CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Jika muzik rock anda rasakan adalah sesuatu yang bingit , Muzik Underground memberikan lagi muzik yang lebih keras dan bebas . Kemasukkan muzik Underground di Malaysia dikatakan adalah pada tahun 80an , Tahun 80an dan 90an menjadi signifikan dengan berkembangnya pelbagai muzik seperti Heavy Metal , Thrash Metal , Death Metal , Grindcore dan Black Metal dan seterusnya pelbagai lagi cabang genre muzik Metal yang dipecahkan lagi . Di Asia Tenggara , Malaysia adalah negara yang mempunyai peminat yang begitu ramai pada waktu itu .
Tahun 80an dan 90an adalah fasa yang sangat penting buat muzik Metal diseluruh dunia , ia adalah dekad yang penuh sejarah . Tidak ketinggalan juga di Malaysia kumpulan-kumpulan Underground tempatan juga menghasilkan album yang bertaraf antarabangsa dan menjadi trend setting , jualan album-album kumpulan tempatan melebihi 50 000 unit . Jika muzik komersil menyebarkan maklumat melalui suratkhabar , tv , radio dan majalah . Waktu itu di Malaysia muzik Underground disebarkan melalui zine , perutusan surat antara peminat dengan peminat mahupun dengan band , ataupun melalui percakapan mulut .
Pelbagai berita telah menceritakan bagaimana penyanyi popular tanah air Elizabeth Tan atau dikenali sebagai Lizzy dikatakan hampir membunuh diri kerana cinta , namun melalui laman Facebook beliau , Lizzy menafikan berita ini dan mengatakan kenyataan beliau semasa sidang media pelancaran single terbaru yang bertajuk “Darling” adalah satu salah faham . Beliau mengakui mengalami kemurungan sebelum ini dan telah berehat .
They say that rules were made to be broken - so actress, singer, and all-around icon Angela Zhang is back with a surprise! Following the success of her most recent tour 2016 100% Angela Zhang World Tour, the Mandopop star is shaking things up with a new tour called REMIX 100% Angela Zhang World Tour 2017 - Malaysia brought to you by IMC Live Group.
After baring her soul to her fans with her last tour, Angela is working to challenge herself with this new “remix.” Armed with nerves of steel and an unbroken flow of inspiration, Angela aims to do more and do better, performing her old songs with a significant upgrade. Her 16-year music career has given her an abundance of material to work with - perhaps too much material! The singer says that “every meeting about concert choreography and song choice becomes a fight” because of how passionate she is and how much of her story she wants to tell.
Sherrie Aljunied penyanyi daripada Singapura ini pernah mencipta nama pada tahun 80an , bersama syarikat rakaman Polygram dan diterbitkan oleh Datuk M. Nasir waktu itu , beliau terus popular dengan lagu ”Cinta Di Waktu Hujan Turun” .
“Saya dulu penyanyi kelab dan selalu berulang alik antara Singapura dan malaysia, pada tahun 1980 , Polygram Singapore telah melihat persembahan saya ketika si Singapura dan mereka kata mereka menyukainya dan saya terus dapat merakamkan album selepas itu ” jelas beliau
Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya yang sepatutnya berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Ogos , kini terpaksa dibuat hanya sehari iaitu pada 25 Ogos . Pembatalan ini adalah akibat daripada penarikkan diri penaja utama disaat akhir .
“Pembatalan konsert 26 haribulan adalah disebabkan oleh penarikkan diri oleh penaja . Namun perjuangan , perjalanan kami harus diteruskan” jelas Datuk Ramli Sarip ketika sidang media di PWTC
Buat peminat muzik Metal tanahair, KL Metalcamp adalah festival muzik Metal tahunan yang amat dinantikan . Festival yang membawakan kepelbagaian muzik Metal , adalah trademark yang terus dikekalkan oleh penganjur iaitu Thy Syndicate . Ketika muzik Metal di pandang serong dan dianggap tidak akan berjaya kerana pelbagai perkara negatif yang dilemparkan , KL Metalcamp adalah antara penganjur yang berani tampil dan menafikan setiap perkara tersebut dengan setiap konsert mereka setiap tahun .
Tidak sampai 10 hari lagi konsert KL Metalcamp yang bakal menampilkan dengan 8 buah kumpulan pada 5 Ogos ini bertempat di Blackbox , Publika Solaris Dutamas , Kuala Lumpur . Dengan bayaran RM50 di pintu masuk .
Penyanyi Siti Nordiana kini bersama Jaclyn Victor berduet dengan lagu ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan.
Meneruskan legasi melodi indah yang pernah dicipta mereka sebelum ini seperti “Kerana Cinta” , nyanyian Nazim Othman dan juga “Seperti Dia” , dendangan Cassidy, trio hebat, Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan sekali lagi bergabung tenaga menghasilkan lagu “Nisan Cinta” , yang menyaksikan paduan suara dua pemilik vokal ampuh, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.
Dengan usia yang telah mencecah 58 tahun , itu bukanlah penghalang untuk penyanyi Sherrie Aljunied kembali di industri muzik Malaysia , beliau pernah mengeluarkan album pertama oleh Polygram pada awal 80an dengan tajuk “Cinta Di Waktu Hujan Turun” bersama Datuk M. Nasir pada ketika itu , dan ia terus popular di Singapura .
