Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

08 Oct 2018 20:40

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih

Konsert 30 Tahun “Doa Buat Kekasih” bersama Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim akhirnya telah berakhir pada malam Sabtu lalu di Istana Budaya , kedua penyanyi lagenda ini telah menterjemahkan konsert pada malam itu dengan penuh perasaan dan mereka adalah duet yang akan dikenang sepanjang zaman .

Keserasian antara kedua penyanyi ini cukup terserlah apatah lagi karier mereka berdua , sama-sama bermula di Singapura . Sepanjang karier Datuk Ramli Sarip bukanlah hanya pernah berduet bersama Dato Khadijah Ibrahim, beliau telah bersama dengan pelbagai penyanyi daripada pelbagai zaman  , dan menariknya kesemua lagu duet beliau bersama artis-artis lain cukup menyerlah daripada segi lirik dan lagu .

DUET SEPANJANG ZAMAN

Lagu “Doa Buat Kekasih” adalah lagu yang cukup memberikan memori , 30 tahun telah berlalu , lagu duet beliau bersama Dato Khadijah Ibrahim yang akan terus menjadi siulan pelbagai generasi .

Konsert yang bermula pada jam 8.45 bermula dengan duet mereka melalui lagu-lagu “Ku Miliki Bayang Mu” , “Lagu Zaman” , “Zapin Berperi” dan “Insan Mulia” . Lagu-lagu yang dimainkan cukup terserlah , menghayati lirik yang begitu memberi makna dengan suara kedua mereka yang mantap yang diketahui berada dikelas tersendiri .

Harus dipuji dengan pentas dan lampu yang memberikan kesan kepada keseluruhan konsert ini , kesan bunyi yang mantap memberikan lagi momentum nyanyian duet mereka , bagaikan membawa kita menghayati lagu-lagu lama serta sentuhan alatan muzik terus memberikankan kesegaran buat setiap lagu , begitu mengharapkan set ini berpanjangan dengan lagu-lagu klasik mereka . Tapi set solo Dato Khadijah Ibrahim seterusnya membuktikan beliau masih mantap sebagai penyanyi pada usia emas .

PERSEMBAHAN MANTAP DATO KHADIJAH IBRAHIM

Persembahan ini bukan sahaja mengenai lagu-lagu duet mereka sahaja , set solo Dato Khadijah membawa kita dengan lagu-lagu yang telah menaikkan nama beliau, “Ku Sangka Siang Kiranya Malam” adalah lagi sebuah lagu yang begitu menggamit kenangan , lagu daripada album sulung beliau yang dikeluarkan pada tahun 1979 . Hingga pada usia ini suara beliau masih lagi kekal mantap . Di teruskan lagi dengan lagu rock , “Halimunan” dan  “Nyanyian Tanjung Sepi” bersama anak beliau Rohani, lagu yang sebenarnya duet bersama Allahyarhamah Rosiah Chik , mengisahkan perkampungan di Singapura .

Diterus dengan lagu “Everyday Girl” ia adalah lagu daripada album kedua dan album penuh English pertama beliau dan di akhiri dengan lagu “Ku Gembira Di Samping Mu” dan “Ke Pendam Sebuah Duka”

Ini adalah antara lagu-lagu terbaik beliau , buat peminat Dato Khadijah Ibrahim ia pasti persembahan yang memukau , buat anak muda yang hadir pada malam itu pula ia adalah satu persembahan pembuka mata.

Rock N Roll DATUK RAMLI SARIP

Lagu “Tersendiri” membuka set solo Ramli Sarip, ia adalah lagu yang perlahan tapi mempunyai semangat yang terpendam yang membara dan diluahkan pada lagu seterusnya “Budaya” , “Papa Rock” Ramli Sarip begitu menyerlah pada saat ini , “Jikalau Berkasih” terus panaskan suasana Istana Budaya  , apatah lagi dengan lagu seterusnya “Keliru” .

Perlu diberi perhatian dengan muzik yang di persembahkan , “improvised” setiap lagu beliau sentiasa dilakukan pada setiap lagu , ia seterusnya memberikan sebuah lagu yang padat dan lebih keras , dengan penambahan solo gitar dan keyboard , tidak hairanlah setiap lagu beliau sentiasa kedengaran segar .

Lagu “Batu” ,“Teratai” , “Zakia” dan “Jangan Tunggu Lama-Lama” menghangatkan persembahan Datuk Ramli Sarip dan menutup set solo beliau .

LAGU-LAGU YANG BERJIWA

Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim kembali bersatu diatas pentas , dengan nyanyian “Joget Hilang Berganti” dan “Dondang” , Mereka berdua turut menyanyikan lagu “Proud Mary” oleh Tina Tunner, lagu yang seringkali dinyanyikan oleh Dato Khadijah Ibrahim semasa awal karier beliau . Lagu penutup tentunya “Doa Buat Kekasih” dan “Kamelia” .

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih akhirnya melabuhkan tirainya , ia adalah persembahan yang padat , lagu-lagu duet antara Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim jika dihayati liriknya begitu berjiwa , inilah yang seringkali dikatakan oleh Datuk Ramli Sarip, peranan lirik sebenarnya memainkan peranan bukan hanya sekadar ada dan ikutan fesyen semata .

Lagu-lagu inilah yang akan mewarnai industri hiburan dan terus menjadi siualan walaupun telah berdekad berlalu .




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.