CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Memeriahkan musim perayaan dan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi muzik, pusat beli-belah Plaza Shah Alam sekali lagi tampil meraikan dan bertemakan Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam yang bermula dari 24Mei hingga 24Jun 2017.
MajesticRayayang berkonsepkan keangungan dan majestic memberi erti keagungan bulan Ramadan dan keindahan menjelang Syawal.Ruang pentas dan pentas yang menarik serta dihiasi dengan lampu lampu bergelemapan , begitu juga dengan hiasan lampu lampu diluar bangunan Plaza Shah Alam bagaikan memberi sinar gemilang buat pengunjung semua
Pada usia yang hampir mencecah 65 tahun , Datuk Ramli Sarip kini terus aktif giat dengan aktiviti konsert , selepas sibuk dengan konsert tour di 7 buah Universiti pada tahun lepas dan Konsert Muzik4Humanity pada awal tahun ini . Datuk Ramli Sarip bakal tampil lagi dengan “Konsert Pelarian” yang bakal berlangsung pada 26 Oktober di di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra .
Tajuk konsert yang diambil daripada tajuk album Sweet Charity iaitu “Pelarian” sebenarnya masih lagi relevan pada waktu ini . Menurut Datuk Ramli , tajuk album “Pelarian” yang dikeluarkan pada tahun 1980 sebenarnya merujuk kepada pelarian yang terbesar di Asia angkara perang di Vietnam waktu itu .
Nidji adalah antara kumpulan daripada Indonesia yang pernah menjadi kegilaan peminat di Malaysia semenjak awal tahun 2000 , pelbagai lagu-lagu mereka telah sebati dihati peminat , tidak perlu disenaraikan lagu-lagu mereka , buat peminat Nidji yang pernah hadir ke konsert mereka pastinya akan tahu sepanjang masa mereka terus dihidangkan dengan barisan lagu popular yang terus menjadi siulan hingga ke hari ini .
“Love , Fake & Friendship” adalah tajuk album terbaru kumpulan Nidji yang baru sahaja dilancarkan di Thee Bee Publika pada 8 Mei . 5 tahun mengambil masa untuk menyiapkan album ini , kini Nidji kembali dengan lagu-lagu baru yang menggabungkan pelbagai pemuzik dan juga idola kami antaranya Tulus , Pongky Barata Rian D’Masiv dan beberapa nama lagu yang jelasnya membentuk kembali muzik Nidji .
Peserta ketika memperagakan jam ICE Watch di Ampang
Peserta Ketika Cabaran Memasak Tanpa Api
Photo by Dira Clevermice
Pertandingan Akhir Pencarian Wanita Melayu 2017 yang bertempat di Plaza Shah Alam , Selangor pada 6 Mei lalu kini telah berakhir . Pertandingan ini telah melalui daripada pelbagai segi , seramai 30 peserta dan hanya 10 peserta telah dipilih untuk ke peringkat akhir .
Penyanyi yang terus kekal dihati para peminatnya , Siti Nurhaliza telah melancarkan album terbaru beliau yang bertajuk “SimetriSiti” yang merupakan album ke-18 beliau . Malah edisi terhad yang hanya dijual secara dalam talian secara pre order di Lazada sebanyak 300 keping telah habis dijual dalam masa 20 minit sahaja . Album edisi terhad tersebut mempunyai tandatangan Siti dibahagian hadapan album dan juga sekeping poskad .
Ia adalah petanda yang sangat positif buat Siti Nurhaliza kerana sebelum ini jualan artis tempatan telah jatuh dengan teruk . Menceritakan ketika proses rakaman album terbaru beliau , Siti memberitahu
“Ketika proses rakaman , Siti berasa tidak sihat bukan batuk tapi kerana vocal yang tak sepenuhnya keluar . Tapi bila siap rakaman , saya sedar hasil vocal yang berbeza dan lebih berlainan dan saya menyukainya , malah album ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan “ beliau yang ditemui ketika pelancaran album terbaru di Kuala Lumpur
Walaupun seringkali dikritik kerana nyanyian beliau , Fazura dilihat seringkali mengambilnya daripada sudut positif , setiap kenyataan negatif terhadap beliau bagaikan dijawab dengan kelangsungan kerjaya nyanyian beliau .
