“ Konsert ini menceritakan perjalanan bagaimana saya mencari Ramli Sarip , Pengalaman bagaimana proses saya berhijrah daripada penyanyi kumpulan Sweet Charity hingga saya bergerak sendiri dengan nama Ramli Sarip “
Ia adalah perjalanan yang hampir separuh abad buat penyanyi yang semakin berusia ini , Tahun 2014 menunjukkan betapa aktifnya beliau diatas pentas konsert , Konsert jelajah ‘Blues Buat Teman’ sebelum ini yang telah singgah kebeberapa buah negeri , bagaikan memberi satu keyakinan kepada beliau . Konsert berbayar oleh artis tempatan dilihat agak sukar untuk mendapat sambutan , Ramli Sarip membuktikan lagi sekali betapa relevannya beliau pada hari ini . Penyanyi Singapura ini tidak pernah ‘bergayut’ dengan populariti yang ada dan sikap beliau yang sentiasa merendah diri begitu menyenangkan peminat.
‘Konsert Hayat … 45 Tahun Ramli Sarip’ bermula tepat jam 9 malam di Istana budaya , dengan intro yang panjang sebelum terus dengan lagu yang dipetik daripada album solo tajuk sendiri pertama Ramli Sarip dengan lagu ‘Tersendiri’ , diteruskan dengan lagu ‘Istilah Bercinta’ daripada album ke-4 beliau yang bertajuk ‘Istilah’ . Ramli Sarip memang tidak cakap banyak beliau terus merancakkan konsert dengan lagu-lagu ‘Panah Beracun’ , ‘Fantasi Tapi Kenyataan’ , ‘Tajam’ dan ‘Orang Kota’
Meneruskan dengan lagu ‘Layarkan’ dan ‘Bukan Kerana Nama’ , membuatkan tepukan gemuruh tanpa henti . Ini adalah konsert yang hebat daripada Ramli Sarip .
Susunan muzik beliau bagaikan dsusunkan semula , ia adalah improvised muzik yang penuh bergaya , penambahan struktur muzik dan kod-kod membuatkan penonton terpegun , masa yang berjalan bagai tidak dirasai langsung . Semuanya tertumpu kepada lagu-lagu yang dimainkan dan ingin merasai apa lagi perubahan dan improvised muzik yang dilakukan .
Ramli Sarip terus memberikan persembahan yang penuh semangat dengan lagu hebat beliau , ‘Adam Dan Hawa’ , ‘Jikalau Berkasih’ dan ‘Keliru’
Barisan lagu dan muzik yang dibawakan oleh Ramli Sarip sangat memukau , muzik hard rock yang cukup nyata dipersembahkan , ia tidak seperti yang kita dengar sebelum ini , penambahan solo , penambahan muzik serta permainan solo oleh keyboard yang dimainkan oleh Roza Rasul dan kadang-kadang gitar solo yang bertukar-tukar antara Man Kidal dan Rizal Halim begitu menguatkan persembahan setiap lagu. Kredit ini seharusnya diberikan kepada barisan pemuzik yang membantu beliau , tidak cukup dengan itu tiupan saksofon oleh Jari dalam beberapa lagu juga menaikkan lagi susunan lagu yang telah cukup padat . Tidak boleh dinafikan bagaimana minatnya Ramli Sarip kepada Led Zeppelin di applikasikan dengan idea dan pembaharuan dalam konsert ini .
Walaupun dengan gelaran ‘papa rock’ , Sinonim beliau dengan muzik Nusantara memang tak boleh dipisahkan , apatah lagi dalam album solo beliau selain muzik rock , album dan kompilasi muzik nusantara juga tidak pernah ditinggalkan . ‘Lagu Zaman’ yang sebelum ini duet bersama Tan Sri SM Salim , kini beliau tampil duet bersama artis undangan iaitu Aris Ariwatan . Turut tampil Dayang Nurfaizah dengan duet bersama beliau dengan lagu ‘Musafir Rindu’.
Tetamu undangan khas daripada Negara Jiran , Indonesia , Achmad Albar sememangnya adalah satu penghargaan oleh Ramli Sarip kepada penyanyi kumpulan rock God Bless ini, yang turut antara penyanyi pujaan beliau daripada seberang , malah Achmad Albar juga adalah penyanyi asal untuk lagu ‘Zakia’ . Disini beliau telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu ‘Semut Hitam’ dan ‘Panggung Sandiwara’ , Malah telah berduet bersama Ramli Sarip untuk lagu ‘Zakia’ .
Kejutan Konsert ini tidak terhenti dengan artis undangan sahaja , Selepas Ramli Sarip menyampaikan lagu’ Syair Lailai Majnun’ dan ’Temasya Desa Gemalai’ , Sweet Charity telah dibawa keatas pentas bersama . Rosli Mohalim , Ahmad Jaafar Jawahir , Rahman Sarbani tidak ketinggalan untuk merasai bersama konsert yang penuh gemilang ini . Membawakan lagu yang begitu nostalgik iaitu ‘Sejuta Wajah’ , ‘Batu’ , ‘Datang Dan Pergi’ , ‘Hilang Gelap’ , ‘Teratai’ dan ‘Kamelia’ .
Sebagaimana ketika konsert Blues Buat Teman , Lagu yang dikhaskan buat rakyat Malaysia kerana tragedi MH370 dan MH17 , ‘Doa Buat Kekasih’ menutup konsert yang panjang dan penuh warna warni .
Pemuzik - Man Kidal (gitar), Aji (gitar), Rizal (gitar), Fauzie Zain (bass), Din Safari (bass), Tom Anuar (dram), Roza Rasul (keyboard), Jari (saksofon) , Belle Fatah (keyboard), Kamarul Bahrin (perkusi), Paang Zaman (perkusi) dan Boy Razli (gambus).
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.