Dalam masa tak sampai 2 tahun , persembahan pentas Lawak Ke Der telah mencapai pada bahagian ke 3 . Ia sebenarnya dilihat amat singkat , tapi melalui kejayaan yang cukup manis , apabila sambutan yang memberangsangkan untuk setiap siri persembahan pentas yang diadakan . Dengan tiket yang ‘sold out’ untuk 2 siri persembahan pentas sebelum ini dan juga dengan kelahiran filem Lawak Ke Der 2 yang dirakamkan pementasannya untuk tayangan di pawagam , Lawak Ke Der sememangnya adalah satu kejayaan dalam membuka mata masyarakat kepada stand-up komedi serta memperkenalkan beberapa muka komedi yang telah lama berkecimpung ke penonton yang berlainan dan lebih ramai .
Dalam persembahan Lawak Ke Der 3 yang diadakan pada 4 Disember , Hans Isaac sekali lagi memuji pelawak-pelawak yang ditampilkan kali ini , iaitu Nabil , Jambu , Douglas Lim dan Harith Iskandar .
Tentunya pada malam itu ia adalah milik Douglas Lim , beliau bukanlah nama baru jika anda biasa menonton drama lawak berbahasa inggeris seperti “Kopitiam” , wajah beliau turut terpampang dalam beberapa filem Melayu . Beliau yang berkata ini adalah pertama kali muncul dalam stand-up comedy berbahasa Melayu , walaupun sudah lama tapi masih tetap gementar , kerana setiap audience adalah berbeza dan ini memerlukan kreativiti pelawak . Beliau yang dilihat agak fasih berbahasa Melayu berkata “Saya masih memerlukan skrip untuk setiap persembahan dan ia adalah wajib untuk setiap persembahan yang saya lakukan ” . Beliau pada malam itu tampil dengan bersahaja dan agak bertenaga dalam menyampaikan lawak-lawak beliau . Penyampaian beliau yang tepat membuatkan penonton paling tidak senang dengan gelak ketawa .
Nabil seperti dalam Lawak Ke Der 1 dan 2 beliau tetap kekal sebagai pengacara dalam Lawak Ke Der 3 , beliau juga tidak ketinggalan untuk menggembirakan penonton dengan gelak ketawa , lawak beliau yang bersahaja dan spontan memang mampu membuat para penonton agak tersenyum walapunpun tidak gelak besar .
Namun seperti kata beliau , beliau boleh rasakan beberapa lawak yang beliau tampilkan terpaksa diberikan perubahan untuk membuatkan para penonton terus bergelak ketawa , malam untuk media dan rakan-rakan jemputan memberikan latihan yang baik untuk setiap pelawak menumpukan setiap kelemahan yang ada sebelum persembahan sebenar .
Kumpulan Jambu yang pertama kali muncul juga menjelaskan mereka agak gembira dapat dijemput mengadakan lawak di Istana Budaya , persembahan mereka juga tidak kurang hebatnya . Membawa idea-idea baru dalam Lawak Ke Der 3 semestinya satu perkara yang agak berat , namun mereka berjaya dalam menghiburkan penonton .
Lawak Ke Der 3 memperlihatkan persembahan komedi yang penuh pelbagai , Harith Iskandar muncul seperti biasa , membawakan cerita pelbagai kenangan yang ada dan pernah dilalui beliau dan penonton bergelak ketawa dengan setiap pengalaman beliau , siapa sangka pengalaman hidup kita sebenarnya oenuh dengan gelak ketawa , Penyampaian beliau yang menyakinkan , padat dan tepat membuatkan penonton terpaku dan tergelak dengan setiap cerita beliau .
Sedar atau tidak , telah lebih 2 jam persembahan ini berlalu . Penonton kelihatan agak gembira dengan sedikit keletihan ddengan gelak ketawa , masa yang ada seperti tidak dirasai .Lawak Ke Der 3 terus membuktikan para pelawak kita kekal dengan idea mereka yang tak putus-putus .
Lawak Ke Der 3 akan terus dengan persembahan pada 5 , 6 , 7 dan 8 Disember ini . Hans Isaac juga megnumumkan bahwa tikat-tiket untuk setiap tarikh telah dijual dengan pantas , dengan keyakinan penuh beliau mengatakan persembahan untuk Lawak Ke Der akan memperlihatkan lagi dengan penjualan tiket yang ‘sold out’.
Untuk para peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk bergelak ketawa bersama boleh membeli tiket di Ticket2u.biz . Persembahan pada 6 Disember , persembahan lawak akan dibawakan dalam Bahasa Inggeris dengan hanya menampilkan Harith Iskandar , Douglas Lim dan Kuah Jenhan .
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.