Konsert“Blues Buat Teman 2014” yang ditunda pada 28 Mac lalu kerana kejadian yang menggemparkan negara iaitu MH370 kini di aspirasikan kembali. Semangat juang jentera yang mengemudi ‘Blues Buat Teman Tour 2014’ tidak pernah padam malah terus membara, apinya terus marak membakar segenap ruang dewan Persada Johor pada 2 Mei yang lalu.
Sekitar jam 9.20 malam Ayai vokalis kumpulan Illusi telah tampil diatas pentas yang dilimpahi dengan pancaran lampu yang cukup untuk membangitkan semangat apatah lagi diiriingi oleh pemuzik hebat yang tidak perlu di pertikaikan kewibawaan mereka. Beliau telah menyampaikan 3 buah lagu yang telah membariskan nama Illusi di persada seni tanahair, antara lagu yang dipersembahkan adalah Inang Bujang dan Dara, Segalanya Ku Terima dan Puisi Cinta. Biarpun peminat hanya duduk santai, namun rata-rata yang hadir cukup menghayati serta memberikan reaksi positif dengan persembahan Ayai yang ternyata cukup menghiburkan.
Warna suram dengan limpahan cahaya merah mula menghiasi pentas, kelihatan susuk tubuh yang sudah cukup untuk membuat fanatika Datuk Ramli Sarip histeria. Beliau tampil dengan rangkaian 3 buah lagu yang mempunyai maksud tersirat iaitu Tersendiri, Doa dan Fantasi. Seleksi lagu yang ternyata membuat para peminat seakan kaku dengan melodi harmoni yang mendambakan kedamaian serta ketenangan. Suasana yang tenang tiba-tiba berubah menjadi ‘panas’, penonton kini bangkit dari duduk, mereka berdiri dan agresif ketika lagu Tahun 2000 dan Dunia Perlumbaan dipersembahkan.
“Doa saya dan anda kepada MH370 sentiasa di panjatkan kepada yang maha berkuasa, malah berharap agar kesemua mangsa dan ahli keluarga sentiasa berada dalam situasi yang selamat”, ujar Datuk Ramli Sarip
“Blues Buat Teman Tour adalah dedikasi khas buat insan yang pernah terlibat di dalam album Live 2000 yang kini berada dalam situasi yang tidak berapa sihat dan ada yang telah pergi buat selama-lamanya, mereka yang saya maksudkan adalah Hamid Black Dog Bone, Yazid Search dan Allahyarham Samad Mian Lefthanded”, tambah beliau
Istilah Bercinta, Panah Beracun dan Adam Hawa pastinya memberi pengertian yang cukup bermakna kepada hadiran, biarpun ianya di susun dengan melodi indah namun terselit bait-bait puitis yang mempunyai maksud tersirat.
Suasana dingin kini dihangatkan dengan rangkaian lagu-lagu yang pastinya meningkatkan sistem adrenalin tubuh. Sejuta Wajah, Musibah dan Keliru membuatkan para penonton histeria dengan riff gitar yang dialunkan, ketukan drum yang dilemparkan, mainan jemari perkusi serta kibod yang dipersembahkan. Lontaran vokal serak-serak basah yang sinonim dengan genre rock pastinya memberi impak kepada persembahan. Persada Johor menjadi medan ‘amarah’ serta kerakusan peminat yang dahagakan sebuah persembahan yang didalangi jentera hebat.
Datuk Ramli Sarip cukup terkenal dengan identiti rock yang sudah sebati dengan dirinya, namun disebalik ‘kekerasan’ terselit kerohanian, etnik serta kelembutan jiwa yang di terjemahkan dalam lagu Bukan Kerana Nama, Batu danBlues Felda Blues.
“Apa sahaja yang berlaku di atas pentas pada malam ini, ianya adalah sebahagian daripada kreativiti yang datang secara tiba-tiba, ianya akan menjadi nostalgia kepada kepada anda, saya dan kepada pemuzik yang berada di sini satu hari nanti”
The Soul Journey yang membariskan pemuzik handalan seperti Man Kidal Lefthanded (gitar), Ritz Metalasia (gitar), Fauzie Zain (bass), Tom Anuar (dram), Paang Zaman (perkusi) dan Roza Rasul (kibod) sudah pasti memberikan momentum yang cukup terkesan kepada hadirin umumnya dan “Blues Buat Teman Tour” khasnya.
Tajam-Tajam, Orang Kota, Doa Buat Kekasih dan Jikalau Berkasih turut menjadi seleksi untuk peminat Johor. Datuk Ramli Sarip kemudiannya telah melelong barangan peribadi miliknya malah ada diantaranya merupakan barangan yang cukup beliau sayang. Potret wajah beliau, poster edisi terhad John Lennon serta tambourine adalah antara barangan yang di lelong pada malam itu.
Akhirnya, sebagai tanda terima kasih Ramli Sarip kepada semua, beliau telah menyampaikan persembahan encore yang dinanti-nantikan hadirin di Johor iaitu lagu Teratai dan Kamelia. Lagu terakhir ini telah membuatkan semua hadirin yang ada di dalam dewan menyanyi bersama-sama beliau. Episod “Blues Buat Teman Tour” pastinya tidak akan ternoktah tetapi hanya berlabuh dan pastinya akan berlayar kembali.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.