Anda setuju atau tidak , gabungan Awie , Erra Fazira dan Ziana Zain sebenarnya memberikan impak yang tersendiri . Nama ketiga-tiga mereka yang telah dinaikkan oleh Pengarah terkenal Yusof Haslam dalam bidang lakonan , bagaikan membentuk memori yang akan terpahat didalam minda peminat filem tahun 90an buat selama-lamanya , apatah lagi filem yang dihasilkan mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka . Ia adalah tahun yang penuh kontroversi , gossip dan kenangan .
Ia bagaikan telah membuka semula segala apa yang telah berlaku , Konsert Teaterikal Suara Kita yang telah berlangsung selama 2 jam setengah , membawa peminat kepada beberapa babak dalam 5 buah filem iaitu Sembilu , Sembilu 2 , Maria Mariana 2 , Merah dan Tragedi Oktober . Mewarnai antaranya ialah lagu-lagu popular setiap filem , kita tak perlu memikirkan secara dalam untuk setiap babak kerana kejayaan komersil filem-filem ini walaupun anda tidak menonton dipanggung pastinya akan tertonton di TV yang seringkali menayangkannya , pastinya kita semua akan tahu setiap babak dengan mudah .
Mereka bagaikan memberikan satu ‘magis’ tersendiri bila digabungkan semula , dengan sorakkan peminat yang begitu kuat . Konsert teaterikal ini membuka dengan nyanyian daripada ketiga-tiga mereka . Bermula dengan Erra Fazira yang membuka dengan lagu “Yang Terindah Hanya Sementara” , kemudian Ziana Zain pula muncul dengan lagu “Puncak Kasih” dan Awie muncul dengan lagu “Bara” . Salam perkenalan daripada setiap artis melalui lagu mereka . Sebelum Ziana Zain kembali dengan beberapa lagu antaranya “Kekal” , “Fatalistik” dan “Bersama Akhirnya” . Segmen kosnert diteruskan lagi dengan Erra menyampaikan lagu-lagu seperti medley “Sandarkan / Pertemuan” , “Pasrah” dan “Jendela”
Awie muncul dengan memainkan lagu-lagu “cover” daripada Search , “Nur Nilam Sari” sebagai satu tribute daripada beliau dan lagu “Layang-Layang Terputus Tali” daripada Alleycats yang mana ia adalah kumpulan yang amat beliau minati dan menjadi favourite dalam karaoke . Lagu “Bujang Senang” mengakhiri segmen konsert dengan Awie menjemput Mira Fana daripada kumpulan Velvet untuk bermain gitar bersama Edry Hashim yang juga pengarah muzik untuk Konsert Teaterikal Suara Kita . Awie yang dikesempatan ini seringkali mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri tercinta beliau iaitu Rozana Misbun yang telah memberikan ‘green light’ untuk menjayakan pementasan ini
Tiada apa yang ingin ditambah mengenai persembahan teaterikal daripada beberapa babak yang dipetik daripada 5 filem ini , ia digarap dengan berkesan apatah lagi Awie yang yang sering membuatkan penonton gelak ketawa dengan setiap gelagatnya secara spontan . Erra Fazira juga tampil meyakinkan , dapat dilihat beliau membawa wataknya semula dengan penuh perasaan . Ziana Zain juga memberikan persembahan yang terbaik daripada lakonan mahupun nyanyian , vocal beliau masih lagi mantap .
Konsert Teaterikal Suara Kita adalah sebuah pementasan yang berjaya , ia bukan sahaja daripada mengimbau babak-babak dalam filem-filem tersebut , tapi ia adalah lagu-lagu yang membawa peminat terus menyelami setiap perasaan dan juga keteguhan tiga-tiga pelakon untuk bersama semula .
Konsert Teaterikal Suara Kita dianjurkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd dan akan diadakan di Istana Budaya bermula 3 sehingga 9 Mac . Tiket-tiket yang berharga daripada RM79 hingga ke RM499 boleh didapati di www.ticket2u.biz
; | |
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.