Aura “Blues Buat Teman Tour 2014” daripada Datuk Ramli Sarip dan The Soul Journey dalam setiap persembahannya memang terserlah samada ianya di adakan di dalam dewan mahupun di lokasi yang eksklusif. Aura dan ‘semangat’ itu terus di tiupkan dalam minda setiap pengunjung yang telah memenuhi ruang di EastwoodValleyGolf & Country Club, Miri pada 5 April lalu.
Siri Jelajah yang dibawakan khas oleh Natz Productions, Gading Kenyalang dan Rasa Music itu adalah merupakan hasil usaha Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong. ‘Mega Reunion Gala Dinner’ ini turut mendapat perhatian daripada YB Puan Rosey bt Hj Yunus selaku Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Pembangunan Keluarga Sarawak yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada ‘Blues Buat Teman Tour’.
Suwara telah diberi penghormatan untuk memanaskan situasi BBTT, mereka telah mempersembahkan 3 buah lagu antaraya ialah ‘Hotel California’ yang pernah di popularkan oleh kumpulan Eagles dan sebuah lagu yang dipetik daripada Ep mereka yang berjudul ‘Racun Termanis’. Biarpun tampil secara akustik namun, estetika muzik itu diperhalusi dan disampaikan dengan penuh penghayatan.
Kehadiran Alleeya, gadis kecil yang menjadi finalis Idola Kecil 6 telah mencuri perhatian para hadirin yang rata-ratanya di monopoli oleh orang dewasa. Dia telah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Adele (Rolling In The Deep). Keupayaan vokalnya turut mendapat pujian daripada Salamiah Hassan yang turut hadir dalam siri jelajah tersebut.
Faliant Ferdiant, penyanyi yang berasal dari Indonesia dan kini menetap di Johor Bahru telah mendendangkan 2 buah lagu iaitu ‘Nowhere Forever’ (Richard Mark) dan sebuah lagu yang dipetik dari single pertama beliau, ‘Antara Melati’ yang telah mendapat sentuhan komposer Donsyah dan diterbitkan oleh Natz Production.
Salamiah Hassan adalah klimak kepada sesi ‘opening act’ sebelum pentas diserahkan sepenuhnya kepada Datuk Ramli Sarip serta The Soul Journey. Beliau turut menyampaikan lagu yang berjudul ‘Aku’, ianya merupakan lagu yang turut dimuatkan dalam album terbarunya. ‘Gelombang’ seakan lagu wajib yang sentiasa di perdengarkan kepada khalayak. Salamiah Hassan turut melelong pakaian koleksi peribadinya pada malam itu, dimana sebahagian daripada hasil jualan akan turut disumbangkan buat mereka yang memerlukan.
Kehadiran wajah-wajah tampan The Soul Journey di atas pentas telah mendapat tepukan gemuruh penonton apatah lagi kemunculan ‘Papa Rock’ pastinya mengundang jerit pekik. Tanpa membiarkan peminat terus alpa, beliau telah membuka pentas dengan lagu yang berjudul ‘Istilah Bercinta’. Kali ini kesemua pemuzik dilihat cukup berkarisma dengan imej bertopi yang tertera tulisan Air Asia.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah motif mereka tampil dengan imej sebegitu? Air Asia adalah merupakan syarikat penerbangan rasmi yang ‘menerbangkan’ pemuzik dan crew ke Miri, Sarawak. ‘Panah Beracun’ dan ‘Dunia Perlumbaan’ turut menjadi pilihan dalam sesi ‘warming up’ biarpun kelihatan peluh mula membasahi tubuh badan setiap pemuzik.
“Konsert yang cukup bererti, Re-union yang bererti dan pastinya ianya akan menjadi sesuatu yang cukup nostalgik untuk terus di kenang di masa hadapan”, ujar Datuk Ramli Sarip
Sebuah lagu yang pernah dirakamkan dalam album “Syair Timur”, ‘Adam Hawa’ turut di persembahkan. Suasana yang tadi tenang kini mula bertukar, sinaran lampu yang tadinya suram telah bertukar menjadi kemerah-merahan. ‘Sejuta Wajah’ dipersempahkan dengan amarah yang tersisa di dalam jiwa. The Soul Journey yang membariskan pemuzik handalan seperti Man Kidal Lefthanded (gitar), Ritz Metalasia (gitar), Fauzie Zain (bass), Tom Anuar (dram), Paang Zaman (perkusi), Aji (gitar) dan Roza Rasul (kibod) sudah pasti memberikan momentum yang cukup terkesan kepada hadirin.
