Ia adalah kedatangan pertama kali yang cukup klasik buat kumpulan duo , Secret Garden yang terdiri daripada composer / pemain piano daripada Norway , Rov Lovland dan pemain violin daripada Irish , Fionnuala Sherry . Mereka kumpulan yang cukup berjaya mengusik segenap lapisan hati diseluruh dunia , dengan lagu-lagu mereka yang telah digunakan dipelbagai siaran televisyen , drama , iklan , filem dan penghormatan .
Walaupun Secret Garden merupakan kumpulan muzik new age yang begitu berjaya sekali , dengan jualan album mereka melebihi jutaan unit , mereka sebenarnya bagaikan tidak popular diluar sana . Lagu mereka ‘You Raised Me Up’ yang dikeluarkan bersama album ke 4 yang bertajuk ‘Once In A Red Moon’ pada tahun 2001 hanya mencatatkan kejayaan yang cukup kecil kepada mereka . Namun selepas lagu tersebut dipopularkan semula oleh Josh Groban pada tahun 2003 dengan menguasai carta di US Adult Contemporary chart , ia merupakan lagu yang telah dirakam semula yang terbanyak sekali , dengan melebihi 125 kali dan oleh pelbagai artist popular dunia , Jika Josh Groban membawa lagu ini untuk menguasai US , kumpulan Westlife juga berjaya membawa lagu ini dengan menguasai carta di UK .
Persembahan yang begitu klasik oleh dua artis ini telah dipersembahkan dalam konsert mereka yang digelar , SecretGarden“The Greatest Hits Tour” pada 8 November lalu dan bertempat di Planery Hall , Kuala Lumpur Convention Centre .
Ia adalah persembahan muzik neo classical dengan melodi yang begitu menyentuh perasaan dan tentunya membawakan lagu-lagu popular mereka dengan karier hampir mencecah 20 tahun dengan 8 buah album .
Fionnuala Sherry dan Rov Lovland saling melengkapi antara satu lain , keduanya menyusun setiap mainan antara mereka dengan gesekan viola yang gembira dan menyentuh perasaan , Fionnuala Sherry kelihatan yang menguasai dan mengatur gerakaan diatas pentas . Rov Lovland pula yang sentiasa duduk di piano , sememangnya jarang menunjukkan satu perasaan kepada penonton , yang mana hanya jari jemari beliau sahaja yang menterjemahkan perasaan beliau dengan setiap lagu.
Dengan diiringi band , konsert ini sememangnya diakui berada dikelas yang tersendiri yang membawa penonton kepada perasaan yang epik , walaupun majority muzik mereka adalah instrumental . Mereka telah menyusun dengan lagu lirik untuk membawa penonton menyelami muzik Secret Garden . Dua penyanyi Espen Grjotheim dan Catherine Iversen , mewarnai persembahan pada malam itu .
Antara lagu yang dipersembahkan malam itu ialah ‘Windancer’ , ‘Nocturne’ merupakan lagu yang membawa mereka memenangi pertandingan Eurovision Song Contest pada tahun 1995 , ‘Silent Wings’ , ‘Escape’ , ‘Song At The End Of The Day’ , ‘Sometimes When It Rains’ , ‘Elan’ , ‘Heartstring’ , ‘Steps’ , ‘Hymn To Hope’ , ‘Poeme’ dan ‘The Reel’ .
Catherine Iversen , dengan suara beliau yang lunak merdu telah membawakan ‘Sigma’ , ‘Sleepsong’ , ‘Prayer’ serta Espen Grjotheim membuka penampilan beliau dengan lagu patriotic ‘My Land’ , Rov Lovland menceritakan dengan panjang mengenai lagu ini kepada penonton ,iaitu pada tahun 2005 Norway telah menyambut 100 tahun mereka merdeka daripada Sweden dan lagu ini dicipta khas oleh Secret Garden untuk menyambut hari yang bersejarah tersebut yang mana liriknya telah ditulis oleh Brendan Grahamdan anak perempuan beliau Alana Graham . Rov Lovland yang waktu itu sebagai komposerdan mempunyai pertalian darah dengan Jørgen Løvland - Perdana Menteri Norway dari kerajaan Norway di Sweden, dan arkitek utama di sebalik rancangan draft pemisahan , beliau telah disuruh untuk menulis muzik untuk meraikan peristiwa bersejarah ini. Dalam konsert tempatan di Evje, tempat kelahiran bapa beliau , RovLovland dan Fionnuala telah mempersembahkan lagu ini dengan biola dan piano sahaja.
Antara lagu lain yang dinyanyikan oleh Espen Grjotheim ialah ‘Stormy Night’ , ‘Thank You’ dan bersama Catherine Iversen , mereka tekah berpadu suara menyanyikan lagu paling popular Secret Garden iaitu ‘Your Raise Me Up’
Menutup persembahan pada malam itu ialah lagu instrumental ‘Song From A Secret Garden’ juga merupakan lagu yang paling berjaya apabila dimuatkan dalam drama ‘Winter Sonata’ di Korea Selatan dengan diubah menjadi ‘From The Beginnning Until Now’ dan lagu ‘Celebration’ menutup persembahan yang penuh persona .
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.