Ini adalah kali pertama gergasi rock tanahair Search , menjejakkan kaki mereka ke Istana Budaya . Pentas Search disusun bagaikan konsert ‘outdoor’ dengan lampu yang memancar daripada belakang seperti kebiasaan konsert rock luar negara , jelas ‘setting’ yang cuba dipaparkan untuk penonton merasai pengalaman rock di pentas Istana Budaya .
Permainan lampu yang menyilau membuka dengan lagu ‘Panggung Khayalan’ , ‘Balada Pemuzik Jalanan’ , ‘Kejoraku Bersatu’ , ‘Laila Namamu Teratas’ , ‘Gelora Cintaku’ dan ‘Langit Dan Bumi’ . Amy kelihatan cukup lincah diatas pentas , tenaga yang dipaparkan beliau sedikit sebanyak merancakkan suasana , dengan lenggang lenggoknya yang biasa kita lihat dalam beberapa konsert besar beliau sebelum ini , beliau membuktikan pada usia 56 tahun beliau masih mampu untuk rock !
Sememangnya kita tak perlu bercakap banyak mengenai lagu-lagu mereka , Search yang berjaya mendominasi muzik rock tempatan dan meletakkan mereka ditempat yang tertinggi akan terus berada dihati peminat-peminat muzik rock tempatan , lagu-lagu lama yang dikatakan kitar semula inilah yang akan terus popular walaupun 20 tahun akan datang , ia adalah muzik yang takkan lapuk oleh zaman dan segala trend .
Tanpa berlengah Search meneruskan lagu ‘Menuju Puncak’ , ‘Honky Tong Kosong’ dan ‘Pelesit Kota’ , dengan ‘sound system’ yang pada tahap tinggi , lagu rancak mereka cukup membingitkan Istana Budaya .
Tanpa diduga Yazid muncul untuk mengambil alih drum , beliau yang kelihatan uzur tapi begitu bersemangat untuk bersama-sama Search untuk buat persembahan , beliau sebelum ini juga pernah berkata bermain drum sememangnya antara terapi yang bagus untuk diri beliau melupakan kesakitan yang dialaminya , kelihatan beliau dan Amy tidak tahan sambil mengalirkan air mata , para peminat ketika itu tanpa diduga juga turut memberi ‘standing ovation’ , bersama Yazid , Search memainkan lagu-lagu ballad yang telah menaikkan mereka , ‘Kejora’ , ‘Rozana’ , ‘Fantasia Bulan Madu’ , ‘Isi Atau Kulit’ , ‘Isabella’ dan ‘Gadisku’ , Ia adalah lagu-lagu yang memberi kenangan yang cukup indah , suasana Istana Budaya juga bergema dengan lagu-lagu klasik ini . Penampilan Yazid bukan sahaja penting buat Search sendiri tapi khususnya peminat yang ingin melihat Search sebagai satu kumpulan diatas pentas walaupun hanya 6 lagu .
Search tanpa segan silu terus membingitkan suasana Istana Budaya dengan lagu rancak mereka , ‘Diari Habib & Qabil’ , ‘Gothic Malam Edan’ , ‘No Way !!!’ Tanpa diduga mereka menyelitkan antara lagu wajib ‘Fenomena’ dan terus menutup dengan lagu ‘Kereta Merah’ dan ‘Pawana’
Seperti dalam kebiasaan konsert besar sebegitu jugalah Search memaparkan diri mereka didalam Istana Budaya ini , ramai yang mengatakan muzik mereka pada malam itu terlalu bingit , tapi bak kata rockers daripada Amerika , Ted Nugent , “Adakah muzik yang terlalu kuat , atau anda yang sudah tua ? “
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.