Beliau yang sebelum ini telah berduet bersama pemenang The Voice Philippines S2 , Jason Dy dengan lagu “Nothing Like Pag Ibig” ataupun dalam bahasa Melayu Pag Ibig bermakna Cinta . Kini terbaru Fazura bersama Jason Dy telah melancarkan muzik video karaoke single tersebut .
“Lagu ini adalah tentang meraikan cinta , ia adalah sangat universal . Ia juga tentang kami , walaupun perbezaan budaya , bangsa atau agama , kami boleh berkalobrasi tanpa memikirkan semua itu” jelas Fazura
Album ke-4 daripada kumpulan Search , “Fenomena” yang dikeluarkan pada 1989 dan diterbitkan oleh Datuk M.Nasir, sebenarnya telah mencipta impak yang tersendiri . Ia juga adalah album yang telah melonjakkan nama Search hingga ke negara jiran seperti Singapura dan Indonesia , kejayaan kumpulan Search menembus pasaran Indonesia melalui album ini dan kemudiannya satu-satunya pemuzik daripada negara luar yang mendapat jualan hingga 2 juta unit disana . Kumpulan Search dengan pantas menjadi fenomena .
Pada sambutan Record Store Day di seluruh dunia pada pada 22 April lalu , Bertempat di Fenomena Music Store telah dilancarkan secara rasmi ‘Double’ LP Fenomena “Made In USA” daripada kumpulan Search yang telah dikeluarkan oleh Dream Studio , dengan terhad 500 keping sahaja
Pemilik Dream Studio dan juga Fenomena Music Store , Dato Ahmad Zaharul memberitahu “Sebelum ini kami telah mengeluarkan dalam bentuk CD album Fenomena “Made In USA” , lebih membanggakan keluaran terhad 1000 keping telah dijual dalam masa seminggu sahaja”
“Penghasilan piring hitam atau LP ini tepat pada waktu sekarang , kerana pada waktu ini ia telah mendapat tempat dihati peminat muzik dan muzik collector” jelas Dato Ahmad Zaharul yang juga seorang muzik collector .
Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali dengan nama Diana Danielle , seorang model dan pelakon kacukan Melayu-Amerika yang tidak asing lagi di dalam industri perfileman negara kita. Karier beliau bermula sebagai pelakon pada tahun 2002 dan telah membintangi pelbagai filem dan drama seperti Magika, Kami Histeria, Evolusi KL Drift, Janji Diana, Air Mata Maria, Hanyut, Gol & Gincu dan banyak lagi.
Kini Diana Danielle mengejar impian dengan menceburi bidang nyanyian. Single terbaru beliau yang berjudul ‘Tentang Kita’ telah dicipta oleh Dj Fuzz dan liriknya pula ditulis oleh Alabbas dan Muariffah. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati. Sekali dengar pasti pencinta muzik tanahair sudah boleh bersiul atau melagukan melodi tersebut. Lagu ini mengisahkan tentang cinta serorang gadis yang merindui kekasih hati yang jauh. Sering merindui akan detik-detik manis apabila bersama. Manakala, liriknya pula amat mudah difahami serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa. Genre muzik raggae pula menjadi pilihan Diana, kerana ia lebih rileks dan menepati citarasa beliau.
“Pencarian Wanita Melayu 2017” yang kini telah mencapai tahun ke 4 diteruskan lagi usaha dan anjuran oleh Plaza Shah alam . Ia bukanlah untuk tujuan promosi buat mereka semata kerana “Pencarian Wanita Melayu” yang telah bermula semenjak 4 tahun yang lalu telah lebih mencapai matlamatnya , dengan penekanan kepada kesungguhan dan komitmen yang tinggi .
