Karnival Evolusi 2014 yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu 20 , 21 dan 22 Jun lalu seolah-olah merungkai segala persoalan yang terbenam di dalam minda peminat muzik rock mahupun penyokong industri muzik di Malaysia. Karnival yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak ,Kuala Lipis , Pahang ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Majlis Daerah Lipis, namun apa yang di war warkan tidak se’gah’ namanya.
Kehadiran jentera hebat rock sekitar tahun 80an dan 90an seperti Bloodshed, Handy Black, Sejati, Ayie Leon, Blank Gamma, Masa Scarecrow, Gravity, Satira, Lan Gamma, Poey Sting, Junction, Putra, Lela, Afie Utopia dan Dwan Olan seakan dipandang sepi oleh peminat rock yang satu ketika dahulu pernah memenuhi ruang dewan tersebut sewaktu siri pertandingan Battle Of The Bands, Juara Kugiran dan sebagainya telah diadakan disitu.
Mus yang juga pemain gitar kumpulan Satira dan selaku penganjur melahirkan rasa kesal melihat kehadiran penonton yang boleh dikira dengan jari namun segalanya dianggap sebagai lumrah sebagai penganjur. Beliau tidak sedikit pun merasa kecewa malah menganggap ianya sebagai satu cabaran untuk memberikan sesuatu yang lebih baik serta fokus di siri jelajah “Karnival Evolusi 2014” di lokasi yang lain.
Biarpun harga tiket yang dikenakan untuk menyaksikan ‘otai’ rock membuat persembahan hanyalah RM35 sahaja namun segalanya seakan dipandang sepi oleh penonton, biarpun peralatan dan sistem bunyi yang ditaja oleh Heaven Studio adalah cukup terbaik.
Biarpun kehadiran penonton yang boleh dibilang dengan jari namun sedikit pun tidak mematahkan semangat Hexa Band yang telah bertindak selaku ‘opening’ pada malam kedua. Mereka telah menyampaikan 3 buah lagu yang dipetik dari EP pertama yang berjudul “Bunga Menikam” antaranya ialah Bunga Menikam, Akan Aku dan Umpama Begitu.
Pastinya kehadiran Satira sudah dinantikan oleh sebahagian peminat setia mereka yang terdiri daripada kalangan rockers kental yang berasal dari Sabah. Hentakan drum daripada Zul ternyata sedikit sebanyak memberikan impak kepada jantung setiap penonton yang hadir apatah lagi bagi peminat yang sudah berusia. Gentelan jemari Mus selaku gitaris sentiasa menjadi tumpuan apatah lagi Satira yang kini tampil dengan album terbaru “Paradocks” dimana genre yang diinspirasikan melalui album tersebut diterjemahkan sepenuhnya pada malam itu. Limpahan cahaya lampu turut memberikan signifikasi kepada muzik Satira.
Jelas sekali kemampuan Aub selaku bassis yang berpengalaman mewarnakan irama yang dipersembahkan. Doran masih mampu mengalunkan tona vokal yang keras biarpun usia dan tenaga muda seakan cemburu meninggalkan tahun. Satira ternyata cukup bijak bermain dengan perasaan apatah lagi menyaksikan sokongan penonton yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melihat mereka beraksi. Pastinya rangkaian lagu-lagu daripada album Paradock menjadi taruhan antaranya ialah Paradock, Inikah Cinta, Sabar Aje lah dan yang pasti lagu yang membawa nama Satira ke mata peminat rock, Kau Masih Ku Cinta dan Surat Dari Hiroshima.
Berlalunya Satira sedikit sebanyak memberi ruang kepada penonton untuk merehatkan diri, Yazed vokalis kumpulan Sejati yang bertindak selaku emcee cukup bijak berinteraksi dengan penonton yang hadir. Jenaka spotannya cukup mencuit hati namun pentas tidak dibiarkan terlalu lama. Tanpa ahli kumpulan Sting, Poey selaku vokalis tetap hadir untuk memberikan persembahan khas buat peminat di Kuala Lipis. Biarpun tampil solo Poey terus hadir dengan lagu mendayunya Dalam Diam Aku Mencintaimu. Cahaya lilin seakan terbias bersama cahaya lampu yang menghiasi pentas disamping alunan vokal yang bertali arus dari peminat. Beliau mengakhiri persembahan dengan lagu terbaru yang berjudul Ali Baba.
KehadiranMasa Scarecrow seakan sudah tiba waktunya, muzik yang didambakan mereka ternyata berbeza dari apa yang telah mereka lakukan pada 3 buah album mereka dahulu. Usia bukanlah halangan buat mereka untuk berkarya dan kreativiti tanpa sepadan dianugerahkan digunakan sebaik mungkin. Biarpun hanya seorang anggota asal yang tinggal namun ‘orang orang’ ini tidak pernah putus asa. Panji-panji Masa Scarerow terus berkibar buktinya Raja Bersiong, UFO, Persandingan Abadi dan Patahnya Sayap Malam telah dipersembahkan di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Kuala Lipis. Pelbagai aksi ‘maut’ telah dipertontonkan.
Gravity tampil bergaya dengan anggota asal biarpun berada jauh di Kluang, Johor, mereka akhirnya berada di Kuala Lipis. Tampil dengan lagu-lagu yang sudah pasti mengembalikan nostalgia peminat muzik rock seterusnya melekapkan halwa telinga dengan untaian melodi ‘lenggok’ Gravity. Rock, Kau Salju Cintaku, Kehancuran dan Kesinambungan Cinta telah menjadi sandaran mereka. Apa yang pasti kehadiran Gravity sememangnya tidak menghampakan.
Biarpun “Karnival Evolusi 2014” telah menemui pengakhirannya di Kuala Lipis tanpa sambutan yang menggalakkan, ini bukanlah bermakna ianya turut menemui pengakhirannya disitu. Semangat penganjur masih bernyala dan sejuta pujian harus diberikan kerana tanpa sokongan sebarang ‘sponser’, penganjur masih mampu melakukan yang terbaik dan sudah pasti ianya bakal membakar sekelumit semangat yang masih tersisa.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.