‘Tajam-Tajam’ dan ‘Orang Kota’ telah disampaikan dalam bentuk medley, sungguhpun begitu peminat terus bernyanyi dan sesekali kelihatan beberapa peminat menyerbu di hadapan pentas kerana tidak mampu menahan gelojak rasa yang terbuku, namun semuanya masih terkawal.
‘Bukan Kerana Nama’, ‘Perjalanan Hidup’ dan ‘Doa Buat kekasih’ pastinya memberi pengertian yang cukup bermakna kepada hadiran, biarpun ianya di susun dengan melodi indah namun terselit bait-bait puitis yang mempunyai maksud tersirat. Ramli Sarip yang bijak beremosi dengan penonton sesekali turun dari pentas dan mendekati mereka yang hadir.
Malam yang hangat terus dihangatkan dengan rangkaian lagu-lagu yang terus meningkatkan sistem adrenalin tubuh. Pastinya ‘Batu’, ‘Teratai’, ‘Jangan Tungu Lama-Lama’ dan ‘Zakia’ membuatkan para penonton histeria dengan riff gitar yang dialunkan, ketukan drum yang dilemparkan, mainan jemari perkusi serta kibod yang dipersembahkan. Lontaran vokal serak-serak basah yang sinonim dengan genre rock pastinya memberi impak kepada persembahan. Mega Reunion Gala Dinner kini menjadi medan ‘amarah’ serta kerakusan peminat yang dahagakan sebuah persembahan yang didalangi jentera hebat.
“Sepertimana lokasi terdahulu, saya pasti akan membuat lelongan koleksi barangan peribadi khasnya peralatan muzik yang menjadi kesayangan saya, jadi dengan rasa berat hati maka tambourine ini bakal dilepaskan dengan harga pembuka RM400”, ujar Ramli Sarip.
Tambourine yang di lelong dengan harga RM400 akhirnya dibeli oleh Pengiran Wahab salah seorang peminat yang hadir dari Negara Brunai dengan bidaan harga sebanyak RM700.
Sebelum mengakhiri konsert siri jelajah BBTT 2014, The Soul Journey telah bergabung tenaga dengan lagu ‘Kamalia’ dan ‘Jikalau Berkasih’. ‘Blues Buat Teman Tour 2014’ bukanlah siri jelajah biasa, ianya juga bukanlah sebahagian daripada genre muzik yang diinspirasikan daripada segelintir pemuzik yang cukup sinonim dengan irama itu seperti BB King atau Stevie Ray Vaughn, tetapi adalah ‘rasa’ dan ‘perasaan’.
“Ia adalah mengenai ‘rasa’ dan ‘perasaan’ terhadap rakan-rakan seperjuangan yang kini diuji dengan masalah kesihatan serta sudah pergi menghadap Ilahi, siri jelajah Blues Buat Teman ini bertujuan membantu rakan-rakan pemuzik seperti pemain dram Search, Yazit, Hamid (pemain bass Black Dog Bone) dan Allahyarham Samad Mian (pemain gitar Lefthanded).
Konsert siri jelajah “Blues Buat Teman Tour 2014” yang seterusnya akan pada 2 Mei ini dan bakal berlangsung di Persada Johor. Konsert bakal bermula pada jam 8.45 malam. Tiket-tiket yang berharga Rm65.00 kini sudah mula di jual dan boleh didapati di Music Valley, Angsana Mall (Zizie) 07 2357895, Johor Bahru (Rock) 013 3333798,Chamek Kopitiam, Batu Pahat 07 4314695, Kulaijaya (Azhar) 012 7295788, Pekan Rabu Johor Bahru (Ady) 013 7363613 dan di Singapura Muzika Records+65 67436546 atau di www.ilassotickets.com
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.