Ke'Wujudan' Semula EXISTS Di Hard Rock Café Melaka Berjaya Ubati Kerinduan Peminat

Oleh : nazghoul
28 Aug 2014 19:43

Exist

Exist Exist

Existsadalah sebuah band yang telah menempa sejarah dimana mereka adalah band yang pertama menampilkan ahli kumpulan yang masih bersekolah menengah. Dengan lagu hit yang telah melonjakkan nama mereka iaitu Untukmu Ibu, lagu balada tersebut telah menusuk ke dalam kalbu di setiap insan tidak mengira umur, agama dan bangsa. Exists yang ditubuhkan pada tahun 1991, telah berjaya menghasilkan 9 album studio yang pasti akan mengandungi lagu-lagu hits yang sedia-karaoke. Bagaimanapun, setelah dua kali mengalami pengunduran vokalis, Exists akhirnya membawa haluan masing-masing pada tahun 2008.

Kini, selepas 6 tahun menyepi dari sebarang penghasilan album studio, Exists yang kini terdiri dari Ezad (vokalis 1), Joey (vokalis 2), Musa (bass), Along (gitar) dan Ujang (drum), telah kembali bersatu untuk showcase istimewa yang diadakan khas untuk peminat mereka di Melaka. Peminat-peminat Exists yang hadir rata-rata ingin mendengar semula vokal yang dinamik dari Ezad yang mereka rindui. Peminat-peminat drum pula turut menghadirkan diri untuk melihat kehandalan Ujang yang telah berkhidmat sebagai sessionis rakaman juga sessionis konsert dan berkhidmat didalam band heavy metal tempatan seperti Amuk dan Barongan.

Showcase dimulakan lewat sedikit iaitu jam 9.40 malam bagi memastikan tiada peminat Exists yang ketinggalan untuk mendengar hits dari mereka. Set pertama yang didahului oleh Joey di posisi vokal dimulakan dengan lagu Anugerah. Joey merupakan vokalis yang diserap masuk selepas Ezad meninggalkan Exists pada tahun 2007. Dengan reputasinya sebagai pelawak di TV dan filem, Joey telah membuat hadirin tidak kering gusi dengan lawak dan gurauannya. Lagu-lagu yang Joey turut kendalikan ialah Rahsia Pohon Cemara dan sebuah lagu baru yang tidak sempat mereka rakamkan.

Joey kemudiannya menyerahkan tugasan vokal kepada Ezad dan membawa lagu-lagu di dalam kuasa Exists-Ezad seperti Jangan Gentar, Dirantai Digelangi Rindu dan Mama Tolonglah Percaya. Lagu-lagu tersebut telah berjaya membuatkan hadirin “sing-along” bersama Ezad. Selain tugasan vokal, Ezad adalah seorang pelakon filem sepertimana Joey. Penampilannya di dalam filem-filem komedi arahan Professor Madya Abdul Razak Mohaiden boleh dikatakan melucukan dan mencuit perasaan. Cumanya, penampilan Ezad tidaklah sekerap Joey.

Joey kemudiannya kembali masuk untuk berduet dengan Ezad di dalam lagu Janji Padamu dan Alasanmu. Sebelum rehat selama 15 minit, mereka telah membawakan lagu ala-Green Day bertajuk Oh! Benih Adam.

Showcase kemudiannya disambung tepat jam 11.00 malam dengan Ezad membawakan lagu-lagu wajib seperti Masih Terserlah Ayu Mu, Percayakan Siti dan Seperti Dulu. Joey yang merindui isteri tersayang, masuk kembali dengan lagu Langkah Seiringan. Mempertimbangkan suasana yang masih lagi di dalam bulan Syawal, Ezad kemudiannya kembali ke pentas untuk berduet bersama Joey mendendangkan lagu cover hari raya Bila Takbir Bergema. Ezad kemudiannya meneruskan dengan lagu Kapal Terbang Kertas, Julia, Jesnita dan Mengintai Dari Tirai Kamar.

Atas permintaan seorang peminat yang datang jauh dari Johor Bahru, Ezad dan Joey berduet untuk menyampaikan lagu Untukmu Ibu. Lagu yang dinyanyikan bersama hadirin seramai 200 orang telah memenuhi segenap pelusuk Hard Rock Café Melaka sehingga kedengaran di Jalan Jonker. Sebagai lagu penutup, mereka telah memilih lagu Hani Lempengnya Hangus.

Showcase yang tamat jam 12.15 tengah malam telah mengukir senyuman kepada setiap hadirin yang datang dari Melaka dan luar, tanda puas hati rindu terhadap Exists yang akhirnya terubat. Kepada mereka yang terlepas showcase ini, anda memang rugi. Showmanship persembahan Exists pada malam itu sangat mantap dan bertenaga, membawa anda kembali muda remaja seperti 10 tahun sebelum ini.

Exist Exist
Exist Exist
Exist Exist
Exist Exist
Exist  




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.