Sejak pembabitan dalam bidang seni pada 1979, nama Jamal Abdillah tidak pernah lekang disebut oleh peminat muzik tanah air. Bintang pujaan ramai yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu dengan lagu dendangan beliau, “Ghazal Untuk Rabiah” dan “Kekasih Awal & Akhir”, kini muncul dengan kompilasi terbaru berjudul “Raja Pop 2”. Album kompilasi ini merupakan lanjutan daripada album terdahulu beliau bertajuk “Raja Pop”, yang telahpun mencapai jualan sebanyak 150,000 unit. Album bekas juara Bintang RTM yang bakal diriliskan menjelang September ini tentunya sesuatu yang tidak akan menghampakan anda…
“Raja Pop 2” menampilkan lagu-lagu daripada seniman tahun 50an dan 60an seperti S Effendy , Yopie Latul dan Rahim Maarof. Selain bertindak sebagai penerbit executive bagi album ini, Jamal juga telah bekerjasama dengan Razman, (penerbit lagu yang terkenal dengan lagu “Kalau Mencari Teman” dedangan Ziana Zain), dalam pembikinan lagu “Bahagia Sementara”.
Turut dimuatkan dalam album ini juga adalah sebuah lagu kolaborasi sulung Jamal bersama ikon rap, Malique. Lagu bertajuk “Aku Maafkan Kamu” yang berentak ‘dance’ ini merupakan sebuah lagi lagu segar daripada Jamal Abdillah. Hasil kolaborasi sulung ini tentunya sebuah lagu yang menarik, suatu kelainan yang dinantikan oleh peminat beliau daripada golongan muda khasnya..
Single pertama beliau daripada album ini adalah sebuah lagu klasik bertajuk “Secupak dua Cupak” yang telah digubah semula. Dengan susunan lagu yang berentak pop ditambah dengan salingan instrument brass pada sepanjang lagu ini, lagu klasik ini bagaikan dilahirkan semula. Elemen jazz yang dimasukkan nyata sesuatu yang segar, khas buat peminat Jamal Abdillah yang tentunya menantikan kejutan dan kelainan daripada bintang pujaan mereka ini.
Bersempena dengan penghasilan album ini juga, Jamal Abdillah bakal menghiburkan peminat beliau di Singapura! Hasil kerjasama dengan persatuan Jamiah Singapura, konsert amal ini bakal berlangsung pada 24hb September 2011 bertempat di Stadium Tertutup Singapura.
Bagi peminat Jamal Abdillah, jangan lepaskan peluang untuk mengabadikan lagu bintang pujaan anda ini sebagai nada dering anda!
Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*225758# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my.
Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *118*123979# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my.
Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>0129211 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my.
Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*308322# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my
Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
1. Jangan Kau Rayu
2. Bahagia Sementara (New Song)
3. Lagu Rindu
4. Rayuan Maut
5. Perasaan
6. Tangisan Di Waktu Malam
7. Rundung Derita
8. Secupak Dua Cupak
9. Manis Manja
10. Aku Maafkan Kamu (duet with Malique)
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp
Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini
3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.