Jika bercerita mengenai kumpulan rock di Malaysia pada tahun 80an sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan , kumpulan yang berjaya mengganas mahupun yang terkandas di tengah jalan . Selain kumpulan ikonik yang sentiasa disebut-sebut dan yang biasa kita dengar , tapi akan ada sentiasa kumpulan yang kita terlepas pandang , namun lagu-lagu mereka sentiasa menjadi siulan dan dimainkan diradio sehingga ke hari ini .
Antaranya adalah kumpulan Bumiputra Rockers atau BPR , kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1985 ini sebenarnya muncul dengan pelbagai nama , mereka ini semua adalah rakan-rakan di kampong yang telah mengembara hingga ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis rock . Perjalanan mereka sebenarnya panjang , daripada main di funfair hinggalah pada suatu ketika mereka pernah menjadi kumpulan pembuka untuk Sweet Charity di sebuah funfair pada itulah Ramli Sarip nampak betapa serius dan berbakatnya mereka . Semenjak itu mereka menjadi kumpulan pembuka untuk Sweet Charity dimana-mana persembahan.
Disebuah negeri yang nyaman sejuknya , Bandung , telah terlahirnya sebuah kumpulan yang bukan sahaja menjadi sensasi di Indonesia tapi ia terus popular di Malaysia . Kumpulan alternative pop rock , Peterpan bukan sahaja berjaya dari segi komersil tapi memecah tembok antara dua negara , menghasilkan karya untuk dinikmati tanpa sempadan .
Namun perubahan nama kepada NOAH pada tahun 2012 memberikan serba sedikit impak , mereka pernah mengadakan showcase di KL Live pada tahun itu juga malah sambutan juga memberangsangkan . Namun selepas itu nama NOAH terus hilang , dan yang hanya tinggal ialah lagu-lagu popular daripada legasi Peterpan yang terus menjadi siualan .
Tapi tidak di Indonesia , NOAH meneruskan usaha untuk terus berjaya , tiada rehat buat mereka , album pertama dibawah nama NOAH “Seperti Seharusnya” (2012) terus menjadi sensasi menjadikan ia adalah jualan yang terhangat di Indonesia , dengan jualan 1.9 juta unit dan meneruskan dengan album “Second Chance” 2 tahun selepas itu .
Kini, berakhirlah sudah jelajah Road Tour Noh Salleh di empat lokasi bagi mempromosikan album “Angin Kencang” iaitu di Pasar Karat, Johor Bharu, Menara Taming Sari, Melaka, Khedai Khopi Shocka, Penang danGerbang Malam, Ipoh.
Kisah perkahwinan antara Abby abadi dan Norman Hakim sebenarnya begitu hangat diperkatakan setelah penceraian antara mereka , ditambah lagi dengan perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza , ia adalah perkara yang hangat diperkatakan pada waktu itu .
Selepas 10 tahun , Ratu Rock Ella kembali dengan album terbaru yang bertajuk “Peace.Love.Rindu” . Ella menjelaskan album terbaru ini sangat istimewa , membawakan pembaharuan yang sesuai dengan usia beliau sekarang ini . Album ini jelas Ella lebih ‘mellow’
“Jangan Puja Sampai Kecewa” merupakan album ke 2 daripada Kumpulan Monoloque , beliau kembali dengan penuh yakin melalui rilisan terbaru ini , melanggar segala trends , mengenepikan nilai komersil dan mencipta minat pendengar . Itulah yang dilakukan beliau semenjak bersama zaman Butterfingers lagi .
Antara kumpulan daripada Indonesia yang pernah menjadi fenomena di Malaysia adalah kumpulan Peterpan , dengan deretan lagu-lagu popular mereka pernah menggegarkan stadium Merdeka dengan kehadiran lebih 30 000 peminat . Namun perubahan nama kepada NOAH adalah sesuatu yang janggal buat peminat di sini namun realitinya di Indonesia nama NOAH terus kukuh dan terus menjadi kumpulan paling popular disana .
Album sulung diatas nama NOAH yang dikeluarkan pada tahun 2012 iaitu “Seperti Seharusnya” terus menjadi hit dan jualan yang tersangat laris ditanahair mereka dengan melebihi 1 juta unit walaupun pada waktu itu cetak rompak sangat berleluasa .
Jelajah Noh salleh dalam mempromosi album solo beliau yang berjudul “Angin Kencang” telah menjejak ke Pasar Karat, Johor Bharu pada hari Rabu dan ianya telah di banjiri oleh peminat- peminat Noh Salleh. Ia adalah sambutan luar biasa daripada peminat beliau walaupun pada hari bekerja .
Noh Salleh bukanlah nama asing , bersama kumpulan Hujan mereka telah bersama-sama melalui segalanya daripada bawah , sebagai kumpulan indie yang kini terus menjadi kumpulan yang dikenali dan berjaya di industri hiburan tanahair .
