Zaman kegemilangan muzik rock Malaysia yang berada di kemuncak sekitar awal 90’an mungkin sudah lama dilupakan tetapi kumpulan-kumpulan muzik tersebut yang masih aktif tetap meneruskan perjuangan lagi perjuangan sehingga ke akhir hayat mereka. Peminat-peminat mereka yang disangka sudah melupakan hype muzik rock rupa-rupanya masih setia dan sanggup menghadirkan diri walau dari jauh mana sekalipun. Kumpulan MAY adalah di antara beberapa kumpulan rock yang masih aktif, rajin dan setia menghiburkan peminat muzik rock di zaman kegilaan metalcore dan k-pop ini. Ditubuhkan sekitar tahun 1986 oleh Mus, Man, Abu dan Yus, berjaya meletakkan diri mereka di persada muzik rock tanahair apabila berjaya membawa lagu sentimental rock bertajuk Sendiri ke Anugerah Juara Lagu 1989. Penyertaan tersebut telah membawa rezeki buat MAY. 11 album dan 2 album kompilasi, MAY mungkin tidak akan berehat dalam masa terdekat ini.
Sebelum MAY memulakan persembahan, sebuah kumpulan metalcore bergelar Sky M.C. yang dahulunya Sky Juice, menjadi pembuka tirai dengan menyampaikan 4 buah lagu antaranya lagu saduran Kenny, Remy & Martin bertajuk Ku Petik Bintang-Bintang dalam acuan metalcore mereka.
Persembahan “May Forever Rock” di Hard Rock Café Melaka pada 7 Disember lalu jelas membuktikan betapa relevannya pengekalan mereka di dalam arena muzik tanahair. Dengan kehadiran yang memenuhi setiap ruang HRC Melaka, kehadiran berjumlah tidak kurang 250 orang di dalam tangan. Peminat datang dari pelusuk Malaysia seperti Johor, Perlis, Kelantan malah seorang dari Rusia dan yang paling penting ialah dari Ipoh, tempat kelahiran MAY, menggamatkan dewan. MAY membuka persembahan set pertama jam 9:45malam dengan lagu Sendat & Ketat dengan penuh aura dan tenaga. Peminat-peminat yang berada seluruh dewan lebih-lebih lagi di hadapan pentas, termasuk seorang kakak yang duduk di kerusi roda, “head bang” tidak mempedulikan hujan yang mula turun lebat di luar HRC Melaka. Lagu-lagu set pertama seterusnya ialah Strategi, Jiwa Karat, Penghuni Kota, Sinar, Grafiti, Dari Kacamata dan ditutup dengan Sketsa Sebuah Cinta. Sememangnya Mus adalah seorang penghibur yang sebenar kerana sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan peminat selepas selesai membawakan setiap lagu, tanpa mengenal erti penat.
Selepas rehat selama 30 minit, set kedua bermula jam 11:05 malam dengan lagu Hakikat Perjuangan. Suasana kelihatan semakin gamat dengan “sing-along” yang semakin berani dan lantang dari peminat MAY. Begitu juga dengan rakaman gambar dan video dari telefon pintar yang semakin jelas terpampang di semua hadirin HRXC Melaka. Lagu-lagu seterusnya ialah Ku Dalam Dilema, Gadis Bertudung Putih, Jemu, Mai Pen Rai, Cintamu Mekar Di Hati, Sendiri dan diakhiri dengan Pelayaran. Selesai saja lagu terakhir, peminat MAY dengan lantang dan unison meminta May untuk menyampaikan sebuah lagi lagu. MAY memenuhi permintaan dengan lagu Wira Cyborg. Tidak cukup dengan itu, peminat sekali lagi meminta MAY memainkan satu lagi lagi dan MAY akhirnya MAY memainkan Siapa Kau. Bagaikan nak runtuh dibuatnya HRC pada lagu terkahir tersebut. Persembahan tamat pada jam 12:10tengah malam dan sememangnya persembahan bertenaga May malam itu akan terus mekar di hati peminat. MAY telah berjaya menggegarkan Disember dengan rock Malaysia.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.