"Sirah Rasulullah - Tahajjud Cinta" Sarat Dengan Mesej

Oleh : nazghoul
03 Jan 2015 19:16

Tahajjud Cinta

“Sirah Rasulullah - Tahajjud Cinta”merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu-lagu kisah Nabi dan Selawat.

Ianya diadakan bersempena memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Muhammad S.A.W. Teater muzikal karyaan Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya akan dipentaskan pada 3 hingga 6 Januari 2015.  Pementasan ini membariskan pelakon dan penyanyi terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar,  Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim serta ramai dan diarahkan oleh pengarah yang tak asing lagi , Eirma Fatima .

Sirah Rasulullah - Tahajjud Cinta” bakal membawa anda melangkaui detik bagaimana dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Perjalanan teater ini di mulakan dengan kisah awal hidup Rasulullah s.a.w , sememangnya untuk dibawakan kisah sepanjang hidup Rasulullah s.a.w masuk kedalam teater ini sebenarnya ianya tidak cukup , maka dilihat Pengarah memilih hanya beberapa peristiwa penting sahaja untuk dimuatkan . Antaranya kisah antara perkahwinan Rasulullah s.a.w bersama Siti Khadijah , kisah Perang Badar , kisah mengenai hijrah , apa yang dilihat teater ini lebih kepada merumuskan keadaan. Ia akan menjadi sebuah teater yang tidak dapat difahami oleh sesiapa jika tidak mempunyai latar belakang mengenai sejarah Rasulullah s.a.w .

Eirma Fatima bijak untuk menampilkan penyanyi popular seperti Awie yang menyanyikan ‘Asmaulhusna’ dan ‘Solla Alaikallah’ , Tegar dengan lagu ‘Nabi Anak Yatim’ , Salleh dengan lagu‘Tholaalbadrul’ , Amy Search dengan lagu ‘Ya Rasulullah/Di Pintu Rindu’ dan ‘Labaikallah’ serta Siti Nurhaliza yang tampil membawakan lagu ‘Mikraj Cinta’ dan ‘Alangkah Indahnya’. Yang serba sedikit menguatkan lagi teater yang dipersembahkan . Persembahan teater diakhiri dengan kesemua pelakon berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

Teater ini juga menampilkan bahwa bagaimana  dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Pementasan ini juga merupakan satu-satunya produksi teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut Maulidur Rasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk  hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, lampin pakai buang, selimut, wang tunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search dan Erra Fazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

Tiket-tiket untuk menyaksikan pementasan drama muzikal ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah RM 53.00, RM 103.00, RM 153.00, RM 203.00, RM 253.00  dan RM 403.00 .  Anda boleh juga membeli secara online di www.airasia.redtix.com

Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta Tahajjud Cinta
   
   




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.