Kesemua artis HL menarik nafas lega malam tadi apabila Faizal Ismail & Bell Ngasri mengumumkan keenam-enam bintang layak ke minggu suku akhir pada 25 Disember ini.
Walau dalam keadaan negara diuji dengan banjir kilat di beberapa daerah utama di Selangor semalam, persembahan minggu kelima HL berlangsung penuh tertib apabila Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud yang bertindak sebagai mentor membacakan doa memohon kesejahteraan dan keselamatan dari musibah banjir.
Namun, penonton di studio dan di rumah tidak dapat menahan gelisah apabila buat pertama kalinya Shahir Zawawi dipanggil ke pentas penyingkiran kerana memperoleh markah rendah. Selain Shahir, PG Adam turut berada di kedudukan terbawah.
Shahir yang ditemui sejurus tamat HL berkata episod kelima sedikit mencabar kerana dia mempersembahkan lagu Saat Pemergianmu, lagu asal Dir nyanyian Rahim Maarof yang telah diubah liriknya.
Pelancaran gig@IslamicTunes telah berlangsung di The Pearl Hotel pada 8 Disember lalu , yang akan lebih membuka platform IT dan terutama applikasi telefon mudah alih yang sekarang menguasai dunia hiburan , gig@IslamicTunes memberikan dalam hiburan Islamik yang lebih berpusat dan hanya dihujung jari anda.
Malah pada majlis tersebut IslamicTunes akan menandatangani beberapa MOU antaranya adalah Program Umrah Eksklusif Bersama Dato Nash ini yang diusahakan oleh syarikat A&M Berkat Travel Tours SB. Di ketuai oleh YBrs Dato Radzi Mansor yang kini berada di Tanah Suci membawa rombongan umrah seramai 40 jemaah. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT, insyaaAllah, jika diizin Allah SWT kita akan dapat bersiaran secara live hari ini bersama Dato Nash .
Bergelar penyanyi otai bukan satu kelebihan untuk kekal dalam pertandingan realiti Hijrahkan Laguku terbitan TV AlHijrah.
Buktinya, dua minggu berturut-turut penyanyi popular di era 90an yang menyertai rancangan ini gagal melayakkan diri ke minggu seterusnya.
Jika Rahmad Mega meninggalkan pentas HL pada episod ketiga, episod keempat HL yang berlangsung malam tadi pula menyaksikan Zack Kool yang pernah popular dengan lagu Bebas tersingkir.
Bertemakan Madley, Zack Kool yang menyampaikan lagu Aisyah Isteri Rasulullah dan Ya Rasulullah gagal menambat hati Fauzi Marzuki, Hazimin Inteam serta Ustaz Syamsul Debat yang hadir sebagai juri apabila hanya mendapat 55 markah keseluruhan.
Pelancaran gig@IslamicTunes telah berlangsung di The Pearl Hotel pada 8 Disember lalu , yang akan lebih membuka platform IT dan terutama applikasi telefon mudah alih yang sekarang menguasai dunia hiburan , gig@IslamicTunes memberikan dalam hiburan Islamik yang lebih berpusat dan hanya dihujung jari anda
Soft Launch IslamicTunes juga telah dibuat di Jakarta sekitar Mac 2015 dan seterusnya platform ini telah bertukar kepada sebuah komuniti digital yang menghimpunkan usahawan-usahawan, pembuat, pencipta konten termasuk pemain dan penggiat industri kreatif yang fokus pada muzik, audio dan video yang sesuai didengar, ditonton oleh kalangan Muslim.
Matlamat IslamicTunes adalah memartabatkan semua konten-konten yang sesuai ditonton dan didengar oleh ummah (konten halal) serta berhibur dalam lingkungan patuh syariah. IslamicTunes berharap dapat menjadi platform digital dan streaming seperti Spotify, Apple Music, Amazon namun kita sedar modal tidak mencukupi untuk memiliki teknologi sehebat mereka.
Siaran Langsung Program Realiti Hijrahkan Laguku episod pertama telah berjaya belangsung dengan jayanya pada Sabtu lalu 20 November .
8 artis menyampaikan lagu masing masing dengan setiap lirik diubah supaya penaympaian lebih kepada Islamik , yang mana Penyanyai Iwan bersama lagu “Yang Maha Tinggi” , Zhaf V.E dengan lagu “Khayalan” , Zack Kool dengan lagu “Bebas” , Shahir Nawawi dengan lagu “Aku yang berdosa” , PG Adam dengan lagu “Salah Siapa” , Mark Adam dengan lagu “Padamu Ku Bersujud” , Rahmad Mega dengan lagu “Takdir & Waktu” dan Dato Nash dengan lagu “Nur Hidayah” .
