CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
“Pencarian Wanita Melayu 2018” kini kembali dengan tahun ke 5 . Ia adalah pencarian untuk semua gadis Melayu untuk bergelar Ikon Wanita 2018 . Penganjur utama , Plaza Shah Alam kini mengendalikan pencarian yang lebih tersusun . Anjuran mereka selama 4 tahun sebelumnya telah mencapai matlamat , apabila juara dan juga finalist mereka kini merupakan wanita yang berjaya .
“Apa yang telah kita lihat , kesemua pemenang sebelum ini mereka telah berjaya dalam bidang masing-masing dan seterusnya untuk tahun ini setiap mereka akan kongsikan dengan bakal pemenang untuk tahun ini”
Lagu duet Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim , “Doa Buat Kekasih” kini telah mencecah lebih 30 tahun lamanya , dengan deretan lagu duet antara mereka berdua , lagu “Doa Buat Kekasih” yang telah menjadi evergreen dan diminati ramai , hinggakan anak muda pada zaman ini boleh bersiul dan menghafal setiap liriknya .
Untuk terus mengekalkan nostalgia dan mengimbau kenangan , Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim bakal mengadakan konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” .
Dua kumpulan yang berlainan genre telah bertemu dibawah satu bumbung sebuah label iaitu Bysnc Live , kini bakal digandingkan lagi dalam sebuah showcase dan seterusnya melancarkan album mereka . Ia adalah sebuah usaha yang cukup meyakinkan oleh Bysnc Live untuk mengeluarkan album buat kumpulan muzik Underground tempatan , terutamanya daripada arena muzik Metal dan Muzik Oi !
Ibu negeri Melaka iaitu Bandaraya Melaka bakal menyambut status sebagai sebuah bandaraya yang ke 15 , sebagai status Bandaraya Bersejarah , sambutan yang ke 15 ini akan diadakan dengan pelbagai acara yang meliputi pelbagai peringkat umur .
Daripada sukan hingga ke forum agama dan muzikal akan memeriahkan suasana Bandaraya Melaka , dan malam kemuncaknya ialah pada 14 April yang bakal diadakan sambutan secara besar-besaran di Dataran Bandaraya , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang akan bermula daripada pukul 6 petang hingga 12 malam .
Setelah mengacah peminat dengan memberikan video lirik kejutan dari salah satu lagu barunya yang berjudul ‘Mambang’ yang juga telah menular di laman media sosial sehingga trending ditempat keiga dalam YouTube, Altimet kini menghadiahkan ‘Bunga’ pula kepada peminat, sebuah lagi lagu baru dari beliau.
‘Bunga’ merupakan hasil kolaborasi Omar K bersama John Jeevasingam di mana ianya dimulai dengan rentak etnik yang dipadankan bersama rentak hip-hop moden beserta kepintaran Altimet mengolah lirik yang bersahaja.
Ia seperti sesuatu yang tertunda, namun kini umpama armada membelah samudera, Padi, kumpulan yang cukup dipuja banyak penggemar baik di Indonesia atau Malaysia dan Singapura, kembali mengemudi arah mereka dengan jelas.
Mengguna pakai nama Padi Reborn, sesuai dengan 'siri vakum' tujuh tahun mereka dan kini aktif mengganas semula, kumpulan yang masih tetap pada formasi yang sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (Vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum) mahu 'memeriksa' adrenalin para Sahabat Padi di Malaysia adakah masih antusias terhadap mereka atau sebaliknya.
Pada 4 Februari lalu kumpulan rock psydelic tanahair , Pitahati telah membuat persembahan di Damansara Performing Art Centre (DPAC) , ia adalah anjuran Ruang Hati Kita dengan kerjasama DPAC , Luncai Emas dan Warisan Hall Studio . Kumpulan yang terus diminati oleh peminat muzik tanahair ini menampilkan keunikkan muzik mereka yang telah ditunjukkan melalui sebuah Ep dan 2 buah album , dengan menggelarkan muzik mereka rock nusantara avant garde .
Jika dipandang dari sudut keseluruhan konsert persembahan kali ini telah berjaya memukau para penonton yang hadir pada hari tersebut. Konsert ini juga berjaya menarik perhatian wajah-wajah peminat yang baru mahu mengenali Pitahati.
Ini kerana mereka semakin bijak apabila membuat beberapa penambahan baru untuk persembahan kali ini , termasuk konsep visual yang lebih tepat terhadap penceritaan susunan lagu, begitu juga pencahayaan, lakonan teatrikal yang ditampilkan dan prop yang lebih berbeza.
