12 album studio, 2 album split bersama kumpulan Search, 2 album artis vokal various dan 13 lagi album yang terdiri dari himpunan lagu-lagu hits, live dan unplugged menjadikan kumpulan Wings mempunyai 29 album kesemuanya. Legenda rock tanahair ini masih kekal menggegarkan pentas sehingga ke hari ini. Mana mungkin kita lupa persembahan lagu mereka Taman Rashidah Utama yang mengagumkan sewaktu Juara lagu 1989. Awie (vokal), Eddie (bass), Black (drum) dan Joe (gitar) kini kembali dengan album terbaru mereka Menakluk Kosmos untuk mengubat kerinduan peminat rock yang barangkali sudah bosan dengan kebanjiran artis dan muzik asing yang mula mencemarkan persada seni tanahair.
Konsert ini adalah ulangtahun ke-30 penubuhan Wings sejak penubuhannya tahun 1985 dan juga sebagai rangka promosi untuk album terbaru “Menakluk Kosmos”. Kemuncak karier mereka adalah menerusi album Teori Domino yang terkenal dengan lagu hit Sejati. Walaupun muzik rock sudah kurang impaknya, Awie yang meninggalkan Wings pada tahun 1993, akhirnya kembali menyertai Wings dan ini telah membawa berita gembira buat peminat mereka. Maka, lengkapnya korum mereka di konsert Menakluk Kosmos di MITC baru-baru ini adalah salah satu faktor jumlah kehadiran warga Melaka terutamanya, amat menggalakkan. Hadirin dari segenap lapisan umur membanjiri kaunter tiket di MITC malah, tiket Rock Zone yang mendapat sesi meet-and-greet secara eksklusif juga habis terjual.
Jam 9.15 malam, DJ Ismahalil Hamzah selaku emcee bertugas telah memulakan majlis dengan kerjasama hadirin untuk menyanyikan Negaraku. Sebaik selepas throwback mengenai Wings oleh emcee, Wings memulakan persembahan mereka jam 9.30 malam. Dewan MITC terus digegarkan dengan sambutan sorakan hadirin dengan lagu pembukaan dari Wings iaitu Amok dari album Bazooka Penaka. Lagu seterusnya dari mereka dipetik dari album Teori Domino, Bujang Senang. Mereka kemudiannya membawakan lagu Pengabdian Ku Kekasih dari album Bazooka Penaka.
Selesai 3 lagu tersebut, Awie beriteraksi dengan para hadirin dengan penghargaan dan penghormatan kepada penonton. Malah, Awie juga mengumumkan mengenai tabung Mangsa Banjir yang mereka telah letakkan di lokasi-lokasi strategik sekitar dewan.
Persembahan diteruskan dengan lagu Komplikasi Pramaya dari album terbaru mereka Menakluk Kosmos, Awang Thrasher dari album Jerangkung Dalam Almari. Mereka kemudiannya kembali ke lagu dari album Menakluk Kosmos bertajuk Peti Pandora Mu. Awie kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada kesemua peminat mereka atas sokongan terhadap Wings sehingga mencecah sebanyak 29 buah album. Lagu seterusnya ialah Ranggi Metropolis dan Sayap Ilusi dari album Naga Kramat iaitu album penyertaan Awie semula ke dalam kumpulan Wings. Mereka kemudiannya membawakan lagu juga merupakan judul album terkini mereka, Menakluk Kosmos.
Awie kemudiannya mengalu-alukan kehadiran Mantan Ketua Menteri Melaka,YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam dan isterinya. Turut hadir menyaksikan siri jelajah konsert Menakluk Kosmos di MITC Melaka adalah Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Bin Hj Haron.
Wings meneruskan persembahan dengan membawakan lagu Ingatkan Dia dari album Menakluk Kosmos. Kemudian, lagu yang dinanti-nantikan oleh setiap warga Melaka, lagu yang merupakan inspirasi, semangat dan motivasi bagi semua anak Melaka, Inspirasi Tamingsari dari album pertama mereka Belenggu Irama. Hadirin di segenap pelusuk dewan menyanyikan sekuat suara mereka serentak bersama Awie…rasa bagaikan bergegar lantai dewan. Mereka kemudiannya kembali membawakan lagu dari album Menakluk Kosmos iaitu Raja Segala Duri.
Awie kemudiannya memperkenalkan kesemua ahli kumpulan Wings dan pemuzik latar yang terdiri dari Azizi sebagai pemain keyboard dan juga penyanyi latar iaitu Ayuni, Cha, Nani dan anak Eddie sendiri iaitu Nabila.
Set diteruskan dengan sebuah medley yang turut membariskan lagu-lagu dari album-album tanpa nyanyian Awie. Lagu-lagu tersebut mengikut susunan adalah Biru Mata Hitamku, Belenggu Irama, Potret Monalisa, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Semalam Yang Hangat dan Romania. Lagu medley yang berdurasi lebih kurang 10 minit ini juga telah menggegarkan dewan dengan sing-along iringan semua hadirin.
Joe kemudiannya mempersembahkan solo gitarnya sebelum memulakan lagu Kota Kemusnahan dan Opera Hidup. Wings membawakan lagu terakhir pada malam itu iaitu lagu hit yang turut berjaya ke Juara Lagu 1990, Sejati dari album tertinggi jualan iaitu album Teori Domino.
Mungkin kehadiran penonton tidaklah seramai sewaktu zaman kegemilangan Wings satu ketika dahulu tetapi mereka telah berjaya menepati janji dengan memberikan sebuah persembahan bertenaga yang tidak membosankan dan berjiwa muda di hadapan khalayak lebih 5000 orang.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.