“Blues pada saya bukan hanya genre muzik , ia lebih kepada perasaan dan rasa kita tentang sesuatu perkara dan inilah sebenarnya makna ‘Blues Buat Teman’ iaitu perasaan saya terhadap teman-teman saya” – Datuk Ramli Sarip
Blues Buat Teman Tour sebenarnya adalah satu show yang akan cuba untuk menjelajah seluruh Malaysia dan segala derma dan keuntungan akan dialurkan buat rakan-rakan artis dan keluarga mereka seperti Yazit Search, Hamid Ahmad dan Keluarga Allahyarham Samad Mian Lefthanded. Inilah antara nama-nama artis yang banyak membantu Ramli Sarip untuk menghasilkan album “A Live” yang lebih berlandaskan rock n roll
“Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing , ia adalah bagaimana kita semua menggunakan kelebihan tersebut . Sama juga dengan suara saya , ini adalah anugerah Tuhan , jadi saya menggunakan anugerah ini untuk membantu apa yang boleh . Sebab jika kita tidak menggunakan kelebihan atau anugerah Tuhan ini kelak kita pasti akan disoal” Jelas Datuk Ramli Sarip yang ditemui selepas tamat persembahan Blues Buat Teman Tour di Hard Rock
Tambah beliau lagi “Banyak benda saya nak buat sebenarnya , macam untuk Palestine , banjir , kanser dan macam-macam lagi , tapi show Blues Buat Teman ni agak personal buat saya , kerana mereka adalah rakan-rakan rapat saya dan pernah terlibat dengan album ‘A Live’ sebelum ni bersama saya, yang kini mereka memerlukan sokongan”
Pada 19 Januari lalu , bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur , show Blues Buat Teman Tour telah memulakan langkah pertamanya . Walaupun Datuk Ramli Sarip banyak terlibat dengan konsert-konsert percuma , namun peminat setia beliau tetap akan datang untuk memberikan sokongan dan melihat beliau menyanyikan deretan lagu-lagu popular beliau , ia bagaikan memberi satu nilai estetika buat peminat yang sanggup mengeluarkan duit untuk melihat persembahan artis yang dminati .
Datuk Ramli Sarip dengan rambut yang terus memutih dan usia yang semakin meningkat , beliau seperti kebiasaan dan kelihatan bersahaja . Dengan dibantu daripada pemuzik hebat seperti Man kidal , drummer Tom Anuar , bassis Fauzie Zain , keyboardist Roza Rasul dan Paang Zaman diposisi percussion .
Persembahan dimulakan dengan lagu “Doa” yang diambil daripada album solo beliau yang ke-4 , seterusnya disambung dengan lagu “Kenyataan” yang diambil daripada album ke-2 ‘Bukan Kerana Nama’ . Beliau meneruskan dengan lagu “Tajam” yang turut diambil daripada album ke-2 dan terus dengan lagu “Tahun 2000” dan “Musibah” , yangmana adalah lagu-lagu daripada Sweet Charity . Datuk Ramli menjelaskan lagu-lagu yang dimainkan ini tidak pernah dimainkan secara live , ia sememangnya amat eksklusif untuk melihat secara live ,apatah lagi pemuzik beliau juga dilihat memainkan peranan penting dengan mempersembahkannya dengan penuh ‘skill’ dan mainan yang amat ‘tight’ . Ia perasaan yang amat seronok untuk melihat artis veteran kita masih kekal bertenaga dan prestasi vocal yang tidak pernah menurun .
Suasana yang mula panas , Datuk Ramli meneruskan memainkan setlist beliau dengan lagu-lagu “Irama Kasih” , “Blues Felda” , “Akal Vs Jiwa” dan “Keliru” , ia terus memberikan pelbagai ‘feel’ kepada peminat-peminat .
Suasana Hard Rock terus dihangatkan dengan lagu-lagu “Istilah” dan “Panah Beracun” . Sebelum memainkan lagu “Dunia Perlumbaan“ , beliau berseloroh dan menceritakan pengalaman beliau lama dahulu ketika zaman muzik rock sedang meningkat , banyak band cuba memberikan pelbagai aksi diatas pentas dengan memanjat speaker dan pakaian yang koyak rabak , yang mana hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan .
Lagu-lagu hebat seperti “Adam dan Hawa” , “Jikalau Berkasih” , “Teratai” dan “Doa Buat Kekasih” terus memberi makna yang amat mendalam buat ramai yang hadir pada malam itu , iai tentunya lagu wajib untuk didengar peminat .
Peminat-peminat yang hadir pastinya bersetuju bahwa pemuzik kali ini sememangnya telah memberikan satu impak yang amat besar , Man Kidal dengan ‘tone’ gitar yang agak garang , bagaikan mencengkam setiap hati peminat yang hadir dengan setiap mainannya yang pantas dan solo yang berterusan , dengan hanya satu gitar Man Kidal memberikan setiap lagu umpama hidup dan tidak ketinggalan juga mainan keyboards , Roza Rasul yang dilihat banyak membantu Man Kidal , dengan mainan solo kadang-kadang berselang antara mereka , bagaikan berlawan . Bassis Fauzie Zain dan Din Safari yang turut memainkan beberapa buah lagu juga memberikan sentuhan yang berat kepada persembahan ini dan tentunya ketukan drum Tom Annuar sebagai ‘tulang belakang’ dan kredit buat Paang Zaman , percussion muda yang tentunya akan meningkat naik nanti . Show jelajah pertama ini melihatkan lagu-lagu Ramli Sarip mahupun Sweet Charity dimainkan dengan lebih berat .
