Konsert Penuh Inspirasi Daripada GEORGE BENSON

Oleh : nazghoul
29 Aug 2013 02:31

georgebenson

George Benson Inspiration Tour George Benson Inspiration Tour
George Benson Inspiration Tour George Benson Inspiration Tour

Gambar Oleh : JS Concert

Kedatangan kali ke 2 penyanyi dan pemain gitar hebat , George Benson ke Malaysia cukup memberikan impak berganda , kehadiran penonton 2500 orang di Kuala Lumpur Convention Centre telah membuatkan dewan Planery Hall bergema dengan tepukan .

Sesiapapun takkan sangka bahwa George Benson sudah mencecah usia 70 tahun , persembahan beliau nyata mempunyai sentuhan ‘magis’ yang tersendiri dengan kekuatan dan keteguhan yang ditunjukkan beliau , konsert ini berlangsung penuh sempurna , menghayati alunan jazz yang dimainkan oleh kumpulan muzik beliau , ia memberikan perasaan yang begitu puas hati . Malah set pentas juga disusun penuh tipikal sebagaimana pemuzik-pemuzik Jazz beraksi sepertimana yang kita lihat dikaca TV .

Lagu klasik beliauBreezingdanTurn You Love Arounddimainkan dengan penuh perasaan , malah lagu funky beliauLove X Love” yang dimainkan memberikan lebih ‘tenaga’ buat penonton Beliau juga turut memainkan lagu daripada album terbaru dengan memainkan lagu Nat King Cole sebagai tribute iaitu “Unforgettable” .

Antara lagu yang turut dimainkan ialah “Kisses In The Moonlight” , “Inside Love (So Personal)” , “Feel Like Making Love” dan “Give Me The Night” . Beliau sememangnya pemain gitar yang cukup handal , setiap kod yang dipetik beliau sangat jelas dan sempurna dengan solo-solo yang terus membuat penonton terpukau . Ahli kumpulan beliau yang dibawa bersama juga memberikan sentuhan yang cukup istimewa , timing yang tepat dan mainan alat muzik yang bersepadu antara satu sama lain , menyerlahkan George Benson pada malam itu .

Ia adalah gabungan pelbagai muzik , jazz , funky , blues , soul , pop dan ballad yang membuatkan George Benson berdiri sehingga ke hari ini , walaupun pada malam itu persembahan muzik Jazz yang dibawa beliau jelas menguasai persembahan . Dan sememangnya sebuah lagu wajib ballad popular beliau iaitu “Nothings Gonna Change My Love For You” turut dimainkan .

Sebelum George Benson dan rakan-rakan menutup dengan lagu klasik beliau iaitu “This Masquerade” dan ”On Broadway” . Ia adalah penutup yang panjang , mempersembahkan skill muzik masing-masing dan juga dengan persembahan 100 minit konsert malam itu , vocal dan stamina beliau bagai tidak tergugat langsung walaupun pada usia warga emas . Ia adalah persembahan yang akan membuatkan anda duduk dan ingin terus mendengar lagi, walaupun beliau bukanlah pemuzik dan penyanyi pada zaman penulis .

Hasil penajaan dan sebahagian hasil jualan tiket konsert ini akan disalurkan kepada Tabung Bencana Negeri , kenyataan daripada Presiden ADAM, Encik Mohd Kassim Faridzul . Kenamaan yang turut menghadiri konsert ini ialah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ,Tuanku Muhriz , Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar dan Datuk Mukhriz Mahathir , Menteri Besar Kedah .




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.