Penyanyi yang berasal daripada Singapura dan kini menetap di Malaysia ini menjelaskan , populariti beliau penuh singkat kerana telah melalui tempoh kekecewaan , kecewa yang amat sangat apabila ditipu oleh pengurus sendiri membuatkan beliau telah membawa diri meninggalkan dunia artis dan rakaman . Membuatkan beliau hanya menumpukan persembahan pentas di kelab-kelab sekitar Asia . Aura beliau sebagai artis pentas begitu menyerlah dan telah menjelajah hamper kesemua Negara di Asia , namun kemalangan yang teruk lagi sekali membuatkan kerjaya beliau terbatas .
Monoloque telah melancarkan single kedua beliau yang bertajuk “Slagi Ada Waktu” di PPR , Pudu Ulu Cheras Kuala Lumpur . Ini adalah rentetan daripada album terbaru beliau yang bakal dilancarkan secara rasmi pada hujung bulan ini yang bertajuk “Jangan Puja Sampai Kecewa” .
“Lirik saya banyak papar kisah masyarakat , tak guna kalau saya cerita pasal masyarakat tapi kita tidak terus menemui mereka sendiri”
Islam sering kali dikaitkan dengan sikap sempit , terlalu tegas dan bertanggungjawab menegakkan dogmatisme dan sikap tidak bertoleransi, serta dikaitkan dengan kumpulan ekstremis. Ini sebenarnya adalah satu salah faham, walaupun di kalangan orang Islam sendiri. Oleh itu terdapat keperluan untuk umat Islam terlibat dalam dialog supaya isu-isu tersebut dapat ditangani dan pemahaman tentang sifat sebenar Islam dapat disebarkan.
Ini adalah masa untuk umat Islam terutama para ulama untuk membincangkan secara mendalam mengenai apa yang ditawarkan Islam kepada manusia dari segi kebangkitan. Asas inilah yang akan berlangsungya Persidangan Ulama Antarabangsa dengan tajuk “Islam Dan Kebangkitan Peradaban” di Universiti Teknologi Malaysia , Kuala Lumpur selama 3 hari iaitu 26 sehingga 28 Julai ini .
Kumpulan pop-funk/dance-rock daripada Amerika Syarikat , DNCE , buat pertama kalinya bakal membuat persembahan di Malaysia pada bulan Ogos nanti . Dibawakan oleh Universal Music dan Wilbros , kalobrasi pertama kali ini bakal merealisasikan impian peminat DNCE di Malaysia .
Di ketuai oleh Joe Jonas (dahulunya daripada kumpulan Jonas Brother) dan ditubuhkan pada musim panas 2015 dengan menampilkan pemain gitar JinJoo Lee , pemain bass / keyboardist Cole Whittle dan pemain drum Jack Lawless . DNCE adalah rancangan lama Jonas untuk melancarkan projek muzik offbeat pop seperti kumpulan melodi R&B iaitu Earth , Wind & Fire dan juga duo Hall & Oates .
World Sama’ Fest adalah satu lagi usaha yang progresif dalam menyambung seni hiburan yang telah wujud sejak zaman peradaban Islam lagi . Ini adalah persembahan julung kali dalam seni hiburan tanahair dan dunia khususnya .
World Sama’ Fest yang bakal berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 28 Julai 2017 akan dipenuhi dengan alunan bacaan al Quran , Selawat , Qasidah , Nasyid dan Naat yang mengandungi nasihat-nasihat agam dan pujian terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah SAW .
Memeriahkan musim perayaan dan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi muzik, pusat beli-belah Plaza Shah Alam sekali lagi tampil meraikan dan bertemakan Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam yang bermula dari 24Mei hingga 24Jun 2017.
MajesticRayayang berkonsepkan keangungan dan majestic memberi erti keagungan bulan Ramadan dan keindahan menjelang Syawal.Ruang pentas dan pentas yang menarik serta dihiasi dengan lampu lampu bergelemapan , begitu juga dengan hiasan lampu lampu diluar bangunan Plaza Shah Alam bagaikan memberi sinar gemilang buat pengunjung semua
Pada usia yang hampir mencecah 65 tahun , Datuk Ramli Sarip kini terus aktif giat dengan aktiviti konsert , selepas sibuk dengan konsert tour di 7 buah Universiti pada tahun lepas dan Konsert Muzik4Humanity pada awal tahun ini . Datuk Ramli Sarip bakal tampil lagi dengan “Konsert Pelarian” yang bakal berlangsung pada 26 Oktober di di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra .
Tajuk konsert yang diambil daripada tajuk album Sweet Charity iaitu “Pelarian” sebenarnya masih lagi relevan pada waktu ini . Menurut Datuk Ramli , tajuk album “Pelarian” yang dikeluarkan pada tahun 1980 sebenarnya merujuk kepada pelarian yang terbesar di Asia angkara perang di Vietnam waktu itu .
Nidji adalah antara kumpulan daripada Indonesia yang pernah menjadi kegilaan peminat di Malaysia semenjak awal tahun 2000 , pelbagai lagu-lagu mereka telah sebati dihati peminat , tidak perlu disenaraikan lagu-lagu mereka , buat peminat Nidji yang pernah hadir ke konsert mereka pastinya akan tahu sepanjang masa mereka terus dihidangkan dengan barisan lagu popular yang terus menjadi siulan hingga ke hari ini .
“Love , Fake & Friendship” adalah tajuk album terbaru kumpulan Nidji yang baru sahaja dilancarkan di Thee Bee Publika pada 8 Mei . 5 tahun mengambil masa untuk menyiapkan album ini , kini Nidji kembali dengan lagu-lagu baru yang menggabungkan pelbagai pemuzik dan juga idola kami antaranya Tulus , Pongky Barata Rian D’Masiv dan beberapa nama lagu yang jelasnya membentuk kembali muzik Nidji .
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
25890
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23319
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20054
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
17971
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
17937
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.