Show diteruskan dengan lagu klasik “Batu” dan “Zakiah” , 'Kamelia'&rdquo lebih menarik lagi apabila lagu “Bukan Kerana Nama” , Yazit Search tampil untuk memainkan drum , dengan kesihatan beliau yang menurun , permainan Yazit tampaknya masih mempunyai sentuhan . Lagu “Sejuta Wajah” menamatkan persembahan yang penuh bertenaga pada malam itu !
Yazit Search yang ditemui selepas persembahan memberitahu “Disamping bergantung kepada ubat-ubatan , saya juga melakukan terapi , iaitu melakukan perkara yang saya suka iaitu bermain muzik , sebab tu saya ada buat drum clinic , melihat Ramli berlatih setiap hari , bermain muzik dan berjumpa kawan-kawan , terapi begini yang membuatkan saya lupa dengan sakit saya . Malah dengan masa yang banyak kini , saya lebih banyak bersolat di masjid”
Dalam menjelaskan mengenai Siri Jelajah Blues Buat Teman , Datuk Ramli Sarip memberitahu , setiap pemuzik yang terlibat juga telah bersetuju untuk memotong bayaran mereka sendiri sebanyak 50% untuk disalurkan terus ke dalam tabung .
“Apa yang saya lakukan ni bukanlah untuk meminta-minta atau mendesak , tapi semuanya biarlah ikhlas disamping itu peminat-peminat dapat berhibur dan juga membeli cenderahati yang akan dijual disetiap konsert” terang Datuk Ramli.
Beliau terus menyambung “Setiap orang ada nasib mereka , semuanya pasti berlaku , Cuma kita taktahu bila ? sementara saya mampu ni , saya akan cubamelakukan sesuatu”
Siri Jelajah Blues Buat Teman 2014 kini akan meneruskan beberapa tempat lagi antaranya tempat yang telah ‘confirm’ . temat-tempat lain seperti Sabah dan Sarawak dan beberapa negeri lain masih menunggu pengesahan .
1. Hard Rock Penang, 23 Februari , 9 Malam , Tiket RM100
2. Gong Badak Indoor Stadium , Kuala Terengganu , 7 Mac , 8.45 Malam.
Artis Jemputan : Geng Wak Long
3. Dewan Hang Tuah , Melaka , 15 Mac , 8.45 Malam , Tiket RM73
4. Kinta Riverfront Hotel Ipoh Perak , 22 Mac , 8.45 Malam
Artis Jemputan : Mus May
5. Acara Penutup : Dewan Utusan Malaysia , 4 atau 5 April
SENARAI KAUNTER JUALAN TIKET ’BLUES BUAT TEMAN TOUR 2014’ SELURUH TERENGGANU
KUALA TERENGGANU
WARUNG SURIA
Lot PT 2073 Kg Ladang Tok Pelam, 20000
K. Terengganu (Belakang Masjid Ladang)
Tel: 013-3531422 Mohd Afranizam
H-KAY PRINIAGA
1643 B, Jalan Panji Alam
21100, K.Terengganu
Tel: 011 29371481, 09 6226609 Norizan Hashim
BT 4 PASAR BESAR KEDAI PAYANG
2000 Kuala Terengganu
Tel: 012 9844997, 010 4172330 Ahmad Fadzil
BB BISTRO
Taman Awam, Jalan Pantai Batu Buruk 20400
K.Terengganu
Tel: 013 9455454 Hasnin
WARUNG KATANA
Lot 2951, Kg Wakaf Beruas, K.Terengganu
Tel: 012 9529113 Asmadi Alias
MARANG
SEMARAK BAYU RESORT & CAFE
Pantai Peranginan Kelulut Marang
Terengganu
Tel: 013 9177001 Mohd Sabri Ali
AC KARAOKE CENTER
PT 8211 A, Pekan Bukit Payong 21400 Marang
Terengganu (Belakang Pasaraya Seri Intan)
Tel: 019 9374358 Azlan
DUNGUN
Mohd Harun B Mohd Sidek Lot 17263 Taman Bidara 1 Seberang Pintasan 23050 Dungun, Terengganu. Tel: 012 3423116
PAKA
NS GALERI MUSLIM
Lot 117, Jalan Besar Paka, 23100 Dungun,
Terengganu.
Tel: 013 9106659 Norzuriati
KEMAMAN
KAYAK CAFÉ @ FLOATING CAFÉ
Taman Rekreasi Bakau Tinggi 24000
Kemaman, Terengganu.
Tel: 010 5747854 Pn Salina
RS BURGER BAKAR
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman,Terengganu
(Bersebelah warung nasi lemak Mak Ani)
Tel: 019 9209494 Rosfalina
KUALA BERANG
PS PETROL ENTERPRISE
Stesyen Petronas Batu 22, Hadapan KIST
Kuala Berang, 21700 Kuala Berang,Terengganu.
Tel: 014 8383377 Ayie Lantana
RESTORAN HAFZA KARAOKE
No 17 Bangunan Koperasi, Felda Bukit Bading, Terengganu.
Tel: 019 9078639 Taufik
BESUT
SNOW WASH SEBERANG JERTEH
Lot 246 Kg Seberang Jerteh
22000 Jerteh Terengganu.
Tel: 019 9858989 / 09 6903862 Saiful Bahri
STESEN MINYAK PETRONAS MAK SARA
Chabang Tiga Jerteh
Mukim Bukit Kenak 22000 Jerteh,Terengganu.
Tel: 09 6978839 Naim Daud
DINAZ MAJU ENTERPRISE
(Kedai Cyber Cafe Dan Photostat)
No, 2 B, Kedai 2 Tingkat MDB Kg Raja 22200 Besut, Terengganu.
Tel: 019 9745054 Nazman Husin
STESEN MINYAK CALTEX
4576 Kg Dalam Rhu, 16700 Semerak, Kelantan.
Tel: 013 9134093 Mohd Khairul Amran
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.