Pesona "Aku Saleem" Gamit Nostalgia

Oleh : nazghoul
02 Dec 2014 02:17

Saleem

Saleem Saleem
Saleem Saleem

 

Sebut saja nama Saleem, tentunya ramai masih kagum dengan penyanyi lagenda bersuara serak-serak basah ini. Manakan tidak, diusia 51 tahun bekas vokalis kumpulan sensasi 90-an, Iklim ini masih boleh dirasai setiap kali beliau muncul membuat persembahan pentas. Meskipun kini beliau bergerak secara solo, Saleem masih menerima banyak undangan nyanyian.

Kekuatan dan keupayaannya diuji ketika mengadakan persembahan di showcase “Aku Saleem” yang telah berlangsung di Hard Rock Café Melaka pada 29 dan 30 November lalu.  Ternyata kehadiran sulung beliau di pentas Hard Rock Café baru-baru ini mendapat sokongan para peminat yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Penyanyi yang digelar ‘Raja Balada’ ini mampu membuai pesona hadirin dengan rangkain lagu-lagu yang cukup untuk menggamit nostalgia hadirin yang hadir.  Malah ada di kalangan peminat yang datang seawal 8. 00 malam semata-mata untuk berada berhampiran dengan pentas.  Tepat jam 9.30 malam Saleem yang ternyata mempunyai aura tersendiri telah membuka tirai persembahan dengan lagu yang berjudul Benarkan Kerana Cinta diikuti dengan lagu Blues Cinta Kita.  Biarpun ramai dikalangan hadirin yang seakan ‘kaku’ ketika Saleem menyampaikan kedua lagu ini, namun beliau masih mampu menambat hadirin.

Suasana malam semakin dingin, Saleem melontarkan sebuah lagu saduran daripada Deep Purple, Soldier Of Fortune.  Suasana Hard Rock Café Melaka yang sedari awalnya sunyi kini dilontari vokal-vokal jemputan yang turut bernyanyi bersama penyanyi kesayangan mereka.  Saleem turut menguji keupayaan vokalnya dengan membawa lagu evergreen, Fatwa Pujangga yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Jais.  Saleem mengalunkannya dalam nuansa jazz yang sedikit sebanyak menghilangkan originaliti lagu tersebut, namun ianya dirasakan cukup segala rencah jazz yang didambakan oleh Saleem.

Ratu Sanubarikini menghiasi rangkaian lagu-lagu “Aku Saleem” dan Tinggal Kenangan.  Saleem meninggalkan pentas untuk set pertama dengan lagu “Blues Terengganu Kita”, yang pastinya sedikit mengucar kacirkan situasi samada di atas pentas mahupun di kalangan hadirin.  Biarpun hadirin yang hadir rata-rata adalah para fanatika selatan namun itu bukanlah halangan untuk mereka turut bersama melagukan rentak dengan loghat Terengganu.

Ketiadaan Saleem di aatas pentas memberikan ruang kepada Silva Kilauan Emas untuk mendendangkan 2 buah lagu.  Beliau telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Malam Minggu Mesra (Datuk Jamal Abdillah) dan Gerhana (Dato’ M.Nasir). Kredit harus diberikan kepada Silva kerana mampu melontarkan lagu dalam bahasa melayu dengan baik dan mampu menguasai hadirin yang hadir.

“Aku Saleem” diteruskan dengan rangkaian lagu-lagu yang lebih dekat dengan jiwa penonton, Trilogi Cinta ternyata membuatkan hadirin serta seisi Hard Rock Café Melaka turut berlagu.  Tanpa membiar jiwa serta nurani hadirin kosong, Saleem menghadiahkan lagu Juwita yang turut menyentuh perasaan Saleem sendiri.

Kredibiliti Saleem kini diuji, adakah beliau mampu untuk mengajak hadirin terus bernyanyi bersamanya?Pasti jawapannya ya kerana Bukan Aku Tak Cinta sudah pasti sentiasa meniti di bibir para hadirin yang pernah dilanda gelombang asmarasatu ketika dahulu.  Virus balada terus diimarahkan dengan lagu Bunga Emas dan Hakikat Sebuah Cinta yang sentiasa terpahat dalam minda.

Penghargaan diberikan kepada Allahyarham Datuk Sudirman apabila Saleem menyampaikan 2 buah lagu dalam bentuk medley, Hujan dan Merisik Khabar yang cukup membuai perasaan untuk mengembalikan era kegemilangan Sudirman satu ketika dahulu.

Tanpa Hard Rock Café Melaka mungkin showcase “Aku Saleem” tidak dapat di rialisasikan,  Saleem telah menyampaikan plak tanda penghargaan beliau kepada pihak pengurusan.  Joy Ahmad selaku wakil Hard Rock Café Melaka pastinya merasa teruja dengan penghargaan yang diberikan.

Tanpa lagu Suci Dalam Debu, pastinya ianya bukanlah persembahan Saleem.  Ternyata lagu yang turut mempopularkan kumpulan Iklim ini seumpama nyawa buat peminat.  Hakikatnya persembahan telah pun tamat namun riak wajah hadirin seumpama mengharapkan agar Saleem terus membuat persembahan tetapi apakan daya waktu yang membataskannya.  “Aku Saleem” berakhir dengan simpulan ikatan yang membuka nostalgia yang pasti dikenang sampai bila-bila.

 

Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem
Saleem Saleem




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.