ALLEYCATS Masih Mampu Menunjukkan Taringnya

Oleh : nazghoul
21 Oct 2014 01:24

alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka

Dengan pengalaman di dalam industri muzik sejak 1969 dan sejak album pertama pada tahun 1969 sehinggalah album ke-27 tahun 2006, Alleycats merupakan satu-satunya kumpulan yang masih aktif bermuzik sehingga ke hari ini. Dengan puluhan lagu hits balada yang menjadi siulan peminat, pertukaran ahli kumpulan tidak dapat dielakkan namun perjuangan masih diterajui oleh vokalis utamanya iaitu Dato David Arumugam. Kini, Alleycats kembali memberikan persembahan khas untuk pengunjung Hard Rock Café Melaka.

Persembahan dimulakan pada tepat jam 5.00 petang seperti yang dijanjikan dengan lagu pembukaan Sampaikan Salam Cintaku. Suara David yang merdu, lunak, tinggi dan bertenaga memecah kesunyian Hard Rock Café dan kawasan sekitarnya. Penonton yang rata-ratanya terdiri dari peminat lingkungan usia lebih dari 40 tahun masih malu-malu untuk menyanyi bersama-sama David tetapi ternyata mendengar David menyanyi juga merupakan santapan deria hadirin berpakej lengkap. Apa yang memukau kesemua hadirin ialah suara David masih lagi sama seperti dalam album-album mereka.

David meneruskan lagi lagu hits mereka dengan membawakan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam seraya diiringi oleh hadirin tanpa segan lagi. Tugas vokal kemudian digalas sementara pula oleh Glen Salay@Glen yang mempunyai vokal ala-rocker dengan membawakan lagu cover Take It Easy dari Eagle. Pemilihan Glen untuk menggantikan mendiang Loganathan ini memang tidak sia-sia. Paling mengejutkan hadirin semua ialah keupayaan Glen dan Alleycats yang membawakan lagu cover Sweet HomeAlabamadari Lynyrd Skynyrd secara ad-hoc atau spontan hanya untuk menghiburkan sepasang suami isteri pelancong yang datang dari Alabama, USA. Selain Glen, ahli kumpulan terkini untuk Alleycats ialah David John@Boy (drums), LohKum Swee@Jimmie (bass), Prawing Aroonratana@Mike (keyboards) dan Nazaruddin Abdullah@Din (gitar).

Tugasan vokal kemudiannya dikembalikan kepada David dengan lagu Senyumlah Kuala Lumpur dan Berjuta Batu. Versatiliti kumpulan ini bukan sahaja membawakan lagu secara ad-hoc tadi, malah mengejutkan hadirin berbangsa Tionghua apabila mereka membawakan lagu cover bahasa Mandarin. Hadirin Cina yang pada mulanya sedang duduk di meja kerana selesai makan terus memenuhkan kawasan depan pentas sambil menyanyi bersama lagu Mandarin tersebut. Glen kemudiannya kembali mengambil alih tugas dengan menyanyikan lagu cover Evil Waysdari Santana.

Selepas rehat selama 30 minit, mereka membawakan lagu Seribu Bintang, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dan Layang-Layang Terputus Tali. Nyanyian David kali ini diiringi oleh seluruh hadirin yang ada di dalam HRC petang itu. Hilang sudah malu-malu kucing hadirin kerana mereka kini sudah menjadi “penyanyi latar” untuk Alleycats dan menggamatkan suasana. Glen kemudiannya membawakan lagu cover Another Brick In The Wall dari Pink Floyd. Sekali lagi, mereka menampilkan versatiliti mereka dengan menyampaikan sebuah lagu bahasa Tamil yang berjudul Sur aghani

Sayang sekali, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Lagu terakhir mereka pada petang itu ialah Andainya Aku Pergi Dulu. Dengan semangat yang berkobar-kobar, seorang peminat telah menyanyikan rangkap-rangkap terakhir dengan sempurna. Setelah mendapat permintaan hadirin, mereka membawa lagu encore iaitu lagu cover Smoke On The Water dari Deep Purple. Jelas kelihatan hadirin merasa amat puas hati dengan persembahan mereka.

Selain ucapan “trademark” David iaitu “Terima Kaseyy!!!” yang beliau ucapkan tanpa gagal di akhir setiap lagu, satu lagi perkara yang membuatkan penulis kagum ialah kepakaran mereka dalam merancang durasi persembahan kerana mereka menamatkan persembahan mereka jam 6:57iaitu sebelum azan Maghrib. Ini menandakan rasa hormat, toleransi dan persefahaman dari Alleycats terhadap hadirin dan rakan-rakan Muslim. Teruskan, Alleycats…kamu semua ada 8 nyawa lagi!!! Terima kaseyyy!!!

alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka
alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka
alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka
alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka alleycats Live At Hard Rock Cafe Melaka




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.