Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

04 Apr 2018 19:33

“Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018”

Lagu duet Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim , “Doa Buat Kekasih” kini telah mencecah lebih 30 tahun lamanya , dengan deretan lagu duet antara mereka berdua , lagu “Doa Buat Kekasih” yang telah menjadi evergreen dan diminati ramai  , hinggakan anak muda pada zaman ini boleh bersiul dan menghafal setiap liriknya .

Untuk terus mengekalkan nostalgia dan mengimbau kenangan , Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim bakal mengadakan konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” .

Beberapa negeri mereka akan singgah dan tentunya di Kuala Lumpur , pada 6 Oktober 2018 nanti bertempat di Istana Budaya akan bergema lagu-lagu klasik antara mereka berdua .

Pastinya juga mereka akan berada di Singapura untuk konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” , negeri lain seperti Johor , Terengganu , Melaka , Alor Star , Kuching dan Kota Kinabalu tidak diketepikan untuk merasai bersama lagu-lagu merdu antara mereka berdua , walaupun ianya berupa showcase , namun Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim tidak menghampakan harapan peminat untuk melihat mereka beraksi ditanah air sendiri .

Ketika ditemui semasa sidang media di Istana Budaya pada petang Selasa , Datuk Ramli mula membuka bicara mengenai sejarah lagu “Doa Buat Kekasih”

“Selalunya pasangan hidup yang kita lalui akan berakhir secara sejuk atau panas , sebenarnya ianya tak perlu berlaku dalam hidup kita, kerana dalam hidup kita ada turun dan naik . Saya memberitahu kepada penulis lirik , tidak selalunya dalam hidup kita merasakan benda yang indah dan manis sentiasa dan setelah hilang kemanisan dan pudar, kita mula merasa jauh dan tidak suka dan timbul dendam serta ketidak puasan hati dalam percintaan dan rumahtangga”

“Pada saya benda ini tak perlu terjadi , kalau nak menjadi pencinta yang sejati dan tulen kita harus lucutkan semua rasa dendam , rasa tidak kepuasan hati dan harus doakan walaupun jiwa merasa sangat pahit dan tidak suka tapi kita kena terima , doakan yang lebih telus dan baik , insyaAllah kita akan nikmati suatu percintaan yang luar biasa dalam hidup . Itulah lahirnya lirik lagu ‘Doa Buat Kekasih’ ”

Datuk Ramli mula membuka kisah satu persatu dalam mengimbas kenangan 30 tahun yang lalu dan bagaimana lagu “Doa Buat Kekasih” dihasilkan

“Saya taktahu apa-apa , saya hanya duduk dan ada gitar sahaja , masa itu saya baru sahaja siapkan rakaman kumpulan Lefthanded . Lalu saya senandungkan tapi disitu ada 2 atau 3 orang , bila mereka mendengarnya mereka menangis , bila saya tanya mereka kenapa menangis , mereka mengatakan melodinya sangat menyentuh , masa itu belum ada lirik lagi . Saya rasa lagu ini ada rasa melayu yang dalam dan kalau disertakan dengan lirik yang berkesan saya rasa ia akan jadi satu benda yang positif . Lagu ini ada magisnya”

“Lagu ini ada dalam fikiran saya waktu itu , saya rasa lagunya , melodinya tak perlu ribut kerana lagu dan melodinya sudah begitu , saya rasa kemasukkan Datuk Khadijah seimbang , biasa kalau saya menyanyi saya nak dominate , tiada siapa boleh kacau saya punya feel . Saya rasa kekuatan suara Datuk Khadijah ialah low tune yang kuat . Saya pernah cuba dengan penyanyi lain waktu itu , tapi tidak boleh sampai dengan apa yang saya nak , Tapi kehadiran Datuk Khadijah dalam lagu ‘Doa Buat Kekasih’ sangat senang dan santai ”

“Saya rasa , saya penyanyi lagu duet yang paling banyak sekali bernyanyi dengan penyanyi pro dan tak pro dengan lagu ini”

Datuk Khadijah Ibrahim yang turut sama ketika sidang media tersebut turut berkongsi pengalaman ketika rakaman lagu “Doa Buat Kekasih”

“Bukan senang nak nyanyi lagu ‘Doa buat kekasih’ dalam studio bersama beliau , saya rasa sampai bergaduhlah , sebabnya Datuk Ramli nak conquer semuanya , beliau lupa yang ni lagu duet , saya beranikan diri dan berkata hello brother u ada sis yang menyanyi bersama . Bila kerja dengan beliau , Datuk Ramli tahu saya punya range suara , suara beliau pula dengan rockersnya . Bagi saya ‘Doa Buat Kekasih’ dalam studio tu adalah satu sejarah”

“Masa mula-mula pergi studio saya rasa macam pergi picnic sebab banyak makanan dalam studio , ini nak menyanyi ke nak makan . Yang keduanya dah buat latihan dan bila masuk studio beliau nak nyanyi sorang , saya kata ni lagu duet . Setiap kali saya memandang kebelakang ketika buat lagu ‘Doa Buat Kekasih’ , sampai satu tahap saya pernah keluar dari studio , sebab beliau tak faham-faham lagi ni lagu duet , Beliau tahu benda ni serius dan perlu tumpukan dengan rakaman, akhirnya dan inilah hasil ‘Doa Buat Kekasih’ ”

Sebenarnya bukan satu tapi ada 2 album lagu duet antara Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim , lagu-lagu dan suara mereka sentiasa serasi bersama .

Menurut Datuk Ramli , konsert ini bukan duet semata tapi mereka berdua akan turut menyanyikan lagu-lagu popular masing-masing yang jelasnya kedua mereka telah berada didalam bidang jenis berdekad lamanya .

“Saya teruja menemui saat ini , moga diberi keberkatan dalam persembahan ini”

Datuk Ramli yang semakin hari semakin berusia namun tenaga yang masih ada tidak pernah disia siakan dalam membuat konsert dan persembahan yang berterusan setiap tahun . Peminat beliau yang sentiasa menyokong dalam setiap konsert kerana keunikkan yang ditampilkan didalam persembahan beliau dengan lagu-lagu yang diolah semula untuk memberikan persembahan yang lebih meyakinkan dan lebih perasaan  .

Konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” akan diiringi oleh kumpulan muzik Soul Journey

Tiket-tiket konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” di Istana Budaya pada 6 Oktober nanti telah mula dijual dengan harga RM400, RM350, RM200, RM150 dan RM100 boleh dibeli di Istana Budaya atau secara dalam talian dengan melayari www.ilassotickets.com




TERBARU

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.