Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

04 Dec 2017 18:50

Public Distortion 2017

Public Distortion 2017

Hanya 5 hari sahaja yang tinggal sebelum Public Distortion 2017 memulakan konsert , konsert yang bakal diadakan pada 9 Disember nanti di Oasis Square , Oasis Ara Damansara semakin ‘panas’ . 2 kumpulan yang bakal beraksi iaitu Prime Domestic dan XPDC, bakal memecah suasana Oasis Square . Pada waktu ini kolam telah dikeringkan dan dibentangkan karpet untuk keselesaan dan keselamatan , pentas besar akan didirikan . Segala perancangan telah berjalan dengan lancer .

AMY SEARCH TAMPIL KHAS UNTUK KONSERT PUBLIC DISTORTION

Malah kehebatan 2 kumpulan yang bakal beraksi ini akan turut menampilkan penyanyi Search iaitu Amy, ia adalah sangat menarik , apatah lagi Search yang baru sahaja mengeluarkan album terbaru mereka , kemunculan Amy pastinya amat dinantikan .

“Mereka adalah rakan saya sejak berpuluh tahun , ini adalah tanggungjawab saya untuk memberi moral support terutama Joe dan Hillary”

Amy yang ditemui ketika pengumuman khas kemunculan beliau untuk konsert ini di Oasis Square , ketika diminta mengulas mengenai kemunculan beliau . Malah ketika diminta mengulas mengenai pertemuan mereka , Amy menyambung

“Saya rasa Prime Domestic adalah sebuah band yang ada ‘chemistry’ untuk menghasilkan sesuatu . Hillary dan Joe datang jumpa saya , dan saya takde masalah untuk terlibat didalam konsert ini , asalkan jadual saya kosong”

Joe yang turut memberi ulasan , menyatakan kehadiran Amy Search adalah sesuatu yang menarik , apatah lagi untuk persembahan Prime Domestic sebelum ini , mereka seringkali membawakan juga lagu-lagu Search ketika Hillary bersama mereka .

XPDC DI SABOTAJ

Lain pula buat XPDC , XPDC yang akan tampil didalam konsert Public Distortion ini adalah daripada barisan ahli Izo , Lola , Ali dan Eddie telah disabotaj . Peminat mengetahui bahwa sejak dahulu lagi perbalahan antara ahli asal XPDC hinggakan terdapat 2 kumpulan XPDC dengan nama yang sama tapi individu yang berbeza .

Ketidakpuasan hati mereka terpancar ketika ditemui semasa sidang akhbar yang sama , Lola yang meluah perasaan perkara ini menyatakan ada individu yang cuba mensabotaj konsert ini malah lebih buat mereka marah ialah apabila individu yang sama juga cuba mempengaruhi didalam media social untuk memboikot konsert ini dan juga memboikot Joe dan Prime Domestic .

“Ada anasair untuk sabotaj konsert ini . XPDC ada 2 iaitu vokalis mael dan Ali . Memang ada pihak yang tak berkenan dengan kami , hinggakan buat kenyataan dalam facebook dan mereka cuba jatuhkan konsert ini dan tulis jangan sokong serta boikot Prime Domestic dan boikot Joe”

“Kami senang je , tak payah nak jatuhkan konsert ini walaupun tak sokong kami tapi tak perlulah nak jatuhkan sekali dengan Joe”

“Sejak diumumkan konsert ini ada pihak yang tidak senang , saya minta mereka hentikanlah . Kami akan ambil tindakan dan bawa ke Mahkamah . Kami ada semua bukti dalam facebook semua kami dah kumpul malah ada yang hubungi kami sendiri ”

“Orang tersebut kami tahu , yang buat kami marah dia cuba nak boikot Joe dan boikot konsert ini”

Menurut Lola , mereka sendiri telah membuat laporan Polis sebelum ini iaitu sebelum mereka berangkat ke Eropah .

Walaupun perkara sensasi ini boleh dilihat sebagai satu publisiti , namun kelihatan XPDC bersama Izo tidak senang dengan apa yang berlaku kerana ia membabitkan kumpulan Prime Domestic dan Joe .

PUBLIC DISTORTION 2017 KEKAL LANCAR

Joe yang tidak mahu melayan perkara ini , jelas tetap positif dengan perancangan beliau . Dengan pengumuman Amy Search sebagai sebahagian daripada konsert , Joe tetap tidak mahu menceritakan rancangan perjalanan konsert ini .

“Saya ada banyak rancangan , tapi tak perlu nak ceritakan , kita lihat dahulu baru tau”

Konsert Public Distortion 2017 anjuran bersama J&J Rochestra dan Life Space di Oasis Square , Oasis Damansara bermula pada pukul 9 malam , tiket-tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com

Harga Tiket

Cat 1 : RM  68.00 (Ticket Only)

Cat 2 : RM  83.00 (Ticket + Prime Domestic 1st Album PRIMA DOMESTIKA)

Cat 3 : RM 118.00 (Ticket + Prime Domestic 1st Album PRIMA DOMESTIKA + Concert T-Shirt)

Cat 4 : RM 103.00 (Ticket + Concert T-Shirt)

Cat 5 : RM 200.00 (Ticket "Roof Top" + Light Meal + Discount 40% for official Merchandise)

Cat Children : RM  34.00 (Ticket Only, 4 - 15 Years old)

** CATEGORY 2 to 5 are available until 16 NOV 2017 ONLY **

Cat 5 Tickets

Rooftop 1 - Roulette

Rooftop 2 - Oasis Sky Bar

Rooftop 3 - San Nae Deul

Rooftop 4 - De Thai 

Purchase ticket(s) from:

  • iLasso website @ https://www.ilassotickets.com
  • iLasso ticketing outlets as below:
    • Rock Corner The Garden
    • Victoria Music Sungai Wang
    • Victoria Music Amcorp Mall
  • Hard Rock Cafe @ Jalan Sultan Ismail (CAT 1 Ticket & Cash term ONLY)
  • House Restaurant G Tower @ Jalan Tun Razak (CAT 1 Ticket & Cash term ONLY)




TERBARU

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.