Janganlah mengaku meminati muzik rock jika anda tidak tahu akan kewujudan kumpulan Guns ‘N’ Roses dari Los Angeles, Amerika Syarikat, apatah lagi dengan lagu-lagu ‘berhantu’ mereka seperti Sweet Child O’Mine, Patience, November Rain, Don’t Cry dan Paradise City. Bertempat di Helipad, Sepang, sempena meraikan penutupan edisi ke-15 Malaysiasebagai lokasi pelumbaan dunia F1, telah berlangsungnya konsert julung-julung kali band lagenda Gun N Roses.
Mungkin agak ‘malang’ buat peminat di Malaysiakerana kedatangan Guns ‘N’ Roses kali ini hanya menampilkan vokalis asalnya iaitu Axl Rose. Biarpun tanpa kehadiran anggota asalnya seperti Slash (gitar), Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (dram) , Axl Roses ternyata membuktikan lontaran vokalnya masih hebat walaupun sudah menjangkau umur 51 tahun.
Mereka memperdengarkan hampir 20 buah lagu yang di ambil dari album lama antaranya It’s So Easy, Mr Brownstone, Estranged, Rocket Queen, Live & Let Die, You Could Be Mine, Sweet Child O’Mine, November Rain, Don’t Cry, Used To Love Her, Knockin’ On Heaven’s Door, Nightrain, Patience dan Paradise City. Tidak ketinggalan, mereka turut membawakan rangkaian lagu-lagu yang di petik dari album “Chinese Democracy” yang telah diriliskan pada tahun 2008 iaitu Better, This I Love dan Catcher In The Rye. Selain itu, Guns N’ Roses turut membawakan tiga lagu ‘cover’ iaitu No Quarter (Led Zeppelin), Another Brick In The Wall (Pink Floyd) dan The Seeker (The Who).
Apa yang menarik perhatian penonton adalah kepada aksi-aksi solo gitar yang menggila oleh dua gitaris mereka, Ron Thal dan Robin Finck yang membuatkan lebih 10,000 penonton tergamam. Ron Thal juga turut mencipta kejutan apabila memainkan lagu kebangsaan, Negaraku secara instrumental
Walaupun beraksi tanpa Slash , Guns N Roses berjaya membawa penonton mengimbau kembali ke era kemunculan mereka menerusi album “Appetite for Destruction”, “Use Your Illusion 1” dan “Use Your Illusion 2” yang berjaya melonjakkan nama Guns N Roses di seluruh dunia.
Selain Axl dan Dizzy Reed (pemain keyboard yang menyertai kumpulan ini pada 1991), Guns ‘N’ Roses kini dianggotai ‘nama asing’ dalam kalangan peminat rock tempatan seperti Ron ‘Bumblefoot’ Thal (gitaris), DJ Ashba (gitar), Richard Fortus (gitar),Tommy Stinson (bass), Frank Ferrer (dram) dan Chris Pitman (keyboard).
Rata-rata penonton sangat berpuas hati dengan persembahan hebat dari Guns N Roses dan sangat berbaloi untuk sebuah konsert hebat dari sebuah lagenda Rock yang telah lama bertapak. Terdahulu, konsert yang diadakan sempena perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysiaturut menampilkan artis tempatan iaitu kumpulan Estrangeddan Twilight Action Girl.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.