ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

16 Nov 2017 17:53

Zahid Ahmad "Tuk Tak Mana Melayunya"

Zahid Ahmad "Tuk Tak Mana Melayunya"

“Tuk Tak Mana Melayunya” , ia adalah satu lontaran soalan dan dalam masa yang sama ia juga merupakan tajuk album sulung oleh Zahid Ahmad yang telah merakamkan bersama rakan-rakan pemuziknya yang sangat professional dan berkaliber dalam bidang masing-masing . Projek yang memakan masa yang lama ini adalah usaha sendiri Zahid Ahmad dalam untuk membuktikan kebolehan beliau .

Dengan genre muzik Jazz / fusion dan suntikan elemen Melayu , setiap muzik didalam album “Tuk Tak Mana Melayunya” sebenarnya adalah bagaikan satu jawapan untuk persoalan beliau sendiri .

ZAHID AHMAD BERMULA BERSAMA KUMPULAN ROCK SPLIT TIMES

Beliau sebenarnya adalah seorang pemain drum professional yang telah menjadi sessionist untuk berpuluh artis di Malaysia semenjak tahun 80an lagi , daripada artis solo hingga ke kumpulan muzik rock mahupun pop . Dilahirkan pada tahun 1966 dan berjinak dengan muzik seawal usia 10 tahun .

Beliau juga pernah menganggotai kumpulan rock Split Times yang mana vokalis mereka ialah Joey BPR dan telah menghasilkan album pada tahun 1978 yang bertajuk “Degil” , Split Times adalah kumpulan rock terawal yang pernah merakamkan album di Malaysia , pada waktu itu selain mereka yang pernah merakamkan album rock ialah kumpulan Sweet Charity yang berasal daripada Singapura . Split Times hanya sempat mengeluarkan 2 buah album , dan Zahid Ahmad sebagai drummer hanya sempat bersama untuk album pertama sahaja .

Dengan pengalaman bersama kumpulan Split Times banyak mengajar beliau dan selepas itu beliau lebih senang sebagai sessionist

“Sudah 40 tahun saya dalam bidang muzikZahid Ahmad memulakan bicara ketika ditemui di WOWKL

“Saya dah mula minat muzik ni sejak umur 10 tahun lagi . Band pertama saya ialah Split Times dan kami telah merakamkan album sebelum kumpulan Search , vokalis masa tu Joey BPR yang mana saya dan beliau hanya sempat untuk album pertama sahaja ”

“Selepas itu , saya dah set untuk jadi sessionist , sebab saya ni tak campur orang dan susah nak manage group”

Jika ingin diukur kejayaan , ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat , sebagai seorang yang bekerja dibelakang tabir setiap kejayaan seseorang artis pastinya ada lagi orang lain lagi yang bukan sahaja mencipta lagu dan menulis lirik tapi antaranya menghasilkan rentak melalui ketukan drum .

Bekerja di Roslan Aziz Production selama 12 tahun, antara yang tidak boleh dilupakan beliau ialah ketika berjayanya dengan lagu “Hijau” oleh Zainal Abidin dan juga kejayaan Sheila Majid , Zahid Ahmad adalah antaranya mereka yang dibelakang tabir . Ia adalah keunikkan yang telah dihasilkan melalui lagu-lagu tersebut , ia bukan lagu-lagu biasa tapi ia adalah lagu yang berjaya .

“12 tahun saya bekerja disana bagaikan takde life , sebab saya sentiasa ikut artis menjelajah dan buat album , saya kat sana bukan sahaja sebagai drummer tapi Music Direction bukan Director , iaitu orang yang akan menentukan bagaimana sesuatu muzik yang akan dihasilkan”

Beliau sebelum ini pernah mengajar muzik di beberapa pengajian tinggi swasta dan awam antaranya di UPSI , UM, UiTM dan ICOM

“Sekarang saya dah tak mengajar kat mana-mana , sebab Universiti sekarang dah tak ada budget”

Menyelungsuri kehidupan sebagai sebagai seorang pemuzik , beliau meluahkan kekecewaan tapi ia bukan bermakna beliau berputus asa

“Nak buat kerja sebagai sessionist sekarang susah , dah takde job . Semua tak ada budget , itu yang buat market kita susah . Tapi ia bukan alasan untuk kita tak maju . Kadang-kadang setahun tak ada show . Sebab tu kita marah kalau orang panggil asyik cakap nak free . Tapi ini bukan alasan dan bukan nak blame sesiapa”

“Ini juga antara sebab saya nak buat album , ia juga membantu saya untuk terus berkarya dalam industry hiburan”

ALBUM “TUK TAK MANA MELAYUNYA” HASIL TERBAIK ZAHID AHMAD

Album ini mempunyai 11 buah lagu yang bertemakan Modern Jazz & Fusion , mengangkat rentak dan rasa alunan Nusantara yang kaya dengan aspek mistik , selain mengetengahkan pengaruh elemen muzikal dan alatan muzik dari serata Indonesia , Malaysia , Thailand dan China .

