Konsert SALAMIAH HASSAN Membawa Gelombang Di Istana Budaya

10 Jan 2014 02:44

Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang diadakan di Istana Budaya sebenarnya adalah konsert besar sulung buat diri beliau , dengan usia hampir mencecah 63 tahun dan lebih 4 dekad dalam industri muzik , ia pastinya memberikan satu kenangan manis beliau sebagai penyanyi .

Membuka tirai konsert tersebut ialah rakaman daripada projector ketika persembahan beliau menyertai Bakat TV pada tahun 1971 anjuran RTM , beliau yang muda pada masa itu menyampaikan lagu “If You Go Away” , ia bagai mengimbau kenangan yang penuh klasik dan daripada Bakat TV tersebut telah membawa Salamiah Hassan terus kedunia seni .

Dalam beberapa ketika Salamiah Hassan yang sedang menunggu meneruskan nyanyian lagu tersebut , ia adalah suara yang berdekad lamanya telah bergabung dalam memberi kisah perjalanan seni beliau . Beliau meneruskan lagi dengan lagu-lagu seperti “Cita-citaku” , “Bila Hati Dah Sayang” , “Kau Dan Alasan Mu” serta “Surat Terakhir” . Beliau yang banyak bercakap ketika menyampaikan antara lagu telah menceritakan setiap pengalaman beliau .

Segment 2 yang banyak menyampaikan lagu-lagu jazz antaranya “I Feel The Earth Move” , “Upside Down” , “Frim Fram Sauce” dan “Fever” , Salamiah Hassan menjelaskan pengalaman beliau bermain di banyak club telah banyak memperkenalkan beliau kepada lagu-lagu Jazz , vocal beliau kekal hebat dalam menyampaikan setiap lagu . Beliau sempat menceritakan bagaimana bapa beliau yang agak tegas apabila mendengar beliau akan dibawa menyanyi di club pada waktu itu , yang mana bapa beliau sendiri yang akan menghantar dan memgambil beliau . Beliau mengatakan tentunya ada orang akan berfikir negative , tapi beliau terus pegang dengan nasihat bapa beliau iaitu “As long as you know who you are

Meneruskan persembahan malam itu ialah apabila Salamiah Hassan menjemput anak beliau iaitu Atilia untuk bersama-sama menyanyikan lagu bersama , mereka berdua yang banyak berceloteh dan menceritakan pengalaman masing-masing telah berduet dengan lagu “Kadang Kala” yang dipetik daripada album penuh ke-3 beliau , malah Atilia turut menyanyikan secara solo lagu Ibu beliau iaitu “Cintaku Mengatasi Segalanya” yang dinyanyikan dalam album yang sama iaitu “Menghitung Hari” yang dikeluarkan pada 1987 .

Salamiah Hassan meneruskan lagi dengan lagu-lagu yang dikhaskan untuk arwah Ibu beliau  , lagu-lagu Melayu asli ni adalah yang amat diminati oleh arwah Ibu beliau iaitu “Kenag Daku Dalam Doamu” , “Kini Hatiku Tertawan” yang turut menampilkan abang beliau yang berusia 83 tahun bermain accordion dan “Patah Hati” , ia deretan lagu yang benar-benar menyentuh hati .

Malah dalam konsert ini beliau turut menyanyikan dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyanyikan lagu-lagu iklan atau lagu jingle yang banyak menggunakan suara beliau iaitu lebih 500 jingles . Antaranya KFC , Pizza Hut dan deretan lagu-lagu iklan yang ramai antara kita sendiri tidak menyedarinya .

Selepas puas beliau berceloteh , beliau meneruskan dengan lagu “Wanita” , “Menghitung Hari” , “Hanya engkau dan Aku” dan “Aku Curiga”

Lebih 2 jam berlalu persembahan beliau tetap mantap dan vocal beliau terus memukau semua yang hadir , ia adalah konsert yang penuh tarikan dengan set yang tersusun rapi dan pengarahan dan susunan  muzik yang sangat kemas , memberikan satu impak yang mendalam kepada para penonton , apatah lagi buat Salamiah Hassan , beliau dilihat bagai tiada letih , walaupun dengan kudrat pada usia 63 tahun , semangat beliau memang jelas terpancar . Lagu-lagu yang dinyanyikan beliau penuh dengan semangat , ini dibuktikan dengan lagu-lagu sepeti “Mahligai Kayangan” , “Bintang Malam” dan “Boleh Dilihat Di Pegang Jangan” .

Salamiah Hassan turut menyanyikan lagu dariapda EP beliau yang telah dilancarkan diatas pentas Istana Budaya ketika konsert berlangsung , lagu yang bertajuk “Cahaya” telah ditukar tajuknya kepada “Aku” , kerana ia banyak mencerminkan diri beliau . Pastinya konsert malam itu tidak lengkap jika tidak menyanyikan lagu “Gelombang”.

Konsert Gelombang Salamiah Hassan telah dihasilkan dengan penuh semangat , dengan Raja Azmi sebagai Penerbit , namun Salamiah Hassan telah menjayakannya dengan penuh cemerlang . Dengan deretan lagu-lagu popular beliau , Salamiah Hassan menyatakan lagu-lagu untuk konsert ini dipilih beliau kerana banyak yang tidak dimainkan di radio .

Konsert Gelombang Salamiah Hassan akan berlangsung 10 Januari hingga 12 Januari di Istana Budaya . Tiket-tiket masih boleh didapati secara online di www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-41478600 atau 019-2111600.




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.