Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

09 Nov 2017 03:58

Prime Domestic

Prime Domestic

Gabungan dua kumpulan rock tanahair bakal bergema didalam Konsert Public Distortion 2017 pada 9 Disember nanti di Oasis Square , Oasis Damansara . Saling bersebelahan ialah kumpulan Prime Domestic dan XPDC , ia bukanlah konsert pertembungan antara 2 kumpulan . Tapi bersama-sama dalam menaikkan scene muzik rock tanahair .

Prime Domestic yang kini adalah kumpulan utama buat Joe dan Hillary Ang , adalah gabungan daripada empat generasi pemuzik rock dan XPDC bersama Izo telah menempa namanya didalam arena muzik rock tempatan dengan sejarah mereka yang tersendiri .

MENJANJIKAN KUALITI BUNYI DAN KESELESAAN PEMINAT

Konsert anjuran bersama J&J Rochestra dan Lifespace yang akan diadakan pada 9 Disember ini di Oasis Square , Oasis Damansara ini menjanjikan kualiti bunyi dan lampu buat peminat rock , Menggunakan sistem bunyi keliling 5.1 adalah jarang digunakan oleh penganjur .

“Kita akan letakkan beberapa speaker di sekeliling kawasan konsert ini , bukannya hanya didepan sahaja , ini akan memberikan bunyi sekeliling . ini adalah eksperiment pertama based on sistem ni” jelas Joe

“Macam yang kita kata ia akan menjadi benda yang orang tak jangka”

“Ini adalah tempat yang menarik , selesa dan suasananya pun lain , peminat yang datang boleh melepak dan makan . Ia bukan sahaja untuk orang muda tapi yang berkeluarga juga”

Oasis Square yang dikelilingi outlet makanan dan minuman , dan ditengahnya adalah kawasan lapang dan terdapat beberapa kolam yang akan dikeringkan dan dipagarkan pada hari konsert nanti jelas memberikan suasana baru dan satu keselesaan buat peminat nanti .

“Fokus kami tentunya mengenai keselesaan peminat yang datang dan dari segi jualan tiket agak baik malah orang singapura juga telah mendapatkan tiket konsert ini”

KONSERT ADALAH KALOBRASI BUKAN UNTUK LAWAN

“Mengenai senarai lagu ia adalah rahsia dan sebenarnya ia takde masalah buat peminat kerana lagu-lagu yang dimainkan majoritinya peminat akan tahu . Konsert rock ni bukan hanya sekadar lagu tapi keseluruhan konsert , yang datang mesti nak tahu juga mengenai sound konsert dan persembahan , kita akan berikan yang terbaik”

“Kalau pasal nak berikan persembahan terbaik , kita juga akan buat kalobrasi dengan artis dan pemuzik lain tapi ini semua akan diketahui semasa konsert . Peminat rock memang suka kami buat kalobrasi yang tiada dalam album tapi dalam konsert kami buat . Kami kena ada perancangan lagi”

“Konsert yang kami lakukan bukannya nak lawan ngan sesiapa mahupun ‘versus’ dengan XPDC , bersama XPDC kami berkerjasama dan untuk fun”

“Dalam konsert ini juga saya akan membawakan lagu-lagu Wings dan juga lagu-lagu Search pada zaman Hillary bersama mereka”

PRIME DOMESTIC KUMPULAN UTAMA JOE DAN HILLARY

Kumpulan Prime Domestic yang terdiri daripada Joe bekas pemain gitar kumpulan Wings dan juga Hillary Ang yang pernah beberapa nama besar kumpulan rock tempatan antaranya Search , dan dibantu oleh Aweera sebagai vokalis dan juga Fauzi sebagai pemain bass yang begitu berpengalaman dalam persembahan live dan pernah menganggotai kumpulan NRG dan juga Ainol pemain drum daripada kumpulan Kristal/Deja Voodoo spells dan Bunkface .

