Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

24 Nov 2018 02:43

2018-11-28_02-42-03

2018-11-28_02-42-35

Di atas pentas , Joe telah bermain gitar selama 32 tahun . Berpengalaman dengan penciptaan lagu sejak dahulu , mencipta nama bersama-sama kumpulan rock terkenal tanahair, Wings , kini bersama kumpulan terbaru beliau , Prime Domestic . Joe mengambil langkah berani sekali lagi apabila bakal tampil solo dalam persembahan beliau “The Best Of Joe” bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 9 Disember ini dengan harga tiket RM50

THE BEST OF JOE DI HARD ROCK CAFÉ KUALA LUMPUR

Persembahan solo ini bukannya bermakna Prime Domestic yang telah mengalami pengunduran beberapa ahli sebelum ini akan terus berpecah , persembahan solo beliau adalah untuk menghargai peminat beliau dalam menyampaikan lagu-lagu keras , Heavy Metal ciptaan beliau .

“Showcase pada 9 Disember nanti , iaitu The Best Of Joe akan memainkan lagu-lagu tulisan saya dari yang lepas-lepas . Tujuannya supaya dapat peminat saya yang masih ada boleh datang pada malam itu untuk sama-sama enjoy . Saya janjikan persembahan yang mantap .”

Malam itu Joe akan dibantu penyanyi yang popular dari music club , penyanyi pertama iaitu Zul daripada kumpulan Electric 5 dengan pengalaman 15 tahun , penyanyi kedua merangkap keyboardis Adi daripada kumpulan Soul Statue , pemain drum Ainol dan pemain bass Rozaimi .

“Persembahan solo ini berbeza dengan Prime Domestic , bila saya main bersama Prime Domestic dan main lagu-lagu lama saya ramai kata tak sesuai , jadi secara solo ni saya guna nama saya sendiri dan ia lebih tepat”

“Persembahan solo ni sememangnya dah lama saya nak buat tapi tak berpeluang , ini 100%” saya buat apa yang saya nak , saya masih ada Prime Domestic . Ini aktiviti untuk saya explore apa yang saya buat sebelum ini , bagi orang jelas apa yang telah saya buat . Ramai kawan nasihatkan saya inilah masanya”

“Banyak lagu-lagu saya terutamanya yang fast , heavy metal , yang tidak dapat main dengan kumpulan yang lama . Peminat sendiri minta lagu-lagu saya ketika era Mus dan Mel (Wings) . Baru sekarang saya berpeluang untuk main pasal dulu kena main lagu-lagu popular , ramai mat rock lebih suka dengan lagu berentak heavy ”

“Memang saya focus showcase ini kepada mereka yang tahu kerana mereka banyak interaksi terus dengan saya dalam page facebook , mereka dari dulu keep request lagu-lagu seperti ini . Malam itu bukan tertumpu pada era Mus dan Mel, tapi semasa Awie juga yang mana ada lagu jarang dimainkan tapi lebih kepada lagu ciptaan saya”  

ZUL BAKAL PENYANYI PRIME DOMESTIC

“Kalau malam itu Zul perform baik dan peminat saya terima dengan baik , saya akan ambil permanent kerana taknak bagi dia stress”

Bercerita mengenai vocal Zul yang menyerupai Awie , Joe menjelaskan

“Dia penyanyi club pandai copy , untuk nak buat album Zul ada 3 tone , tapi untuk gig atau album saya akan guna satu tone untuk dia”

“Influence Awie banyak penyanyi tetap ada , itu pengaruh awie . Tapi untuk Zul dia ada benda yang saya nak . Zul dulu pun ada anggotai Prime Domestic sekejap . Tapi saya nak yang dah ada achievement mainstream sebab tu saya ambil Aweera , tapi sampai masa semua dah tahu . Saya nak cari penyanyi yang betul-betul tight , seiring dengan band , tahu camana band beroperasi atas stage , kerana kita ambil penyanyi reality TV ni susah , mereka tak biasa dengan band . Mereka tak biasa menyanyi satu jam , satu jam setengah”

“Kalau live band kita ada bahasa kita supaya kita boleh tutup kesilapan kita agar orang tak tahu . Penyanyi reality TV memang takde benda tu . Macam saya zaman kami meletup sejak zaman orang kahwin kami start , generasi kita berbeza , lepas tu kami main club masa tu interview radio je kira dah popular . TV jarang sekali , lepas itu minta , ini minta , lepas TV kena marah itupun bagi satu slot . Lepas tu kena ikat rambut , tapi mereka (Realiti TV) ini berbeza terus meletup kat TV . Itu yang mereka ada lost kat situ , mereka punya lost pun pergi kat band . Ini semua punca mereka tak pernah main dengan band , selalu main dengan minus one , jadi benda tu perlukan pengalaman . Kalau pergi ke TV dan meletup , memang popular . Kalau nak ambil , lepas ni takkan ambil penyanyi reality TV , bukan pasal mereka tak bagus , macam terlambat nak ajar”

“Zaman kita tak macam tu , kita dapat pengalaman sikit-sikit , jadi kita bersedia”

MENGENAI KARIER TURUN NAIK JOE

“Saya tak perlu pandang ke belakang , sebab saya dah biasa memang asam garam”

“Takpe , saya dah lalui lagi hebat dari itu , pengalaman saya lebih hebat , tak heran laa . Saya memang ada kenal siapa kawan dan siapa lawan , benda tu kita dah tahu , Cuma biar kita-kita je , saya tak fikir sangat , kita tak boleh elak, Cuma saya kecikkan padang saya tapi semua hijau dari padang besar tapi semua kuning dan penuh lalang”

PENGALAMAN 32 TAHUN

“32 tahun dah takde benda nak capai , muzik ni makan jiwa . sesekali saya nak kena perform , saya perlukan benda camni untuk hiburkan saya”

“Mengenai Prime Domestic macam band lain juga , kita akan tetap teruskan , tetap akan buat album , kita assume industry ni takde masalah walaupun macam-macam masalah , sebab kalau kita cerita masalah mereka takkan ada semangat nak buat band”




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.