Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

05 Feb 2020 15:36

2020-02-07_02-45-08

2020-02-07_02-45-31

Penggunaan media dalam bentuk platform digital telah meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Bilangan peranti yang mampu menyokong media digital bersama-sama dengan peningkatan kelajuan akses internet, telah menyediakan pilihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan digital pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kebangkitan pemain media digital dipasaran tempatan seperti Netflix, iflix, Amazon Prime, VIU, dan banyak lagi, menggantikan media tradisional televisyen sebagai hub hiburan mereka yang tidak dapat disekat lagi.

Malah, di Malaysia sendiri, media tradisional televisyen juga tidak dapat mengelak untuk mengubah modul perniagaan mereka dengan mewujudkan platform online streaming.

Namun dari satu sisi lain, ini adalah suatu situasi yang sihat dari sudut pertumbuhan ekonomi kerana ia secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah nilai ekosistem baharu apabila menghubungkan penyedia kandungan (content provider) dengan pengguna kandungan (content consumer) secara lebih dekat.

 

Menyedari peningkatan dan permintaan kandungan digital yang semakin meningkat tanpa sempadan ini, Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu, Mr Mufe – My Lepak Buddy.

 

Dikandalikan oleh syarikat tempatan Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd., Mr Mufe- My Lepak Buddy bakal beroperasi sepenuhnya di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini dengan memberikan tumpuan terhadap kandungan utama dalam Bahasa Malaysia.

Tidak seperti platform online streaming yang lain, Mr Mufe – My Lepak Buddy hanya menawarkan kandungan-kandungan yang segar, tulen (original) dan terbaharu sahaja.

Kandungan-kandungan yang ditawarkan pula adalah sangat bervariasi yang terdiri daripada telefilem, drama bersiri, filem pendek, filem cereka, program realiti, gameshow, bual bicara, travelogue, masakan, kesihatan,  kecantikan dan banyak lagi.

Bagi kandungan yang sudah sedia ada (re-run), ia lebih tertumpu kepada filem tempatan yang telah tamat tempoh tayangan di pawagam tetapi tidak punya platform lain untuk filem mereka ditayangkan.

Pengasas & Pengerusi, Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd., Dato’ Sheikh Jamal Nasir berkata, platform ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi Blockchain baharu serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.

“Walaupun sudah ada platform Online Streaming atau OTT di Malaysia, namun pendekatan kami sama sekali berbeza kerana kami tidak paparkan program yang re-run atau yang sudah sedia ada kecuali filem cereka yang tidak memiliki mana-aman platform selepas filem mereka gagal bertahan untuk tempoh kurang dari 7 hari di pawagam.

“Selebihnya, kesemua kandungan yang kami sediakan di platform ini adalah yang bervariasi, segar, original dan terbaharu yang mana sebahagiannya kami  terbitkan sendiri atau yang diterbitkan syarikat produksi lain melalui kerjasama atau commission,”katanya lagi. 

Menurut Sheikh Jamal lagi, platform ini akan memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Malah, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun memggunakan platform Mr Mufe–My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka,”katanya lagi.

Majlis pre-pelancaran Mr Mufe-My Lepak Buddy yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses ini telah disempurnakan bekas Ketua Pengarah Finas, Dato’ Kamil Othman.

Kata Dato. Kamil Othman, inisiatif Mr Mufe dilihat sangat bagus dan berguna buat pencipta kandungan tempatan kerana pencipta kandungan memerlukan saluran untuk menghasilkan output kreatif mereka.

“Jika tidak, pemacuan ke arah keaslian dan pendedahan akan gagal. Di sinilah kritikalnya peranan Mr Mufe, lebih-lebih lagi jika model perniagaan adalah saksama  dan membolehkan pencipta kandungan untuk melabur semula dalam kandungan lain yang mungkin sedang mereka usahakan.

“Ia mencetuskan new breed SME yang mampu mencipta harta intelek yang mereka tahu dapat  menjana pendapatan jika ia dicipta dengan meletakkan penonton global di dalam fikiran,”katanya.

Apa yang menarik, platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini juga boleh ditonton secara PERCUMA. Muat turun platform ini dan anda boleh menikmati segala program yang terdapat di dalam platform Mr Mufe-My Lepak Buddy ini tanpa sebarang bayaran. 

Namun, kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran, namun bayaran yang dikenakan adalah sebanyak USD0.99 untuk per filem cereka.

Platform Mr Mufe –My Lepak Buddy ini juga tidak tertumpu hanya di Malaysia sahaja tetapi ia juga turut diwujudkan di beberapa Negara lain. Namun, bagi fasa yang pertama, platform ini akan mula beroperasi di Malaysia, United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India secara serentak terlebih dahulu dan bakal diikuti dengan negara-negara lain.

Untuk pengguna di Malaysia yang mahu menikmati kandungan platform Mr Mufe-My Lepak Buddy dari negara lain seperti United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia, dan India, bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak sebanyak USD2.99 sebulan (bayaran ini hanya tertakluk untuk sebuah platform dari sebuah Negara sahaja).

Namun, sebagai perkenalan mesra, bagi tempoh enam bulan pertama Mr Mufe – My Lepak Buddy beroperasi, pengguna berpeluang untuk menikmati semua kandungan platform ini dari negara lain secara percuma tetapi tidak termasuk Filem Cereka.

Meletakkan sasaran pengguna dari usia 9 sehingga 99 tahun, kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy juga boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. Ini kerana iklan selama 30 saat hanya dipaparkan pada awal kandungan sahaja tidak seperti platform percuma lain.

Harga iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD00.05 untuk tempoh masa 10 saat per slot.

Teknologi Blockchain baharu bersama sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing digunakan untuk memastikan kandungan-kandungan program Mr Mufe – My Lepak Buddy tidak menjadi mangsa cetak rompak.

Bagi mencapai matlamat untuk menjadi pemain media digital yang serius, Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd. mengalu-alukan kerjasama daripada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempatan. Peluang ini harus direbut bagi memastikan industri kreatif kita akan terus rancak dan bernafas di samping meningkatkan ekononomi penduduk dan Negara.




TERBARU

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.