Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) telah berlangsungnya ‘preview’ bagi Konsert Gegar 5 Legenda yang menampilkan penyanyi popular sekitar tahun 80-an hingga 90-an seperti Zamani Slam, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Saleem Iklim dan juga Ali Terra Rossa.
Tidak perlu disangkal kehebatan vokal masing-masing ketika menyampaikan lagu hits mereka yang masih malar segar dan mampu meraih peminat dikalangan generasi masakini yang tidak berkesempatan membesar bersama alunan lagu-lagu tersebut.
Konsert dimulakan dengan persembahan Rahmad Mega yang menyanyikan lagu Medley bagi lagu popular seperti Mega Cinta, Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara, Suara Cintadan Nina Karina. Sentiasa ceria dan bertenaga di atas pentas, Rahmad tidak pernah menghampakan peminatnya.
Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian daripada Zamani Slam yang menyampaikan lagu-lagu popularnya sewaktu bersama-sama dengan kumpulan Slam. Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu dan Jika Kau Rasa Getarnya adalah lagu-lagu yang menjadi pilihan beliau di segmen pertama. Kehadiran beliau di atas pentas disambut dengan jerit pekik peminat fanatik yang sentiasa menyokongnya.
Penampilan Ali Terra Rossa sebagai rockers sejati ternyata tidak menghampakan malah vokalnya yang cukup bertenaga ketika menyampaikan lagu Teman, Semangat Yang Hilang dan juga Sakinah memberikan impak kepada konsert yang berlangsung. Ali juga dilihat mampu memberikan energetik kepada setiap pengunjung yang hadir. Biarpun kesemua lagu-lagu tersebut adalah lagu-lagu popular yang terdapat dalam album XPDC.
Bagi penyanyi yang sentiasa tampil segak dengan blazer bewarna ungu,vokal Aris Ariwatan yang cukup jelas begitu mempesonakan penonton yang hadir. Dia turut menyampaikan empat buah lagu antaranya Pertama Dan Selamanya dan Nyanyian Rebah yang pernah disampaikan bersama kumpulannya iaitu Ariwatan, Korban Cinta dan Di Kala Asmara pula dipetik daripada album solo beliau.
Penyanyi kelahiran Terengganu, Saleem Iklim yang sentiasa menceriakan suasana dengan lawak spontannya di atas pentas berjaya mencuit hati penonton, antara lagunya adalah Satu Kesan Abadi, Hakikat Sebuah Cinta, Gerhana Cinta Luka dan juga Blues Terengganu Kita.
Persembahan yang berlangsung hampir dua jam setengah ini tidak terasa kerana dengan susunan lagu yang sesuai dan juga vokal penyanyi yang hebat membuatkan penonton berasa terhibur malah sepanjang konsert berlangsung para penonton tidak henti-henti ‘sing a long’ bersama-sama dengan artis pujaan mereka.
Segmen kedua bagi konsert ini dimulakan semula oleh Aris Ariwatan kemudian Ali Terra Rossa, Rahmad Mega, Zamani Slam, Saleem Iklim yang mana masing-masing membawakan lagu hits mereka seperti Lamunan Terhenti, Bunga Angkasa, Gerimis Mengundang dan Suci Dalam Debu.
Menutup tirai persembahan pada malam itu, kesemua 5 legenda telah bergabung tenaga untuk menyampaikan lagu Musibah dan juga Kamelia yang pernah di popularkan oleh kumpulan Sweet Charity.
Jumlah lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah sebanyak 35 buah lagu dan ianya memakan masa selama 2 jam setengah dan ini adalah antara kejayaan besar yang pernah dilakukan di dalam konsert Rock seperti yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Budaya.
Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, konsert tersebut merupakan apresiasi mereka terhadap penyanyi lagenda tanah air.
“Kami beri peluang kepada penyanyi otai melalui konsert seperti ini. Lima lagenda rock tanah air ini akan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan,”ujarnya ketika sidang media selepas konsert berakhir.
“Konsert ini diadakan berikutan persembahan mereka di Laman Santai Istana Budaya sebelum ini telah mendapat sambutan luar biasa. Penerimaan di Laman Santai ketika tema rock kapak lalu terlalu luar biasa. Jadi, saya janji satu hari nanti mereka bakal mengadakan konsert untuk ‘slow rock’ di Panggung Sari,” katanya.
“Ini percubaan pertama. Kalau dapat sambutan, kami akan buat siri kedua. Tetapi siri kedua itu, kami akan cari penyanyi otai lain. Bukan penyanyi sama,” katanya lagi
Manakala rata-rata artis yang terlibat dalam “Konsert Gegar 5 Legenda” ternyata berpuas hati dengan persembahan yang diunjurkan malah mereka berjanji akan menampilkan kelainan dari segi ‘gimik’ pada setiap malam persembahan.
"Saya berharap para peminat yang akan datang pada konsert itu nanti terdiri daripada mereka yang pernah membesar dengan lagu-lagu nyanyian kami lebih 20 tahun lalu.Kalau boleh para peminat yang datang nanti membawa anak-anak mereka yang mungkin turut meminati lagu-lagu kami. Konsert itu boleh mengembalikan nostalgia banyak pihak,”ujar Aris Ariwatan.
"Kami kini sudah bersiap sedia dengan memberi komitmen 100 peratus untuk konsert ini termasuklah pemilihan lagu dan bentuk persembahan konsert itu nanti, para penonton yang datang juga boleh menyanyi bersama-sama dengan kami"tambah Zamani Slam pula.
Sementara itu, Rahmad Megapula menjelaskan dia hanya akan menyanyikan lagu-lagu yang paling popular untuk sajian halwa para peminat masing-masing.
"Saya sudahpun menyenaraikan tujuh hingga lapan buah lagu untuk persembahan saya pada malam itu nanti. Lagu-lagu itu bukan sahaja diminati dulu tapi masih popular sehinggalah ke hari ini.Malah, saya juga yakin para peminat generasi muda pun boleh menghayati lagu-lagu berkenaan kerana ia adalah seleksi lagu-lagu kami yang pernah popular suatu ketika dulu,"katanya.
"Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada lima 'rocker' ini walaupun sudah sendu," ujar Ali Terra Rossa yang bakal tampil dengan ‘mini’ album yang berjudul “Maghfirah Mu” tidak lama lagi.
Bagi mereka yang mahu melihat sendiri kehebatan vokal penyanyi-penyanyi ini masih sempat untuk menonton kerana persembahan akan berlangsung bermula dari 15 Mac hingga 17 Mac ini. Pihak Istana Budaya mengenakan tiket RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 danRM250. Ianya sebuah persembahan yang cukup berbaloi untuk disaksikan kerana menyajikan sistem bunyi yang berkualiti dan limpahan cahaya yang cukup untuk mengembalikan nostalgia.
height= | |
height= | |
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.