Seperti kebiasaan di konsert-konsert mereka sebelum ini, terdapat penekanan yang kuat dari Pitahati terhadap kualiti bunyi yang disampaikan. Ternyata, Pitahati mempunyai potensi kerana mereka berani membuat persembahan yang berskala besar walaupun tempat duduk terhad kepada 200 penonton sahaja.
Dengan adunan dan pemilihan repertoire lagu-lagu dari seluruh album yang ada, disertai projection mapping yang diisi dengan reka cerita yang menarik, selain cuba mengisi dan mencipta konsep-konsep yang baru pada setiap lagu yang disampaikan, para penonton nampak terhibur dan melayar bersama.
Pitahati sebenarnya amat menitikberatkan kualiti seni persembahan di mana mereka sering bereksperimentasi dengan citarasa penggemar muzik konsert mereka. Disebabkan itu, mereka menubuhkan Ruang Hati Kita untuk dijadikan platform mereka sendiri untuk mereka terus berkarya.
Pelakon yang turut ditampilkan dan dibarisi oleh Setyo Wibowo, Khairil Ridzuan dan Fath Rodzi, menyelingi beberapa lagu seperti ‘Dari Minda Saorang Sutradara’ dan ‘Kedai Kopi 50-an’ dan ‘Tutup Panggung’ berjaya membuatkan penonton dibuai dengan visual berserta bunyi-bunyian. Suasana auditorium asyik dengan pencahayaan yang tepat ditambah dengan prop-prop teatrikal sebelum tamat persembahan.
Sebelum terlambat, Pitahati juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut berkerjasama dalam menjayakan konsert ini, Luncai Emas, Warisan Hall Studio, DPAC, kumpulan Orang Kuat Pitahati, rakan-rakan artis dan juga media yang berkerjasama melakukan sebaran promosi konsert Panggung Suara Pitahati.
Pitahatiberharap agar diberi peluang lagi untuk melakukan persembahan di masa akan datang. Pitahati kini masih didalam perancangan untuk merangka sebuah tour yang bakal bermula pada Julai tahun ini.
Kumpulan indie Rock , Pesawat dan kumpulan ska punk , Plague Of Happiness akan bergabung tenaga sempena menyambut ulangtahun ke-10 mereka , walaupun kedua kumpulan tidak ditubuhkan pada tahun yang sama .
Tapi kedua mereka agak sinonim apabila buat kumpulan Pesawat ia adalah sambutan 10 tahun untuk single mereka yang bertajuk “Mirage” , ia adalah lagu demo yang kemudiannya dimasukkan kedalam album mereka yang dikeluarkan pada tahun 2011 yang bertjauk “Take Off” . Namun lagu “Mirage” yang telah dilancarkan pada tahun 2008 adalah lagu yang telah menaikkan nama mereka , mereka juga pernah menyanyikan lagu tema Twisties dan lagu “Rapuh” menjadi runut bunyi untuk filem Kill .
Album mereka turut dicalonkan didalam kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 19 . Pada tahun 2017 mereka telah melancarkan single terbaru yang bertajuk “Luluh” . Menurut Pesawat tahun 2018 dijangka adalah tahun kebangkitan buat mereka , dengan album yang bakal dikeluarkan pada tahun ini juga .
Buat kumpulan lama , Plague Of Happiness sambutan 10 tahun buat mereka ialah untuk album sulung mereka yang dikeluarkan pada tahun 2007 yang bertajuk “Kawan” . Ia adalah album yang begitu terkesan buat arena muziik indie pada waktu itu , dengan ‘trend’ yang melanda , Plague Of Happiness berada di hadapan melalui muzik mereka .
Penyanyi baru dalam industri hiburan , Salimey Abu Bakar yang telah menghasilkan single pertama beliau yang bertajuk “Pertama Kali” pada bulan Julai tahun lepas bagaikan melangkah kanan melalui single tersebut apabila ia digunakan oleh beberapa buah drama bersiri sebagai runut bunyi , antaranya “Seharum Mawar ” , “Pengemis Itu Saudara Aku” , “Air Mata Di Bumi Matador” , “Ustaz Pink” .
Walaupun telah mencecah usia 40 tahun dan baru bergelar penyanyi , ia tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kerjaya yang beliau minati ini .
Menceritakan kembali mengenai single beliau “Pertama Kali” , Salimey menceritakan lagu “Pertama Kali” sememangnya popular kerana dikenali melalui drama , namun ramai yang tidak tahu siapa penyanyinya .
