Gabungan tiga aktres hebat seperti Erra Fazira, Izreen Azminda dan Soo Wincci membawakan watak tiga ratu sudah pasti menjadi tarikan utama untuk penonton mengembara ke dunia lain ciptaan karyawan Eirma Fatima.
"Naskhah Takhta 3 Ratu ini adalah fiksyen yang digarap berlatarbelakangkan sejarah dan menyelusuri kisah tiga ratu kepada Sultan Mansur Syah. Ia juga membawa penonton untuk menyelami jiwa dan naluri wanita bangsawan dalam hidup Sultan Mansur Syah iaitu iaitu Puteri Hang Li Po, Lela Wangsa dan Puteri Majapahit Galuh Chenderai Kirana”,ujar Eirma Fatima.
“Keyakinan dan semangat kak Eirma pada karyanya membuatkan kami yakin untuk mementaskan teater ini. Walaupun agak berisiko, saya percaya kepada penceritaannya selain gabungan pelakon hebat dalam teater ini,”ujar Erra Fazira yang turut memegang watak sebagai Tun Teja dalam teater ini.
“Sungguhpun melakonkan watak sebagai seorang superhero, Eirma meminta saya untuk mengalirkan air mata. Mungkin dalam situasi yang berbeza agak sukar untuk saya mengalirkan air mata, namun ianya cukup mudah untuk saya lakukan apatah lagi keadaan yang baru sahaja menimpa diri saya baru-baru ini”,ujar Awie yang melakonkan watak Hang Tuah.
“Saya merasa cukup teruja apabila dipelawa oleh kak Eirma untuk menjayakan Takhta 3 Ratu. Saya rindu hendak beraksi di pentas Istana Budaya. Justeru tawaran menjayakan Takhta 3 Ratu umpama bulan jatuh ke riba,”ujar Remy Ishak
Menerusi pementasan ini Remy turut menunjukkan kemahirannya dalam pencak silat dan ia dapat disaksikan dalam babak pertarungannya bersama Awie. Begitu juga Erra apabila perlu menunjukkan ketangkasan dalam pertarungan silat.
Selain Erra dan Awie, teater ‘Takhta 3 Ratu’ turut menampilkan nama-nama hebat seperti, Azri Iskandar, Izreen Azminda, Datuk Rahim Razali, Soo Wincci, Remy Ishak, Beto Kushairy Mior Hashim Manap, Tasha Shila, Michael Angdan ramai lagi.
Teater ‘Takhta 3 Ratu’ merupakan sebuah naskhah yang menggabungkan tiga produksi iaitu Awie Entertainment Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd.
Teater ini dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya dan tiket boleh didapati dengan harga bermula RM50 hingga RM350 yang boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.