All Pic By MAX LIM
Ini bukan pertama kali buat penyanyi pop dan R&B digabugkan atas satu pentas ataupun showcase , keserasian yang ditunjukkan oleh Marcell dan Dayang Nurfaizah telah wujud bertahun dulu , hinggakan pernah timbul gossip antaranya . Konsert Pesona Cinta antara Dayang Nurfaizah dan Marcell telah diadakan pada malam Sabtu lalu di Istana Budaya . Memperlihatkan dua vocal hebat dalam mempersembahkan lagu masing-masing , ia pastinya bukan satu pertandingan tapi lebih menunjukkan betapa kelainan antara mereka dalam mempamerkan persembahan dan lagu masing-masing .
Dayang Nurfaizah yang cantik bergaun merah , memulakan set pertama ini dengan lagu yang cukup mendayu iaitu “Seandainya Masih Ada Cinta” , lagu popular yang dibuka oleh beliau mengimbu kenangan dengan album kedua dan antara yang telah menaikkan nama beliau .
Dayang yang jarang dilihat dipentas konsert terus mempamerkan kekuatan vocal yang cukup hebat dari note rendah hingga tinggi beliau , pengawalan suara beliau sememangya amat diperkatakan peminat selepas persembahan . Antara lagu yang dibawakan beliau adalah “Bahagia” , “Sedingin Mana Cintamu” , “Perlukan Cinta” , “Pintaku Yang Terakhir” , “Mana Mungkin” dan jika sebelum ini kita selalu mendengar Dayang membawakan lagu R&B dan pop kali ini bertambah menarik lagi apabila Dayang membawakan lagu yang penuh rancak daripada Miley Cyrus , “Wrecking Ball” , persembahan dan vocal penuh tenaga daripada Dayang . Dan tentunya tidak dilupakan dengan lagu popular beliau
Beliau juga tidak lupa membawakan lagu-lagu popular tahun 80an yang tentunya selalu dimainkan radio semasa beliau kecil seperti “Kepulanganmu” nyanyian asal Razif Ismail, “Wajah Siapa Di Hatimu” nyanyian asal Azlina Aziz, “Ku Gembira Di Sampingmu” nyanyian asal Khadijah Ibrahim , “Jejaka Idaman” nyanyian asal Raja Ema
Dalam persembahan ini peminat dan artis tetap tidak lupa dengan kejadian menimpa negara dengan kehilangan pesawat MAS MH370 . Dayang memilih lagu “Di Pintu Syurga” sebagai kenangan yang mana lagu tersebut juga merupakan runut bunyi untuk drama popular Ariana Rose . Beliau turut menyanyikan lagi daripada runut bunyi drama Dahlia iaitu “Bisikan Rinduku”
Persembahan dengan live band sendiri telah menunjukkan bagaimana muzik Dayang telah diolah semula dengan penuh kemas .
Selepas sahaja Dayang menghabiskan lagu “Dayang Sayang Kamu” , Disebalik penonton muncul Marcell berduet bersama beliau dengan lagu “Sayang” .
Kali ini penyanyi R&B popular Indonesia mula mengawal pentas , Marcell yang tentunya dalam memori kita semua adalah seorang lelaki yang berambut afro , beliau sempat juga membuat lawak mengenai perkara tersebut , dan kata beliau hari ini yang anda lihat adalah lelaki yang telah dewasa dengan berkepala botak . Beliau yang dilihat penuh keyakinan dan bersemangat terus memulakan dengan lagu “Peri Cintaku” , “Denganmu” dan “Jangan Pernah Berubah” , sorakkan peminat terus gemuruhkan Istana Budaya .
Marcell meneruskan dengan lagu-lagu seperti “Cinta Untukmu” , “Takkan Terganti” , “Candu Asmara” dan “Setia” yang mana ia lagu Chrisye dan dinyanyikan semula oleh Marcell dengan gayanya tersendiri melalui album “Platinum Playlist” beliau , melihatkan gabungan muzik R&B dan pop beliau yang begitu kuat .
Marcell yang sering bijak dalam menaikkan semangat penonton dengan seringkali turun ke pentas untuk lebih rapat dengan peminat apatah lagi celoteh beliau yang kadang-kadang agak menggelikan hati . Malah semenjak sidang media lalu Marcell pernah juga mengucapkan takziah dan sering mengikuti perkembangan tragedy MH370 semasa di Indonesia , kali ini di Istana Budaya beliau meminta peminat berdiri untuk berdoa .
Penyanyi R&B ini meneruskan lagu “Temani Diriku” yang berduet semula bersama Dayang Nurfaizah dan meneruskan dengan lagu duet “Separata Live” yang mana nyanyian asal oleh Phil Collins dan Marilyn Martin . Pastinya ia tidak lengkap konsert ini jika beliau tidak menyanyikan lagu “Hanya Memuji” bersama Dayang .
Medley lagu perlahan beliau “Firasat/Semusim/Mendendam” terus menarik peminat untuk menyanyi bersama beliau . Marcell meneruskan dengan lagu “Kini” yang mana penyanyi asal adalah Rossa . “Mau Dibawa Ke Mana” penyanyi asal oleh Armada Band dan “Ketika Kau Menyapa” dan mengakhiri dengan lagu yang penuh syahdu daripada kumpulan Ungu , “Demi Waktu”
Konsert yang dibawakan JAG Event ini meruapakn satu gabungan mantap antara 2 negara dan membuktikan Asia tidak ketandusan penyanyi hebat dan membuktikan juga muzik adalah suara keamanan antara negara .
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.