“Saya dikenali melalui runut bunyi drama , malah lagu saya popular di Pantai Timur , ramai yang tahu lagu ini tapi tidak tahu penyanyi”
Ilford Galerie Malaysia , yang merupakan galeri fotografi dan digital yang terletak di Oasis Village, Oasis Square ,bakal membuat pembukaan rasmi pada hari Sabtu, 20 Januari pada pukul 1 petang.
Pembukaan pameran galeri ini akan memaparkan karya-karya Ming Thein yang bertajuk "The Idea of ​​Man, part 2" yang mana adalah penerokaan Ming ke dalam kehidupan moden - tokoh manusia tanpa nama, pergerakkan , dalam persekitaran yang dibina, perpecahan yang tidak individual , dan setiap situasi adalah satu perkara biasa yang mungkin telah kita lakukan pada satu masa yang sama atau yang lain. Mereka boleh menjadi kita. Perspektifnya adalah salah satu pemerhatian yang sedar tanpa turut serta : pengiktirafan sifat manusia dalam kesedaran diri dan kecenderungan untuk "mengapa saya - dan bagaimana saya berbeza? ".
Grup legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.
Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Brian, Eros, Duta dan Adam akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul "SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018". Konsert dengan durasi dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti 'Sephia', 'Pria Kesepian' , 'Melompat Lebih Tinggi', ' Seberapa Pantas ' dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.
Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) kembali bertemu buat peminatnya , kali terakhir pihak IKIMfm mengadakannya adalah pada tahun 2015 . Anugerah Nasyid 2017 bermula daripada segmen Carta Nasyid IKIMfm yang bersiaran setiap Sabtu , jam 10 pagi .
30 lagu telah dipertandingkan pada peringkat separuh akhir sebelum ini dan hanya 10 lagu telah dipilih untuk ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada 13 January 2018 nanti di Stadium Malawati , Shah Alam .
Konsert Public Distortion 2017 yang merupakan anjuran bersama J&J Rochestra dan Lifespace telah berlangsung di Oasis Square Ara Damansara telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu . Konsert dengan gabungan kumpulan XPDC dan juga Prime Domestic ini akhirnya memberikan satu kenyataan yang padu , iaitu muzik rock akan terus kekal relevan tidak kira zaman .
Sayangnya tapak konsert yang telah dibina didalam kolam yang telah dikeringkan sebelumnya dan dibentang dengan karpet telah basah kerana hujan lebat pada petang sebelum konsert . Tapi itu tidak mematahkan semangat 3000 peminat rock untuk terus datang dan memberi sokongan kepada kedua-dua kumpulan .
Pentas besar yang telah dibina dengan mainan lampu dan alatan audio serba sedikit mengagumkan dengan kenyataan sebelum ini iaitu menjanjikan suatu konsert yang akan memuaskan hati para peminat yang hadir .
XPDC MUNCUL PADU DENGAN IRAMA KERAS
Hanya 5 hari sahaja yang tinggal sebelum Public Distortion 2017 memulakan konsert , konsert yang bakal diadakan pada 9 Disember nanti di Oasis Square , Oasis Ara Damansara semakin ‘panas’ . 2 kumpulan yang bakal beraksi iaitu Prime Domestic dan XPDC, bakal memecah suasana Oasis Square . Pada waktu ini kolam telah dikeringkan dan dibentangkan karpet untuk keselesaan dan keselamatan , pentas besar akan didirikan . Segala perancangan telah berjalan dengan lancer .
AMY SEARCH TAMPIL KHAS UNTUK KONSERT PUBLIC DISTORTION
Malah kehebatan 2 kumpulan yang bakal beraksi ini akan turut menampilkan penyanyi Search iaitu Amy, ia adalah sangat menarik , apatah lagi Search yang baru sahaja mengeluarkan album terbaru mereka , kemunculan Amy pastinya amat dinantikan .
Secara perlahan-lahan bakal muncul lagi konsert yang amat dinantikan oleh peminat-peminat muzik Metal tempatan . Muzik yang seringkali dipandang serong ini sebenarnya adalah terdiri daripada mereka yang penuh dedikasi , tidak memandang kebelakang , ia adalah tekad dan usaha sendiri .
Mamat Fest , yang bakal masuk edisi ke 3 pada tahun 2018 , telah menjadi konsert yang begitu dinantikan buat peminat Metal tanahair . Dengan membawa ‘tagline’ , ‘Festival Muzik Arus Metal Anak Tempatan’ , Mamat Fest menjanjikan lagi sekali kualiti bunyi untuk peminat yang hadir nanti .
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
25826
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23238
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
19987
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
17865
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
17852
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.