SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

02 Apr 2018 20:18

29750176_10155547799175847_2953994906122349205_o

Dua kumpulan yang berlainan genre telah bertemu dibawah satu bumbung sebuah label iaitu Bysnc Live , kini bakal digandingkan lagi dalam sebuah showcase dan seterusnya melancarkan album mereka  . Ia adalah sebuah usaha yang cukup meyakinkan oleh Bysnc Live untuk mengeluarkan album buat kumpulan muzik Underground tempatan , terutamanya daripada arena muzik Metal dan Muzik Oi !

Buat peminat muzik Underground Metal , Kumpulan SIL KHANNAZ ialah sebuah nama besar dalam scene muzik Metal, mereka telah mengeluarkan 5 buah album dan juga 2 EP . Album pertama mereka yang bertajuk “Conception Of Madness” yang dikeluarkan pada tahun 1993 telah mencapai jualan puluhan ribu unit , dan rilisan mereka yang begitu klasik ialah album ke-2 iaitu “Gerbang Kayangan” yang dikeluarkan pada tahun 1997 , adalah album yang telah mencorakkan semula scene Muzik Metal tempatan dan terus mencapai jualan melebihi 100 ribu unit .

Keluaran mereka yang terakhir merupakan sebuah EP yang bertajuk “Thunder Roar” pada tahun 2015 dan telah dikeluarkan dalam pelbagai format iaitu CD, Kaset dan Piring Hitam .

Kini Sil Khannaz bakal kembali dengan album ke-6 yang bertajuk “Tawanan Dosa” . “Tawanan Dosa” menampilkan 6 buah lagu , 2 lagu live recording dan 1 lagu bonus . Album ini yang telah dirakamkan semenjak 7 tahun yang lalu dan baru tahun ini di lakukan proses mixing dan mastering  , ia adalah penangguhan yang cukup lama dan pastinya corak muzik mereka menjadi suatu penantian buat peminat muzik Metal . Album ini bakal dilancarkan pada 7 April ini bersama dengan showcase mereka yang cukup istimewa di The Slate Herritage Row Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur .

Sil Khannaz menampilkan Jaie Jokhannaz (Vokal) , Dark-E (Guitar) , Roi (Guitar) , Neer Hashirim (Bass) dan Afdzan (Drum) .

UNCURE walaupun tampil dengan album sulung yang bertajuk “Bengang” , dibelakangnya adalah individu yang berpengalaman iaitu Anas dan Zul yang merupakan anggota kumpulan A.C.A.B yang merupakan “Godfather Of Skinhead/Oi”

Uncure sebenarnya telah ditubuhkan semenjak tahun 1996 dan setelah 21 tahun mereka bersama kumpulan A.C.A.B , mereka kini meneruskan semula perjalanan bersama Uncure dengan merakamkan single bersama Bsync dan ia terus melonjakkan nama mereka dengan mendapat jemputan di gig tempatan .

“Bengang” yang merupakan album sulung mereka menampilkan 8 buah lagu iaitu 4 buah lagu studio dan 4 lagu yang dirakamkan secara live di studio.

Uncure menampilkan Anas (Gitar/Vokal) Zul (Bass/Vokal) , Yantoq (Guitar) dan Vei (drums) .

Album sulung Kumpulan Uncure “Bengang” akan turut di lancarkan pada 7 April di The Slate Herritage Row Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur . Ia pastinya menarik dengan lagu-lagu yang sing-a-long mereka .

Kedua-dua kumpulan ini bakal bersatu diatas pentas , mempersembahkan muzik daripada 2 genre , ia bukan mengenai perbezaan tapi mengenai sifat kawan dan bersatu dibawah bumbung .

Mereka bukan sahaja akan bermain di Kuala Lumpur , selepas ini mereka akan melalui beberapa negeri dalam rangka jelajah bersama di beberapa negeri di Malaysia antaranya di Miri , Kota Kinabalu , Ipoh , Penang , Kuantan , Johor Bahru dan beberapa negeri lagi

Persembahan ini juga akan turut dimeriahkan lagi dengan 2 buah kumpulan daripada muzik Brutal Death Metal iaitu Sick Society , mereka yang telah melancarkan album terbaru kini sibuk dengan gig , kemunculan Sick Society bakal memecahkan suasana pada hari tersebut .

Disisi lain , kumpulan Oi! The Offside juga akan turut berada diatas pentas untuk bersama-sama lagi dalam membawakan kepelbagaian genre muzikal , ia tentunya akan memeriahkan lagi persembahan pada hari tersebut .

Persembahan dan juga pelancaran album kumpulan Sil Khannaz dan Uncure bakal diadakan di The Slate Herritage Row Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur . Pada 7 April 2018 (Sabtu) dengan tiket RM40 , pintu akan dibuka seawall jam 5 petang . Album kumpulan Sil Khannaz dan Uncure boleh didapati dalam format digipak dan baju juga boleh didapati pada hari tersebut . Setiap pembelian CD akan dapat percuma poster .




TERBARU

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.