LINKIN PARK Kembali Mengukir Kegemilangan Di Malaysia

Oleh : nazghoul
20 Aug 2013 23:42

LINKIN PARK

Gambar Oleh : The Wonderland+

Kali terakhir Linkin Park menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mengadakan konsert adalah pada tahun 2003 dan 10 tahun telah berlalu kini mereka kembali ke sini sebagai salah satu lokasi jelajah dunia mereka. Kumpulan yang dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Konsert Linkin Park di Kuala Lumpurkali ini adalah sebahagian daripada siri “Living Things World Tour”dan ianya telah di adakan pada 19 Ogos lalu bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah platinum khusus untuk kumpulan rock ini ternyata hebat apabila tampil penuh bertenaga dalam konsert yang berdurasi hampir 120 minit.  Peminat setia LinkinParkyang telah memenuhi perkarangan stadium seakan histeria taklala melihat kelibat barisan penggempur pujaan mereka mula berada di atas pentas.  Tirai pentas secara rasminya telah dibuka pada jam 8.30 malam.

Lagu Tinfoil telah dipilih sebagai membuka tirai persembahan, ternyata membuatkan lebih 20 ribu penonton (termasuk 5000 penonton luar negara) bersorak dan melompat teruja. Selesai mempersembahkan Tinfoil, Linkin Park tidak membuang masa dengan himpunan lagu-lagu hits mereka seperti Faint, Papercut, Waiting For The End, Numb, In The End, With You, Breaking The Habit, Lost In Echo dan What I've Done.

Hujan renyai-renyai yang mengiringi konsert ini bukanlah halangan untuk fanatika LinkinParkberalih tempat, malah mereka terus terpaku dan hanyut dengan alunan muzik LinkinPark. Sorakan dan tepukan gemuruh penonton adalah bukti kepuasan yang mereka perolehi. Sorakan kuat penonton menggamatkan keadaan di stadium setiap kali anggota kumpulan tersebut cubaberinteraksi dengan penonton. Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini telah menyampaikan 21 buah lagu.

Setiap aksi dan persembahan di lakukan dengan penuh dedikasi dan konsisten demi menghiburkan peminat yang rata-rata adalah remaja yang cukup mengilai genre muzik sebegini namun rasanya masih ada juga di kalangan peminat yang telah menonton persembahan Linkin Park pada tahun 2003 yang lalu.  Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysiauntuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara dan tidak memilih Thailand, Singapura, dan Indonesia.

Tahniah diucapkan kepada penganjur, The Wonderland+ & disokong oleh Malaysia Major Events, sebahagian dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia kerana berjaya membawa Linkin Park ke Malaysia dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada pihak media yang membuat liputan.

LINKIN PARK LINKIN PARK
LINKIN PARK LINKIN PARK
LINKIN PARK LINKIN PARK
LINKIN PARK  




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.