Konsert Charly Setia Band Vs Firman yang diadakan Sabtu lalu sebenarnya memberi makna yang berbeza , ia bagaikan pertembungan idola . Ramai yang tentunya tahu disebalik kejayaan Firman sebagai penyanyi solo dibelakangnya adalah pencipta lgu Indonesia yang sangat berbakat , iaitu Charly . Sebagaimana peminat Indonesia ketahui Charly adalah idola buat Firman . Apatah lagi single pertama Firman , “Kehilangan” yang dicipta Charly menjadi sangat popular di Malaysia .
Penyanyi tempatan daripada program reality Akademi Fantasia 8 , Adira telah membuka konsert ini dengan menampilkan lagu-lagu beliau seperti “Dewi Cinta” dan lagu duet popular beliau bersama Hafiz iaitu “Ombak Rindu” secara solo. Sebelum beliau mengundur , Adira telah menjemput Firman untuk berduet bersama-sama lagu popular “Jangan Pikiran Abang” . Adira pada malam itu bergemelapan dengan pakaian ala cheongsam berwarna merah.
Firman yang berada dipentas meneruskan nyanyian beliau dengan lagu cover daripada kumpulan Queen “I Want To Break Free” dan Bon Jovi “Its My Life” , beliau pada malam itu yang tampil dengan kot panjang seperti kebiasaan , memberikan sedikit kerancakan konsert . Firman menghabiskan set beliau dengan cukup pendek
Lebih 1000 peminat telah menunggu lama untuk melihat semula Charly bersama Setia Band , Beliau yang sebelum ini telah membina nama bersama kumpulan ST12 telah mengundurkan diri untuk membuat kumpulan baru iaitu Setia Band , Setia Band yang dibina bersama bekas guitarist ST12 iaitu Pepeng .
Charly tampil bersama Setia Band penuh semangat menyampaikan lagu-lagu seperti “Terlalu Indah” , “Puspa” , “Asmara” , “Biarkan Jatuh Cinta” , “Jangan Pernah Berubah” , “Saat Terakhir”. Dengan 3 gitarist yang ditampilkan pada konsert ini , Lagu-lagu romantic dan ballad pada malam itu telah dialunkan penuh rancak dan bertenaga , Bersama vocal Charly yang sangat bertenaga . Kelihatan ramai peminat yang setia menyanyi bersama setiap lagu .
Setia Band terus memainkan lagu seperti “Jangan Mau Mau” , “Cinta Tak Harus Memiliki” .
Konsert ini melihatkan Setia Band turut memainkan lagu-lagu hit ST12 kumpulan Charly terdahulu , pada yang tidak tahu Charly adalah tulang belakang yang telah mencipta lagu-lagu hit dan menaikkan nama ST12 di Indonesia .
Firman kembali lagi untuk berduet pula bersama Charly dengan membawakan lagu popular beliau iaitu “Kehilangan” , ini bukanlah duet pertama kali sebelum ini di Indonesia mereka telah beberapa kali membuat persembahan duet bersama dengan lagu ini , Persembahan Firman tamat apabila lagu duet kedua beliau bersama Charly , “Aku Terjatuh” habis dinyanyikan .
Charly yang banyak berinteraksi bersama penonton sempat menceritakan pengalaman beliau sebagai Setia Band . Tidak hairan apabila beliau menyanyikan beberapa bait lagu kumpulan Spoon “Rindu Serindu Serindunya” , kerana dalam temuramah bersama beliau sebelum ini beliau amat meminati lagu tersebut dan kumpulan Spoon , mungkin agak janggal bunyinya tapi tidak pada Charly yang sangat komited pada muzik Melayu walaupun muzik Melayu yang dibawakan beliau dipandang sebagai muzik kampung pada awalnya tapi akhirnya meledak dipasaran Indonesia , dan beliau juga berkata amat meminati kumpulan Search . Konsert panjang pada malam itu melihatkan Setia Band menamatkan persembahan dengan menyanyikan lagu “Isabella” dengan memberikan nafas muzik yang penuh ceria !
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.