Dan seperti kebiasaannya pastinya ada lagu yang dibuat oleh Noh tidak sesuai untuk dibawakan oleh kumpulan Hujan . Maka yang kita semua ketahui album solo beliau telah dikeluarkan pada tahun 2014 . “Angin Kencang” adalah rilisan yang berkualiti , anti-trend , Noh Salleh kelihatan gembira sekali mencurahkan segala ideanya tanpa ada apa-apa kekangan .
Kumpulan Progresif Rock/Metal terkenal dunia daripada Amerika Syarikat , Dream Theater buat pertama kalinya bakal menjejakkan kaki mereka di Malaysia . Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh 3 rakan yang belajar di kolej terkenal buat pemuzik diseluruh dunia iaitu Berklee College Of Music . Mereka bukanlah calang-calang pemuzik , teknikaliti yang dipamerkan membuat nama Dream Theater terus melonjak melalui album pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 1989 .
Penyanyi Jazz pop , Atilia kembali lagi dengan album ketiga iaitu “No. 3” , beliau bukanlah asing buat para peminat muzik Jazz di Malaysia , seringkali membuat persembahan kecil diserata tempat . Atilia dilihat tidak bosan menyanyikan lagu beliau walaupun tanpa perhatian besar daripada industry muzik .
“Bagi saya album terbaru ini lebih senang diterima . Dengan 2 buah album sebelum ini saya sedar memang agak susah nak terima . Harapan saya pada lagu berbahasa Melayu yang dimuatkan dalam album terbaru ini ”
Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah dilantik sebagai Duta Mahligai Impian . Mahligai Impian Catering & Events Sdn Bhd merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk servis perkahwinan , makanan dan apa jua majlis . Dengan operasi seramai 100 orang kakitangan dan telah mempunyai 5 cawangan di seluruh Malaysia iaitu Sungai Buloh, Seremban 2 , Melaka, Johor Bahru dan Kuantan .
Konsert yang sepatutnya berlangsung selama 2 hari tapi hanya dibuat sehari kerana penganjur menarik diri disaat-saat akhir , tetap itu tidak mematahkan semangat Datuk Ramli Sarip . Konsert Gala Pelarian yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 25 Ogos lalu walaupun ia adalah konsert makan malam , tapi segala alatan muzik yang dibawa dan lampu yang dihala bagaikan sebuah konsert .
Ia sememangnya sangat berjaya , Datuk Ramli bersama syarikat pengurusan beliau Rasa Music Sdn Bhd mengambil alih penganjuran ini dan membawanya ke idea yang berlainan . Kegembiraan jelas terpancar pada setiap peminat , ia adalah konsert yang menghiburkan tapi ia juga adalah konsert yang mempunyai misi dan perjuangan kemanusian .
“Gigil menggigil aku , Ku dengar suara kebesaran , Terbangun dari tidurku , Suara azan berkumandang”
“Mengenai lagu tu , Saya masih ingat masa tu semasa berada di rumah di ampang , saya bersama Fandi Ahmad . Dalam tiba-tiba tu dah pagi dan telah berkumandang azan dibeberapa buah surau , Saya masa tu di kawasan Melayu jadi azan memang sahut sahutan . Masa saya dengar waktu tu tiba-tiba muncul satu perasaan yang membuat saya sehingga menggigil dan menangis , memang bergema suara azan waktu itu dibeberapa buah surau dan tanpa berlengah kami mengambil air sembahyang . Dari situlah ia satu moment untuk saya menulis perasaan pada waktu itu ”
Datuk Ramli Sarip mengingatkan kembali bagaimana tanpa disedari idea itu datang , ia adalah waktu yang kita sendiri tidak jangka . Dan menceritakan bagaimana setiap lagu beliau sememangnya mempunyai setiap cerita disebaliknya . Dan itulah bagaimana lirik “Seruan” ditulis .
Jika muzik rock anda rasakan adalah sesuatu yang bingit , Muzik Underground memberikan lagi muzik yang lebih keras dan bebas . Kemasukkan muzik Underground di Malaysia dikatakan adalah pada tahun 80an , Tahun 80an dan 90an menjadi signifikan dengan berkembangnya pelbagai muzik seperti Heavy Metal , Thrash Metal , Death Metal , Grindcore dan Black Metal dan seterusnya pelbagai lagi cabang genre muzik Metal yang dipecahkan lagi . Di Asia Tenggara , Malaysia adalah negara yang mempunyai peminat yang begitu ramai pada waktu itu .
Tahun 80an dan 90an adalah fasa yang sangat penting buat muzik Metal diseluruh dunia , ia adalah dekad yang penuh sejarah . Tidak ketinggalan juga di Malaysia kumpulan-kumpulan Underground tempatan juga menghasilkan album yang bertaraf antarabangsa dan menjadi trend setting , jualan album-album kumpulan tempatan melebihi 50 000 unit . Jika muzik komersil menyebarkan maklumat melalui suratkhabar , tv , radio dan majalah . Waktu itu di Malaysia muzik Underground disebarkan melalui zine , perutusan surat antara peminat dengan peminat mahupun dengan band , ataupun melalui percakapan mulut .
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
25688
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23044
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
19849
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
17710
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
17700
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.