
40 tahun kumpulan rock tanahair Lefthanded bakal tampil dengan konsert rockestra yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 3 Jun di Plenary Hall KLCC, 8.30 malam. Lefthanded menampilkan Man Kidal (gitar) dan Datuk Nash (penyanyi), mereka disertai oleh Hafiz Dayak (dram), yang juga anak bekas pemain dram Lefthanded, Allahyarham Man Dayak, Ritz (gitar), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass)
Antara pengumuman terbaru mereka kali ini ialah 3 penyanyi jemputan yang akan memeriahkan lagi konsert ini antaranya Hazama , Yazid Lovehunters dan Hattan. Man Kidal yang ketika ditemui semasa latihan mereka pada awal minggu ini turut ditanya relevannya penyanyi jemputan bersama Lefthanded.
"Bagi saya 40 tahun ini sebenarnya macam kami nak bermula semula, dengan artis jemputan seperti Hazama, Yazid dan Hattan dan ramai yang tertanya-tanya mengapa Hazama? Hazama sebearnya di minta oleh penganjur iaitu Menara Network Sdn Bhd, tapi Hazama terus terang saya cakap dia memang minat dengan lagu-lagu kami dari segi range dan suaranya dia memang sesuai dengan lagu yang kami pilih, saya anggap beliau juga antara pelapis pada waktu ini, semestinya penyanyi jemputan juga akan menyanyikan lagu Lefthanded dan juga lagu mereka sendiri"
Man Kidal agak berterus terang bila ditanya penglibatan Lefthanded selama 40 tahun dalam industri muzik rock yang sepatutnya menjemput beberapa artis yang pernah terlibat secara terus dengan mereka
"Bagi saya untuk 40 tahun konsert ini kami akan teruskan , kami faham peminat kalau boleh nak yang asal tapi ini bukan ketentuan saya,peminat perlu faham mereka (bekas ahli) tetap keluarga saya tiada berbangkit isu dalaman"
Lefhanded yang bagaikan tiba-tiba muncul semula dengan konsert sebesar ini, terus menjadi tanda tanya mengenai kemunculan mereka akan diteruskan semula atau hanya untuk sebuah konsert ini sahaja
"Pertama, kami dah memang patah sayap (selepas kematian ahli mereka iaitu Allahyarham Samad dan Allahyarham Man Dayak) kami tak dapat mengelak, memang akan cuba cari pengganti tapi untuk saya meneruskan legasi ini adalah kerana anak Allahyarham Man Dayak, memang saya buat announcement akan serahkan Lefthanded ini pada dia, kerana dari awal kita ada prinsip, kita ada perjuangan, kita bukan untuk berlumba. Cuma kita susun, firstly yang buat Lefthanded perfect ialah ketiga tiga arwah (Allahyarham Samad, Allahyarham Man Dayak dan Allahyarham Arab). Tapi saya tak putus asa, kita ada lagu dan semangat perjuangan yang saya nampak dan tengok anak arwah Man Dayak menggantikan bapa beliau (posisi drum) , saya dan Dato Nash hanya memperjuangkan sahaja, kita dah ada direction sendiri, album solo sendiri, kita tak dapat commit 100%. Tapi setelah tengok dan bincang kita harus teruskan, Yan pun saya dah bincang sebelum ini dan buat benda yang kita hilang tu iaitu pengurusan tapi terus terang bagi saya Lefthanded ini lain, tanggungjawab berat kat muzik dan kami Lefthanded memang dari yang lain"
"Insyaallah jika konsert ini berjaya kami akan teruskan ke tempat lain, mungkin ramai tak percaya saya dah rugi banyak semasa PKP (Covid) dulu (Konsert Lefthanded terpaksa dibatalkan kerana PKP) . Tapi hari ini kita dapat tunjukkan pada peminat dan sekarang kami target untuk Sabah, Sarawak dan Singapore"
"Yang paling utama ialah peminat, setiap kali saya pergi show peminat akan tanya tentang Lefthanded , itu yang bagi saya semangat untuk teruskan"
Walaupun ramai yang seperti kecewa kerana tiket yang terlalu mahal Man Kidal dan Rio Rasul mempunyai rancangan mereka sendiri
"Orchestra ni memang eksklusif dan tempat yang berprestij tapi kita tak buat show orchestra sahaja, kami juga akan ke tempat lain nanti" Jelas Man Kidal
"Kalau kita tengok mana-mana band dalam dunia ni dia punya ultimate dream ialah bersama Orchestra, secara automatik bayangan proses dari lagu pertama hingga akhir ia akan menjadi expandable dan progresif, sama juga pengalaman saya dengan band sebelum ini dan terbaru dengan Lefthanded" jelas keybordist dan penggubah muzik Rio Rasul yang sebelum ini 2 kali terlibat bersama Wings bersama Orchestra.
Lefthanded Forty Years Rockestra , walaupun hanya beberapa hari tapi telah mencapat jualan yang diharapkan jelas Man Kidal dengan 70 peratus tiket telah terjual. Dan dapatkan tiket anda yang berharga RM99, RM158, RM238, RM288, RM328, RM488 dan RM588 (Meet & Greet) boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.