Selepas hampir lima bulan album Malique, “TKO:Pejamkan Mata” di keluarkan , pelbagai reaksi positif dan negative diterima . Ternyata pada permulaan album ini di keluarkan, ramai netizen yang memberi cemuhan atas kulit album ini sebagai mahkhluk Dajjal . Namun sudah menjadi lumrah di Malaysia, apabila sesuatu perkara yang baru keluar mahupun di perkenalkan, ramai akan memberi komen dan pendapat masing-masing terdahulu sebelum mengkaji dan memahami perkara sebenar tujuan yang cuba di sampaikan.
Namun bagi Malique, kulit album yang beliau keluarkan yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran yang berbeza bagi dirinya. Ada segelintir peminat tegar beliau mentafsirkan dan mengkaji kulit album tiga mata ini sebenarnya mata yang ketiga itu adalah mata hati. Mungkin ramai yang tidak tahu mesej yang cuba disampaikan juga adalah jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan, pandanglah dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya.
Persembahan Oleh Kumpulan Orkestra SP Winds Ketika Pelancaran Run I amsterdam 2017
Ini bukanlah pertama kali pasukan Orkestra daripada Sekolah Seri Puteri Cyberjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa , semenjak 5 tahun kebelakangan ini mereka telah memenangi pelbagai pertandingan Orkestra diserata dunia , antaranya di Los Angeles , New York , Sydney , Vienna dan Singapura .
Ia sememangnya pelbagai pertandingan bertaraf antarabangsa dan lebih menarik lagi Kumpulan Orkestra Sekolah Seri Puteri yang dikenali sebagai SP Winds adalah satu-satunya sekolah yang berjaya mencapai ke pelbagai kejohanan bertaraf dunia di Malaysia dan Asia serta bertanding bersama kumpulan profesional yang lain diluar negara .
Pada bulan Julai nanti , Kumpulan Orkestra SP Winds lagi sekali dipilih untuk bertanding di World Music Contest 2017 yang ke 18 di Amsterdam .
“Da Bang The Tour” adalah salah satu konsert terbesar Bollywood yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 14 April di Mines International Convention Centre . Persinggahan konsert besar Bollywood ini yang menampilkan artis ternama Bollywood adalah sangat dinanti .
Nama yang tidak lain tidak bukan iaitu Salman Khan , superstar yang terus bertahan di Bollywood, bintang yang mempunyai rekod yang luar biasa dan peminat di seluruh dunia .
Kumpulan rock Prime Domestic sebenarnya bukanlah baru ditubuhkan , ia telah bermula semenjak tahun 2011 lagi dan muncul dengan single pada tahun 2015 yang bertajuk “Kembali Ke Fitrah” . Sebenarnya ia adalah idea daripada 2 gitaris rock tempatan daripada kumpulan Search dan Wings iaitu Hillary Ang dan Joe sebagai tulang belakang . Asalnya ia adalah sebuah projek supergroup daripada Joe dan Hillary yang menampilkan lagi beberapa nama terkenal dalam industri hiburan tanahair .
Namun dengan segala pengumuman sebelum ini yang telah mengatakan Joe telah menarik diri daripada Wings , Joe telah mengatakan mengenai kumpulan Prime Domestic , “Dulu ia adalah projek band , now is my band ! ”
Sebagai platform e-dagang popular di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita dan baru-baru ini pakaian lelaki dari jenama tempatan seperti Pestle & Mortar, Bowerhaus, Lan Baharin, FattahAminxFar8, Cape Cod, East India Company dan pelbagai lagi, adalah menjadi sebuah penghormatan buat FashionValet untuk mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza.
Diberi nama Arez. Co., jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil dari nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini. Peminat merupakan sebahagian dari hidupnya sepanjang proses kreatif jenama beliau.
Aizat Amdan sebuah nama yang tidak asing lagi di industri seni tanah air sebagai penyanyi, pemuzik dan juga penulis lagu yang berwibawa. Karier atau kerjaya sebagai insan seni bertitik tolak dari tahun 2007 tatkala beliau menjadi salah seorang peserta sebuah rancangan realiti televisyen paling popular terbitan ASTRO iaitu Akademi Fantasia Musim ke- 5.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
21839
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
18968
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
17254
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
14633
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
14359
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.