“Sebagai manunsia saya nak kepuasan , itulah antara sebab terhasilnya album ini . Saya nak main dan hasilkan album ini sebab dah tak ada nak beri rangsangan untuk anak muda dan jadikan ia sesuatu yang menarik” Jawab Zahid Ahmad

“Dan ini juga mata pencarian saya , saya kena buat . Dengan terhasilnya album ini , saya sendiri akan buat show”

“Tuk Tak Mana Melayunya” adalah sebuah karya yang bukan mainstream , ia adalah hasil yang penuh seni dan apabila ditanya mengenai keyakinan beliau dalam menghasilkan album sulung ini , Zahid Ahmad tidak fikir banyak dan terus menjawab

“Setiap orang ada caranya macam menulis setiap tulisan tu tak sama dan ada gayanya , sama juga dalam muzik , kalau sama tak bagus juga , saya harap dengan album ini peminat akan berkembang . Album ini memang lain , sebab tu muzik kita teruk sebab orang tak tahu dan tak reti dengar muzik instrumental”

“Kami berbeza , muzik yang kami main akan lebih dihargai oleh pelajar yang belajar muzik dan juga pemuzik sebab ia bagaikan matematik untuk pemuzik . Orang yang belajar muzik akan faham sebab saya guna time signature yang berbeza . Ada lagu yang saya guna 15/8 , macam lagu “Journey” saya guna 20/8 . Tidak seperti lagu Melayu biasa yang guna 4/4 . Jadi orang yang faham akan lebih hargai”

Ini adalah album yang lain dari yang lain , beliau ditanya apa perkara utama dalam menghasilkan album seperti ini

“Tentunya kesedapan . Sebenarnya susah nak cakap , susah nak brand (genre) . Kita nak buat sesedap yang mungkin . Pop value – saya akan terapkan selagi boleh dengan elemen Melayu”

“Proses 10 tahun saya buat untuk album ini , mesti lagu sedap yang saya nak , macam saya buat dengan Sheila dan Zainal , sama juga apa yang saya nak sekarang”

Zahid Ahmad terus ditanya lagi mengenai apakah matlamat yang ingin dicapai dan ditunjukkan kepada generasi masa kini

“Saya nak budak kita belajar drum , siapa sangka main drum boleh cipta lagu . Saya nak budak kita jadi independent . Muzik sekarang luas bukan macam dulu , yang kita selalu sembang pasal hal dulu tapi tak ada proof sebab kita tak menulis . Saya nak antara orang yang menyalakannya”

“Macam Zahid Ahmad , ada buku dan ada album . Saya nak ada proof , barulaa kita boleh cerita pasal siapa Zahid Ahmad dan buktikan . Buatlah album independent dan berniaga . Ini semua mengharap . Yang paling penting kita percaya apa yang kita buat . Budak-budak sekarang banyak menunggu dan tak buat apa-apa , at least saya buat . Saya nak jadi inspirasi”

Zahid Ahmad telah pun menghasilkan buku latihan drum satu jilid dan bakal mengeluarkan lagi 3 jilid pada masa akan datang . Beliau juga ada menulis buku mengenai perjalanan hidup sebagai seorang pemuzik dan kini menunggu sponsor kerana banyak duit telah dihabiskan untuk menghasilkan album “Tuk Tak Mana Melayunya”

“Tuk Tak Mana Melayunya” merupakan persoalan yang telah dilemparkan , apabila ditanya lagi maksud yang digunakan Zahid Ahmad bagaikan berkias

“Kalau kita sebut laju-laju tuk tak tu akan jadi tau tak , maknanya Tau Tak Mana Melayunya . Adakah Melayu kita daripada diri , alat atau perbuatannya? Kadang-kadang saya tengok kita sibuk bergaduh dengan Indonesia . Bagi saya baik kita buktikan dengan buat sesuatu . Dan ini (album) yang saya nak buat . Masa saya mengajar kat university , ada yang malu nak buat joget , jadi saya tanya kenapa? Sebab tak bagus macam yang barat . Ini yang buat saya marah , kalau Joget tak best , buatlah sampai jadi bagus , sampai bangga dengan Joget”

Tuk Tak Mana Melayunya” bukanlah album semata , ia adalah inspirasi dan matlamat Zahid Ahmad . Kenyataannya jelas membuka mata kita , perjuangan muzik dan seni Melayu beliau jelas terpapar.

Irama lunak dan menyentuh jiwa daripada seni permainan muzik tradisional pastinya dapat dihargai melalui lagu seperti “Kota Ajaib” , “Rahasia” , “Tuk Tak” dan “Journey” . Antara komposisi yang mempunyai vocal dengan diberi ialah “Kisah Antara” , gandingan hebat 4 vokalis iaitu Allan G. Murillon , Cathay Suello , Badar Fawzy dan Moq Ismail Muhammad Ali .

Album yang telah di ‘mastering’ di Australia , kini boleh didapati disemua platform digital iaitu Apple Itunes , Amazon dan CDBaby.com .




TERBARU

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.