Monolog Jual Ubat , Sebuah Pementasan Yang Membuka Mata

13 Mar 2014 02:37

Monolog Jual Ubat

Monolog Jual Ubat Monolog Jual Ubat
Monolog Jual Ubat Monolog Jual Ubat

Untuk melihat Khalid Salleh beraksi di Istana Budaya sememangnya ia adalah peluang yang amat jarang , pastinya ada benda yang tersirat apabila beliau bersetuju untuk beraksi di Lambang Sari , Istana Budaya yang pernah digelar beliau sebagai penuh mewah dan komersil . Walaupun Khalid Salleh sebagai veteran teater beliau tetap menggelar diri sebagai bersifat marhaen sahaja namun teater monolog “Jual Ubat” beliau telah dibawa hampir keseluruh negara dan asia khususnya .

Sebelum beliau menjadi dramawan penting , pada tahun 70an Khalid Salleh sendiri telah menjual ubat di kawasan Jalan Masjid India , ia pastinya dilihat sebagai terbitnya bakat beliau disini untuk berceloteh panjang .

Ia bukanlah seperti yang kita semua selalu menonton teater komersil , seperti dengan set yang gah . Di Lambang Sari , Istana Budaya , Khalid Salleh hanya meletakkan batu diatas botol , sebuah beg , air mineral dan dibentangkannya dengan kain hitam .  Semuanya memberi makna tersendiri untuk membuka setiap persoalan . Tidak seperti penjual ubat lain katanya , setiap mereka mempunyai identiti dan pembawaan masing-masing untuk menarik penonton , ada yang bersilat , ada yang buat bagaikan ‘gimnastik’ dan ada juga bermain muzik terlebih dahulu dan pelbagai tarikan utama akan digunakan untuk mendapat perhatian daripada orang ramai .

Teater Monolog “Jual Ubat” oleh Khalid Salleh , sememangnya yang terbaik . Beliau membawa watak penjual ubat dengan lebih dekat kepada kita semua , dengan sifat beliau yang suka memerhati beliau berjaya merumuskan dan menjelaskan lebih panjang setiap makna yang tersirat , daripada sudut agama ataupun budaya .

Dengan watak sebagai seorang penjual ubat , beliau seolah memberi kenyataan yang bagaikan tersentak kita mendengarnya , beliau telah bersinis dengan lawaknya , ia adalah watak yang sebenarnya membawakan persoalan . Kemudian dengan watak lain pula Khalid menjelaskan setiap perkataan dan ayat si penjual ubat .

Mungkin penjual ubat dikaki lima yang kita sering temui penuh retorik , tapi watak penjual ubat yang Khalid tumpukan ialah yang benar-benar berguru dan membaca kitab , pengalaman beliau pada tahun 70an dulu diaplikasikan disini , malah beliau menyebut nama-nama penjual ubat dahulu yang sememangnya tersohor bukan daripada ubatnya tapi dari cara mereka bercakap dan setiap perkataan yang membawa erti yang cukup mendalam kepada dirinya apabila beliau menemui setiap makna , yang sememangnya bukanlah satu rahsia , tapi telah dijelaskan dalam Al Quran semenjak seribu lebih tahun lalu .

Setiap perkara yang diperkatakan penjual ubat dan diperjelaskan oleh Khalid dalam watak lainnya sememangnya benar-benar membuka mata , ini adalah teater yang cukup bermakna ia mempunyai pengisian yang penting dan sememangnya ia memberikan lagi pandangan dari sudut yang tak pernah kita lihat . Ini adalah teater yang memberi pelbagai kritikan sosial , politik , agama dan budaya . Dengan monolog “Jual Ubat” , beliau telah memberikan betapa pentingnya penelitian dan pemahaman . Setiap perkara bagaikan mempunyai makna . Disebaliknya lagi Khalid membawa kita semua untuk mula mengenali diri .

Monolog “Jual Ubat” di pentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 11 hingga 17 Mac 2014 ini . Dengan kerjasama Istana Budaya , Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) ,. Pementasan ini bakal berlangsung pada setiap hari selama 7 hari dengan 2 persembahan matinee pada 15 dan 16 Mac 2014.




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.