Kesemua mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang yang telah melalui pelbagai pengalaman dan generasi rock . Ia tidak mengambil

“Saya bersama Prime Domestic sudah lama , bersama Hillary kami tubuhkan band ni . Dan kini ia telah menjadi band utama saya , kami juga telah mengalami pelbagai pertukaran ahli , Prime Domestic adalah kumpulan baru dan kami memilih setiap ahli adalah kerana kekuatan masing-masing. Saya dan Hillary yang pilih”

“Kriterianya tak susah , janji minat muzik rock , macam Ainol saya suka dengan mainan drum yang energetic ada character , Fauzi pula berpengalaman dengan persembahan ‘live’ dan Aweera adalah the best , dia ada feel 90’s dan rock walaupun dia muda”

“Kami semua terdiri daripada 4 generasi muzik rock dan bila digabungkan jadilah Prime Domestic”

Walaupun antara mereka mempunyai pelbagai komitmen , Joe tiada masalah dengan barisan ahli Prime Domestic

“Kami dah ada jadual , muzik ini adalah kerja yang unformal , yang penting pandai bahagikan masa”

ALBUM PRIMA DOMESTIKA ADALAH HARD ROCK

Album sulung Prime Domestic yang bertajuk “Prima Domestika” akan turut dijual semasa konsert nanti , malah peminat boleh membeli tiket bersama sekali dengan album terbaru dan baju konsert dengan harga yang lebih murah . “Prima Domestika” menurut Joeadalah genre Hard Rock masakini .

Seperti yang kita ketahui dua gitaris handalan dalam satu kumpulan iaitu Joe dan Hillary Ang pastinya akan membawa muzik mereka kearah yang lain , malah dengan single mereka sebelum ini menampakkan kedua-kedua mereka saling membalas solo.

Joe bila ditanya tidak mengatakan ia adalah trademark buat Prime Domestic, Jelas Joe apa yang cuba dibawakan oleh Prime Domestic ialah muzik rock dengan 4 generasi dalam 1 album .

“Sebagai kumpulan rock , mesti buat album . Menghasilkan album terbaru adalah permulaan . album yang kami buat ialah dengan muzik masakini , ia adalah 4 generasi dalam satu album”

“Influence kami adalah British rock , macam Black Sabbath , Led Zeppelin . Kekuatan lebih kat situ , kami tak boleh cakap kami main muzik macam tu atau macam ni . Apa yang kami nak berikan ialah kepada persembahan live , lagu-lagu kami lebih sesuai kepada persembahan live”

“Saya harap album ini mendapat sambutan . Prime Domestic adalah untuk rock scene dan untuk menunjukkan muzik dan scene rock ni masih ada , cuma kita kena kreatif lebih”

PROMOSI CARA PEMUZIK UNDERGROUND

Joe yang telah bersama kumpulan lama beliau Wings, melalui pelbagai rintangan untuk menjadi popular seperti hari ini , kini bagaikan bermula seperti awalnya apabila bersama kumpulan Prime Domestic.

Namun dilihat Joe begitu yakin dengan marketing yang akan beliau usahakan dengan mengambil semangat pemuzik underground

“Kita akan ambil semangat macam muzik underground , dengan membuat persembahan ditempat-tempat kecil dan menjual album , buat macam gig”

“Memang telah ada perancangan , kami akan pergi serata negeri di Malaysia dan membuat persembahan di tempat kecil dan tertutup dan limited . Semua akan kami umumkan nanti ”

KONSERT PUBLIC DISTORTION 2017

Konsert Public Distortion 2017 anjuran bersama J&J Rochestra dan Life Space di Oasis Square , Oasis Damansara bermula pada pukul 9 malam , tiket-tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com

Harga Tiket

Cat 1 : RM  68.00 (Ticket Only)

Cat 2 : RM  83.00 (Ticket + Prime Domestic 1st Album PRIMA DOMESTIKA)

Cat 3 : RM 118.00 (Ticket + Prime Domestic 1st Album PRIMA DOMESTIKA + Concert T-Shirt)

Cat 4 : RM 103.00 (Ticket + Concert T-Shirt)

Cat 5 : RM 200.00 (Ticket "Roof Top" + Light Meal + Discount 40% for official Merchandise)

Cat Children : RM  34.00 (Ticket Only, 4 - 15 Years old)

** CATEGORY 2 to 5 are available until 16 NOV 2017 ONLY **

Cat 5 Tickets

Rooftop 1 - Roulette

Rooftop 2 - Oasis Sky Bar

Rooftop 3 - San Nae Deul

Rooftop 4 - De Thai 

Purchase ticket(s) from:

  • iLasso website @ https://www.ilassotickets.com
  • iLasso ticketing outlets as below:
    • Rock Corner The Garden
    • Victoria Music Sungai Wang
    • Victoria Music Amcorp Mall
  • Hard Rock Cafe @ Jalan Sultan Ismail (CAT 1 Ticket & Cash term ONLY)
  • House Restaurant G Tower @ Jalan Tun Razak (CAT 1 Ticket & Cash term ONLY)

 

 

 

 

 

 

 




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.