, bertenaga, istimewa dan cukup bermakna itu, penonton dihiburkan dengan lagu Seiring Sejalan (nyanyian duet Brorey Marantika dan Sharifah Aini) dan Mulanya Di Sini (nyanyian Seha).

Konsert OTM Bersama Bintang pada malam itu dimeriahkan dengan celoteh pengacara Salih Yaacob yang sememangnya mampu membuatkan penonton ketawa dengan lawaknya yang bersahaja.

OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya OTM Live At Istana Buaya
OTM Live At Istana Buaya  




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.