Pemilihan tema ‘blues’ pula membawa makna jiwa dan perasaan itu telah disampaikan oleh penyanyi tersohor yang cukup sinonim dengan kumpulan Sweet Charity iaitu Datuk Ramli Sarip. Ternyata kehebatan ‘Papa Rock’ Malaysia, Datuk Ramli Sarip tidak perlu dipertikaikan lagi apabila berjaya menyampaikan persembahan yang memukau khusus buat peminat setianya di Ipoh, Perak.
‘Program Blues Buat Teman Tour 2014’berjaya menghimpunkan lebih 1,800 peminat setianya yang berlangsung di Hotel Riverfront, Ipoh pada 22 Mac lalu, ini merupakan lokasi ke 5 selepas Melaka. Siri jelajah “Blues Buat Teman Tour 2014” Edisi Perak telah dibawakan khas oleh Rasamusic, P.O.R.T, Coca Cola dan Discover Perak.
Sebelum konsert dimulakan, hadirin telah dihiburkan terlebih dahulu dengan persembahan pembukaan oleh artis kelahiran Perak, Mus MAY. Sebanyak 3 buah lagu telah dipersembahkan antaranya ialah ‘Sinar’ dan sebuah lagu saduran yang pernah di popularkan oleh kumpulan Led Zeppelin, ‘Stairway To Heaven’. Biarpun rata-rata peminat yang hadir ingin menyaksikan kehebatan Ramli Sarip. Persembahan bertenaga dari Mus sedikit sebanyak telah menaikkan adrenelin peminat.
Tanpa membiarkan pentas terlalu lama kosong, akhirnya Ramli Sarip tampil dengan lagu yang sarat dengan maksud tersirat, ‘Sejuta Wajah’ pastinya mengamit peminat untuk terpaku di tempat duduk masing-masing. The Soul Journey yang membariskan pemuzik handalan seperti Man Kidal Lefthanded (gitar), Ritz Metalasia (gitar), Fauzie Zain (bass), Tom Anuar (dram), Paang Zaman (perkusi) dan Roza Rasul (kibod) sudah pasti memberikan momentum yang cukup terkesan kepada hadirin.
Antara lagu-lagu yang turut dipersembahkan oleh Ramli Sarip sewaktu set pertama ialah Hilang Gelap Timbul Terang, Tahun 2000, danMusibah. Pastinya seleksi ini mengamit memori peminat yang rata-rata berusia 40an ke atas. Biarpun kelihatan ada di kalangan peminat yang sudah meninggalkan bangku masing-masing kerana tidak tahan akan ‘kepanasan’ lagu yang di persembahkan, maka sasarannya sudah pasti berdiri agar tubuh bisa di’bebaskan’.
Batu, Blues Felda Blues, Tajam-Tajam danOrang Kota terusdipersembahkan tanpa memberi sedikit ruang untuk berbicara apatah lagi mengucapkan sesuatu kepada peminat. Selesainya seleksi lagu-lagu yang cukup meremangkan bulu roma dan memberi tenaga kepada hadirin, maka ‘lighting’ samar-samar mula dipancarkan di atas pentas. Ramli Sarip mula berbicara dan meminta semua hadirin berdoa dan berkongsi emosi terhadap nasib penumpang serta anak-anak kapal yang terbabit dalam tragedi pesawat MH370. Dengan penuh perasaan, beliau menyampaikan lagu Kau Yang Satu dengan emosi yang pastinya menyentuh emosi kesemua hadirin sehinggakan ada yang menitiskan air mata.
Datuk Ramli Sarip yang cukup terkenal dengan identiti rock yang sudah sebati dengan dirinya, namun disebalik ‘kekerasan’ terselit kerohanian, etnik serta kelembutan jiwa yang di terjemahkan dalam bait-bait puitis lagu Bukan Kerana Nama, Doa Buat Kekasih, Istilah danJikalau Berkasih. Beliau yang cukup bijak berkomunikasi dengan penonton serta bijak bermain dengan situasi mampu membuai perasaan hadirin yang tidak jemu-jemu melontarkan suara mereka mengikut setiap alunan lagu yang dipersembahkan. Sebelum melelong gitar peribadinya, Ramli Sarip turut membawakan lagu yang berjudul Keliru, apakah beliau keliru dengan apa yang bakal dilakukan? Hanya Ramli sahaja yang mampu menjawab persoalan tersebut.
“Biarpun berat hati ini untuk menjualnya tapi selepas berfikir panjang saya serahkan juga pada pemiliknya yang baru, gitar ini pernah digunakan sewaktu sesi rakaman album ‘Rentak Hidup’,” katanya.
Gitar yang di lelong dengan harga RM7,500 akhirnya dibeli Lembaga Pengarah PORT (People Of Remakable Talent), Datuk Zainol Padzi Paharuddin.
Hasil jualan itu akan turut disalurkan kepada tabung sumbangan Blues Buat Teman Tour 2014, bersesuaian dengan objektif utama konsert itu adalah atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan beliau yang mengalami kesulitan hidup, seperti Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Beliau kemudiannya turut mengundang Datuk Zainol berduet bersama menerusi lagu Bukan Kerana Nama. Ramli Sarip dan The Soul Journey meneruskan persembahan dengan rangkaian lagu-lagu yang sudah menjadi ‘kemestian’ dalam setiap persembahan antaranya ialah Teratai, Jangan Tunggu Lama-lama dan Zakia. Tanpa diduga beliau turut mendendangkan lagu yang jarang dipersembahkan kepada umum, Perjalanan Hidup.
Akhirnya, sebagai tanda terima kasih Ramli Sarip kepada semua, beliau telah menyampaikan persembahan encore yang dinanti-nantikan hadirin di Ipoh iaitu lagu Kamelia. Lagu terakhir ini telah membuatkan semua hadirin yang ada di dalam ballroom bangkit dan menyanyi bersama-sama beliau. Sudah pasti siri jelajah ‘Blues Buat Teman Tour 2014’ edisi Ipoh, Perak memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada penonton yang hadir.
Konsert siri jelajah “Blues Buat Teman Tour 2014” yang seterusnya akan pada 28 Mac ini dan bakal berlangsung di Persada Johor. Konsert bakal bermula pada jam 8.45 malam. Tiket-tiket yang berharga Rm65.00 kini sudah mula di jual dan boleh didapati di Music Valley, Angsana Mall (Zizie) 07 2357895, Johor Bahru (Rock) 013 3333798,Chamek Kopitiam, Batu Pahat 07 4314695, Kulaijaya (Azhar) 012 7295788, Pekan Rabu Johor Bahru (Ady) 013 7363613 dan di Singapura Muzika Records+65 67436546 atau di www.ilassotickets.com
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.