Kesemua artis berjaya kekal dengan konsep yang cuba di ketengahkan oleh TV Alhijrah , yang mana lagu-lagu popular diubah lirik kepada Islamik , Mark Adam yang menyampaikan lagi “Padamu Ku Bersujud” mendapat kritikan daripada Juri Tetap , Faurzi Marzuki kerana lagu tersebut sendiri telah bersifat ketuhanan dan tidak perlu melakukan banyak kerja untuk menukar lirik.
Ia diterima positif oleh Mark Adam , yang mana sebenarnya adalah saudara baru , bagi Mark Adam lagu tersebut terlalu dekat dengan hatinya , yang mana menceritakan permulaan beliau kepada Islam
TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukan stesennya sebagai agen penyebar dakwah di platform penyiaran dengan membawakan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV berjudul Hijrahkan Laguku.
Pertaruhan berani ini dibuat setelah melihat kepada keperluan metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia, peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak.
Hijrahkan Laguku adalah rancangan pertandingan hiburan Islamik yang menampilkan gabungan lapan orang penyanyi lama-baru dalam industri hiburan tanah air yang akan menyampaikan mesej dakwah menerusi lirik lagu yang digubah hingga akhirnya salah seorang daripada mereka bergelar juara pertandingan.
Penghibur lagenda yang cukup ikonik dengan gelaran Papa Rock ini mengakui bahawa RASA memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini. Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sendiri dan bagaimana muziknya berkembang mengikut waktu dan keadaan yang dilalui dari suatu masa ke suatu masa.
RASA adalah sebuah perjalanan muzik Datuk Ramli Sarip yang disampaikan dengan penyatuan rasa di antara paduan elemen muzik folk dan blues, rock dan pop bernuansakan alam Nusantara Melayu yang menjentik jiwa bersama bait-bait lirik penuh dengan metafora dan makna. Dari perasaan dan pemikiran peribadi terhadap hal-hal yang mencangkupi kehidupan yang dilaluinya hari-hari, pengamatan terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling mahu pun yang menyentuh masyarakat serta umat sejagat sehinggalah hubungan spiritual dengan Tuhan, RASA ibarat sebuah cermin suaranya terhadap kehidupan ini dalam fasa kematangan yang bersifat lebih matang lagi.
TIDAK keterlaluan dikatakan 2021 tahun rezeki buat Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman. Permulaan Januari lalu, penyanyi utama kumpulan Wings ini tampil dengan filem pertama dibawah penerbitan miliknya Rumah Produksi Merah. Filem berjudul 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan pada 7 Januari menerusi saluran Astro First yang berjaya mengutip kutipan lebih RM1 juta.
Pada 18 Januari pula, penyanyi, pelakon dan penerbit berusia 56 tahun ini menimang cahaya mata keenam hasil perkahwinan dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada 7 Oktober 2016. Terbaru, Awie akan mengeluarkan produk sambal, kambing perap dan ayam perap yang akan dilancarkan secara rasmi hari ini (31 Mac 2021).
Seakan sukar dipercayai kerana Awie seringkali tampil dengan gaya macho dalam lakonan dan konsert yang dijayakan bersama Wings.
Namun tidak ramai yang tahu Awie sebenarnya mempunyai kebolehan memasak yang tersendiri. Justeru tidak menghairankan apabila dia memanfaatkan kelebihan yang ada padanya ini dengan mengeluarkan produk sambal sendiri di bawah jenama R-WE.
Dibawah jenama ini, dia mengeluarkan empat jenis sambal iaitu Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Merah dan Sambal Ikan Masin Kembong serta Kambing Perap dan Ayam Perap.
Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Masin Kembung dijual pada harga RM25 sebotol. Manakala Sambal Merah berharga RM18. Harga jualan untuk Sabah dan Sarawak pula RM30. Sementara Kambing Perap 500 gram dijual pada harga RM38 (Sabah & Sarawak RM43) dan Ayam Perap 1 kilogram berharga RM25 (Sabah & Sarawak RM30).
Resepi sambal ini dihasilkan dari air tangan Awie sepenuhnya dan cetusan ideanya 100 peratus.
"Saya buat produk ini selepas melihat pelbagai sebab antaranya kesibukan kita pada era sekarang. Sambal ini memudahkan kerana apabila balik rumah dari bekerja hanya perlu buka dan makan saja. Syukur, walaupun tanpa promosi dan pelancaran rasmi, sudah 3,000 botol terjual dan sudah ada yang jadi dealer," katanya.
