Raja Funfair. Itulah nama yang sinonim dengan kumpulan rock / heavy metal legenda tanahair iaitu XPDC. Ratusan, mungkin ribuan jelajah ke tapak pesta funfair di segenap pelusuk negeri di Malaysia menjadikan kumpulan XPDC bagaikan “goreng pisang panas” mendapat tawaran beraksi di pesta funfair. Itu sewaktu di kemuncak kerjaya mereka sekitar tahun 90’an. Walaupun pernah mengalami perubahan ahli kumpulan, kombinasi Mael (vokal), Izo (gitar) dan Amy (dram) adalah raja-raja yang paling tersohor sepanjang penguasaan empayar mereka.
Showcase ini juga merupakan ulangtahun ke-25 penubuhan XPDC yang bermula pada tahun 1989. Sebahagian kejayaan mereka juga sebenarnya adalah hasil sumbangan lagu-lagu hit dan evergreen sentuhan komposer dan penulis lirik, J.S. Kevin. Selain beliau, Izo turut memainkan peranan yang besar dalam penulisan lagu-lagu hit mereka. Untuk ulangtahun ini, semua tertanya-tanya samada Zuar (bass) akan memberikan khidmatnya; jawapannya ialah Zuar sebenarnya sudah berkeputusan untuk berhijrah dan meninggalkan dunia muzik. Tugas Zuar malam itu digalas oleh Eddie dari kumpulan Def Gab C manakala anak Izo iaitu Arif bertindak sebagai gitar kedua.
Jam 9.30 malam, hadirin hampir memenuhi restoran Hard Rock Café Melaka seramai 400 orang dari Melaka dan juga luar, dipersembahkan dengan kumpulan pembukaan Payslip yang terdiri dari remaja yang berumur antara 16 dan 17 tahun; termasuk pemain gitar Arif yang merupakan anak kepada gitaris Izo. Mereka membawakan 8 lagu cover yang merupakan lagu-lagu hit dari kumpulan-kumpulan terkenal seperti Guns N’ Roses, Deep Purple, Avenged Sevenfold, Extreme, Lenny Kravits, Led Zeppelin, Metallica dan My Chemical Romance. Mereka turut membawakan sebuah lagu ciptaan mereka sendiri dipetik dari album mereka yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Tiba masa yang dinanti-nantikan peminat XPDC, kumpulan legenda Malaysiaini membuka persembahan jam 10.15 malam dengan lagu Ntahapantah. Jelas terpancar di semua hadirin wajah kegembiraan dan puas hati melihat kumpulan yang pernah menyertai pertandingan akhir juara lagu dengan lagu balada yang menjadi siulan setiap insan tidak mengira umur dan bangsa; masih berkuasa di atas pentas. Lagu-lagu seterusnya yang menjadi pilihan mereka ialah Hidup Bersama, Bahalol, Raja Kertas, Aku Masih Di Sini, Hijau Bumi Tuhan, Penyakit Gatal, Jangan Tak Mandi dan Nafisa. Dengan setiap lagu yang disampaikan sehinggalah lagu Puing Cinta iaitu lagu terakhir set pertama mereka, hadirin menyanyikan kesemua lagu bersama Mael tanpa gagal.
Selepas rehat selama 15 minit, set kedua dimulakan semula jam 11.30 malam dengan lagu-lagu yang lebih cenderung kepada genre heavy metal dan juga heavy metal ballad seperti Talam Dua Muka, Selendang Merdeka, Senapang Patah, Titian Perjalanan, Hentian Ini, Kita Peng-Yu dan Tak Nak Jadi Soh Chai. Pemilihan lagu mereka, walaupun mereka tidak membawakan 2 lagu siulan seperti C.I.N.T.A. dan C.T. Cinta Kenangan Silam, agak baik dan memuaskan semua hadirin. Dua lagu penutup yang ditunggu-tunggu peminat yang hadir ialah Semangat Yang Hilang dan Apa Nak Dikata merupakan pelengkap kepada pengubat rindu peminat terhadap XPDC. Hadirin sing-along sehingga kedengaran jelas di kawasan sekitar.
Kepada peminat XPDC yang mengakui peminat tegar mereka tetapi tidak menghadirkan diri, anda memang rugi. Ini merupakan persembahan XPDC yang sungguh bertenaga dan yang terbaik pernah diberikan kepada peminat sepanjang karier mereka. Paling jelas, ini merupakan permulaan semula perjalanan ekspedisi mereka dalam dunia muzik rock dan heavy metal. Ayuh, peminat semua…sertailah!
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.