Teater “SuperMokh Sebuah Muzikal” yang pernah dipentaskan pada November tahun lalu kini mula dipentaskan semula dan ianya telah bermula pada 8 September dan berakhir pada 21 September ini. “Supermokh Sebuah Muzikal Restaging” di adakan atas permintaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Diterbitkan oleh Tall Order Productions Sdn Bhd di bawah kelolaan pelakon dan penerbit, Hans Isaac, teater ini juga turut mendapat kerjasama daripada Jugra Publications Sdn Bhd.
Supermokh Sebuah Muzikal Restaging yang masih mengekalkan pelakon sama iaitu Awie sebagai Datuk Mokhtar Dahari atau Supermokh dan Maya Karin sebagai Datin Tengku Zarina (isteri arwah) turut mendapat tajaan utama daripada Kumpulan CIMB.
Hans juga turut bekerjasama dengan Harith Iskander untuk mengarahkan teater yang turut dibarisi oleh pelakon seperti Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.
Meriwayatkan kisah hidup pemain bola sepak negara yang juga salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, teater kali ini diharap dapat menarik generasi muda untuk lebih ramai menonton di samping memperkenalkan kepada mereka dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya SuperMokh.
Melalui susunan lagu merdu yang bertaraf antarabangsa di dalam muzikal ini yang dicipta oleh Pengarah Muziknya, Michael Veerapen, ia turut disempurnakan lagi dengan seni kata indah oleh Adlin Aman Ramli dan seni tari yang dicipta oleh Adzwadi Saini.
Gabungan kesemua elemen ini berjaya meninggalkan kesan yang menakjubkan terhadap pengalaman teater yang dialami penonton. Apatah lagi scene perlawanan bola sepak menggunakan lampu diod memancar cahaya (LED) atau sebagai Tron 3D, dilihat sebagai satu tarikan untuk peminat menyaksikan kehebatan ‘SuperMokh Sebuah Muzikal Restaging’.
Menerusi persembahan ini, penonton disuap dengan kisah hidup peribadi SuperMokh yang tidak pernah dikongsi dengan masyarakat dalam bentuk muzikal. Penonton terkesan dan terpaut dengan kisah serta onak duri yang perlu dilalui Mokhtar sebagai seorang jaguh bola sepak, seorang suami dan seorang bapa. Memori dan semangat kenegaraan dinyalakan semula dengan kehadiran nama gah seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Arumugam.
Muzikal ini memaparkan keazaman seorang jaguh bola sepak yang berjuang demi negara, seseorang yang disayangi dan disanjungi oleh seluruh negara. Ia juga membongkarkan betapa peritnya apabila beliau terpaksa mengakhiri kerjaya masyhurnya, beliau terpaksa meninggalkan bola sepak. Kebanyakan rakyat Malaysia masih merasakan yang Mokhtar tiada ganti.
Kepada penonton yang ingin menyaksikan teater ini, jangan lupa dapatkan tiket anda di kaunter box-office Istana Budaya atau ‘online’ di www.ticket2u.biz. Istimewanya buat pelanggan CIMB anda akan menerima potongan harga istimewa iaitu diskaun 10 peratus untuk pengguna Kad Kredit dan Debit CIMB manakala diskaun 15 peratus untuk pengguna Kad Kredit Preferred Infinite CIMB bagi tiket berharga dari RM166 ke RM306.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.