Filem Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) arahan Majed Salleh terbitan MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd yang sebenarnya telah tertangguh lebih 12 tahun , malah jika meneliti nama para pelakonnya , kita sudah dapat mengagak filem hasil persembahan Datuk Mohd Rosdi Shair ini sudah lama disiapkan . Ia sememangnya tepat kerana penggambaran Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) dibuat pada 2008 menggunakan lokasi Janda Baik , Pahang , Ulu Yam , Cheras dan Hulu Langat , Selangor .
Filem dengan kos RM 1.691 juta ini turut mencatat kenangan tersendiri apabila 5 pelakonnya iaitu Allahyarham Ashraf , Allahyarham Maidin , Allahyarham S. Samsudin , Allahyarham Latif Borgiba Allahyarham dan Allahyarham Fatimah Yahya yang sudah meninggal dunia . Ia adalah penampilan terakhir Allahyarham Latif Borgiba , Allahyarham S. Samsudin dan Allahyarham Maidin menerusi filem ini .
Seperti yang sedia maklum, sepatutnya pada tanggal 12 Dec 2020 bertempat di Stadium Melawati akan termetri satu persembahan konsert unggul SEARCH dengan Dato Awie.
Rata-rata peminat telah menunggu konsert tersebut dan tidak sabar untuk menonton kehebatan dan aksi Search dan Dato Awie. Namun segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan akibat penularan Covid 19 yang telah menjejaskan pelbagai akiviti harian kehidupan, ekonomi dan sebagainya di negara kita dan seluruh dunia, maka ianya terpaksa ditunda pada 13hb Feb 2021 di Stadium Malawati.
Apa yang menarik, konsert tersebut telah diberi penjenamaan semula kepada nama “PROJEK BIKIN WILAYAH 2021”. Ia merupakan satu konsert projek band yang bakal memainkan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search. Pada tahun 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah.
Justeru itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih nama Projek Bikin Wilayah 2021. Bersama barisan anggota terdiri dari Dato Awie, Fauzie (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (drum) mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa. Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap.
Kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket konsert Apologia dan Konsert Cinta Buatan Malaysia, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh 13 Feb 2021 kelak.
Tiket untuk konsert anjuran Imaginex dan HS Shazlicious ini berharga RM399 VIP, RM299, RM199 dan Rm99. Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster.
Maklumat mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com. Telefon hotline 03 2170 6333
Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air, empat penyanyi lelaki generasi masa kini: Black, Hazama, Tomok dan Akim bersedia untuk menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.
Julung kali disatukan, tidak cukup dengan Anugerah Terindah, Mana Mungkin dan Sofea Jane daripada Black; Cinta Teragung, Malaikat dan Penglipur Lara (Hazama); atau Sejarah Mungkin Berulang oleh Tomok dengan seleksi Bagaikan Bidadari dan Arjunanya; Akim bersama Bengang serta Mewangi, konsert tersebut menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi terhadap pertumbuhan empat penyanyi itu sehingga kini sebagai konsep pengisian.
Dinamakan sebagai Konsert 4G’s: Black, Hazama,Tomok & Akim, paduan suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, di Istana Budaya khususnya.
Baju Official SEARCH "Bikin Wilayah" Boleh didapati di www.fenomenasearch.com atau whatsapp ke 016 270 4544
SEARCH dengan penyanyi Wings, Datuk Awie bukanlah asing. Tenaga pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Pada 1998, Awie tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah, Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya. Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings.
Dalam usaha untuk membina platform yang dapat membangunkan kandungan-kandungan digital yang sopan tetapi pada waktu sama, masih menitik-beratkan kualiti yang setaraf antarabangsa, penstriman TV dalam talian, Nurflix.TV telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS).
Kerjasama yang termeterai di antara Nurflix.TV dengan UiTM adalah dari sudut tenaga dan kepakaran yang dimiliki pusat pengajian awam tersebut dalam pelbagai bidang penerbitan kandungan, manakala kerjasama dengan IMS adalah dari sudut penggunaan teknologi dan infrastruktur yang dimiliki studio tersebut yang telah pun diperakui bertaraf antarabangsa.
Tahun 80an adalah tahun kegemilangan buat muzik rock , salah satu kumpulan yang tidak akan dapat dilupakan ialah Lefthanded ,Mereka telah menghasilkan album terbaik sepanjang zaman pada tahun 80an iaitu “Keadilan” , “Seruan” , “Qabul” dan “Evolusi” . Album yang bukan sahaja mempunyai deretan lagu terbaik tapi memperkenalkan 2 gitaris hebat yang lahir daripada Lefthanded iaitu Man Kidal dan juga Allahyarham Samad .
Tidak dinafikan juga kehebatan pemuzik lain yang turut menyumbang lagu dalam album Lefthanded dan juga vokalis mereka yang terus kekal popular walaupun keluar sebagai penyanyi solo .
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
25610
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
22933
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
19780
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
17641
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
17610
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.